ROZEKRUZAINI

Malaysia's Female Photographer
Specialized in Wedding and Kids Photography.

PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA UTM INTERNATIONAL JOHOR HORSE SHOW 2013

Saturday, June 1, 2013

Hai semua..

Kali ini ROZEKRUZAINI STUDIO telah dipilih oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Skudai untuk mengelola Pertandingan FOtografi sempena  UTM INTERNATIONAL JOHOR HORSE SHOW 2013 (IJHS).

Pertandingan Foto ini akan bermula pada 6 hingga 8 Jun 2013 di Pusat Ekuin UTM Skudai, Johor dan tema kali ini adalah EKUESTRIAN.

Bagi tema ini, anda bebas menggunakan kreativiti bagi menghasilkan foto dengaertandingan menggabungkan manusia, kuda dan sukan itu sendiri. Pertandingan ini dalah julung kali diadakan sempena UTM IJHS 2013.

Yuran penyertaan hanyalah RM 10 dan borang penyertaan boleh didapati di khemah ROZEKRUZAINI STUDIO pada Karnival & Ekspo UTM IJHS 2013 di UTM Skudai bermula 5 Jun 2013. Borang peneyrtaan yang difotostat boleh diterima sebagai borang penyertaan.

Anda boleh merujuk syarat-syarat penyertaan pada imej di bawah.

JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PERTANDINGAN FOTOGRAFI INI BAGI MEMERIAHKAN INDUSTRI FOTOGRAFI NEGARA KITA.

Anda boleh menelefon atau sms ke 011 2422 6332 atau hubungi talian tetap kami 07 520 2267 9 pagi hingga 6 ptg.

Jumpa anda di Karnival & Ekspo UTM IJHS 2013.

ROZEKRUZAINI
Johor Bahru

poster 1

syarat penyertaan

KELAS FOTOGRAFI ROZEKRUZAINI STUDIO JUN 2013

Hai semua. Kali ini kami bawakan kelas-kelas foto untuk sepanjang  Jun 2013.Di bawah ini diberikan beberapa makluman kelas untuk anda sertai sepanjang JUN ini..

Sekali lagi kami bawakan En. Saluddin Ismail bagi kelas Fotografi Potret yang akan diadakan pada 22 Jun 2013 di ROZEKRUZAINI STUDIO. Dalam kelas ini, Saluddin akan menunjukkan secara teori dan praktikal bagaimanakah cara yang terbaik bagi menghasilkan foto potret yang mengagumkan.

Yuran bagi kelas ini adalah RM 190 bagi pelajar baru dan RM 170 bagi bekas pelajar ROZEKRUZAINI STUDIO.

1


Bagi kelas Teknik Editing HDR, Nazri Salleh sekali lagi akan hadir di ROZEKRUZAINI STUDIO untuk kelas ini. Di dalam kelas ini, beliau akan menunjukkan kaedah yang digunapakai untuk menghasilkan foto dgn efek High Dynamic Range atau (HDR). Bagi kelas ini, para peserta dikehendaki untuk membawa laptop siap dgn perisian Photoshop dan nota kecil untuk catatan.

Yuran bagi kelas ini adalah RM 190 bagi pelajar baru dan RM 170 bagi bekas pelajar ROZEKRUZAINI STUDIO.

Kelas terhad kepada 10 orang sahaja.
Hubungi 011 2422 6332 untuk mendaftar tempat anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi anda yang tercari-cari kelas TEKNIK MENGHASILKAN ALBUM CUSTOM, kali ini kami bawakan Rushdi Didiz jurufoto berpengalaman dari fotokahwin.com. Beliau akan berkongsi tips dan kaedah intensif bagi menghasilkan susunan foto perkahwinan di dalam album perkahwinan. Beliau juga akan berkongsi petua bagaimana menghasilkan foto yang memukau melalui kaedah 'photo touch-up' yang sgt berkesan. Di dalam kelas ini, peserta dikehendaki membawa laptop masing-masing dan mempunyai perisian Adobe Photoshop di dalamnya.

Yuran adalah RM 280 untuk pelajar baru dan RM 260 untuk pemegang Kad Keahlian ROZEKRUZAINI STUDIO.
Kelas terhad kepada 10 orang sahaja..

Hubungi 011 2422 6332 untuk mendaftar tempat anda.


4

TEMPAT TERHAD !! DAFTAR SEKARANG !!

RozekRuzaini Studio
011 2422 6332
Johor Bahru

KURSUS PENDEK FOTOGRAFI SEMURAH RM 10

Thursday, May 16, 2013

Salam semua..

Di sini kami ingin memaklumkan team ROZEKRUZAINI STUDIO akan berada di Plaza Angsana bermula 17 hingga 19 Mei 2013 bersempena dengan Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran atau KEPAK .

Antara aktiviti yg kami jalankan adalah aktiviti photobooth, jualan t shirt fotografi, PENDAFTARAN KURSUS-KURSUS TERBAIK ROZEKRUZAINI STUDIO BAGI BULAN MEI DAN JUN dan aktiviti fotografi lain yang menyeronokkan.

KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK 
MEMPELAJARI ASAS FOTOGRAFI PADA HARGA SEMURAH RM10, 
daftarkan dengan kami di nombor 011 2422 6332. Sijil disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.

REBUT PELUANG BELAJAR FOTOGRAFI SEMURAH RM 10 !!

Jumpa anda nanti !

-ROZEKRUZAINI-
011 22246332

POSTER 2

SELAMAT HARI GURU

Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia..

Semoga bakti dan jasamu menjadi inspirasi kepada anak bangsa.

Tanpa guru siapalah kita.

Terima kasih tak terhingga buat semua guru-guru saya yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti..

Bersempena dengan hari guru tahun ini, ROZEKRUZAINI STUDIO mengadakan promosi AMBIL GAMBAR PERCUMA untuk semua guru-guru di Malaysia.

Syaratnya, cikgu-cikgu kena :
1. Ambil gmbar di ROZEKRUZAINI STUDIO, Skudai, Johor sahaja.
2. Isi borang makluamt guru dan nyatakan no fail peribadi anda.
3. Tempoh sah antara 16 Mei hingga 23 Mei 2013.

Gambar yang diambil adalah dalam bentuk potret dan dicuci dalam saiz 4R secara PERCUMA. !!

Jangan lupa kunjungi ROZEKRUZAINI STUDIO sepanjang sambutan Hari Guru 2013.

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI , 1 AGENDA

SELAMAT HARI GURU !!!

-ROZEKRUZAINI-


1