Saturday, February 27, 2010

Jalan-jalan cuti sekolah

Minggu lepas saya telah bercuti selama seminggu. saya rasa puas hati dapat berjalan-jalan dgn kawan kawan saya. Saya ke KL beberapa hari kemudian, pulang ke Taiping dan seterusnya balik ke JB semula.

ada beberapa pengalaman baru semasa saya di KL. Nana bawa saya makan teppanyaki. Ini kali pertama sy makan teppanyaki. Gementar rasa hati kerana asyik berfikir bagaimana rupanya teppanyaki tu..

hehe. rupanya, teppanyaki tu sedap.. saya duduk betul betuld epan tukang masak teppanyaki. Saya nampak beliau menggoreng daging, taugeh dan ikan. cekap betul beliau.. laju sungguh potong daging.. haish. saya pun tak secekap mcm tu. (masalahnya pndai ke saya masak? hehe.haip! saya boleh memasak tau!)


tengok cara tukang ni memasak.. huiiii.. hebat lah.

the chef

yang ni pulak taugeh yang digoreng. lebih kurang segunung taugeh beliau ambil utk dimasak kepada 4 orang makan.

taugeh

nampak sedap kan?
Nana yang cadangkan sbb dia kata sedap.

my teppanyaki meal.

Ok habis pasal makanan ye. skrg pasal yang lain pulak.
Dalam perjalanan pulang ke JB, saya sempat singgah sebentar di Melaka..Niat di hati nak makan asam pedas melaka.. uuuhh memang pedas dan best.. tapi gmbar asam pedas tak boleh upload sbb menjaga privasi individu terbabit.


Malam tu sempat juga ke Jonker Walk.. kunjungan kedua ke situ.. banyak betul tanglung... meraaaaaaah je semua..

tapi saya tak nak uplaod gambar tanglung. saya nak upload gambar lain. gambar budak cacat main muzik. budak ni main "keyboard". nampak seronok betul beliau main instrumen tu... bila lagu dimainkan, dia akan menggeleng-gelengkan kepala tanda menghayati muzik.

enjoying music V2

yang ni pula reaksi tiap kali ada pengunjung yang lalu lalang di situ. ada yang akan memberikan wang kepada budak ni.. lama saya di situ perhatikan dia.. asyik betul tgk dia. nnt kalau anda semua ke situ, cuba cari budak perempuan ni ok?

enjoying music

aha! yang ni pulak cina lelaki jual alas seterika kot... tak paham dia cakap apa sbb dia cakap cina.. tapi kesian la tgk dia. baju lusuh je. kemudian dia terangkan produk dia tu tak jelas, tak da sorang pun yang berhenti nak dengar.. kesian lah.

working

kemudian, ada juga yang menilik nasib di situ.. hehe. comel! tilik nasib di kaki lima.

tilik nasib

tak kurang juga yang mencari sesuap nasi dengan menyanyi.. kenapa lah mereka ini tidak bernasib baik seperti orang seni yang lain..? kalau penyanyi lain suara tak sedap pun boleh popular, encik cina ni boleh tahan bakat nya tapi mungkin rezeki tak menyebelahi beliau menjadi seangkatan sheila majid atau ahmad jais?

sing along


jadi, jika anda ke Jonker Walk, jangan hanya tengok barang.. tengok lah orang orang di sekeliling anda mungkin ada yang boleh menginsafkan kita betapa bertuahnya kita ada itu dan ini.. kadang kadang kita selalu merungut kerana kurang apa-apa dalam kehidupan. semestinya ada orang yang lebih susah daripada kita.. kan?

RozekRuzaini
012 9180401
JB

2 comments:

sekapal said...

Aku pun pernah jalan2 kat sini dan jumpa budak men keyboard tu.

Dia sangat2 'into' her music!! Kagum.

BTW.. asap tepanyaki tu sungguh menyelerakan!! :)

RozekRuzaini said...

hi kapal ,

a'a... budak tu enjoy gile dgn muzik dia.

pasal asap teppanyaki tu, kawan aku bawak aku gi kat area sg wang. tgkat atas.. ko gi arr carik. ke ko dh tau tmpt tu? hehe