Friday, February 19, 2010

Taiping lagi..

Kebiasaan yang saya akan lakukan bila pulang ke Taiping, saya mesti akan ke Taman Tasik Taiping.. Saya sukakan keindahan dan kedamaiannya.. sy sukakan ketenangan taman tasik Taiping.

saya akan bangun seawal 630 pagi untuk ke Taman Tasik dan mengambil gmbar. Kalau nasib saya baik dapat saya lihat Ray Of Light di celah pepohon di Taman Tasik.. Jika tidak pun, langit membiru . Paling cikai pun dapat lah saya lihat ketenangan Taman Tasik dan pantulan imej di sekitarnya.. damai...


Reflect

Ada satu bahagian di Taman tasik taiping tu, saya ingat lagi cikgu lukisan saya suruh duduk dan lukis. Saya tak pndai melukis pada masa tu.. sy lukis tapi lukisan tu tak hidup. kecewa sbb tak pndai melukis. Cikgu lukisan saya pada masa tu namanya Cikgu Bakar.. Tapi saya belajar cara mewarna daun pokok dengan cat air.. Kat sini la cikgu Bakar suruh saya melukis pemandangan tu.. sy tak pandai melukis dengan pena, saya cuba melukis dgn cahaya..

Draw this

Dan saya tak penah tau pun, kat taman tasik taiping ada jalan mcm ni.. cantik sangat sangat.. tepi tasik tu ada zoo.. sambil ambik gmbar boleh dgr bunyi singa ngaum..hehe..

Just follow the flow

Walk here

Esok pagi saya akan pulang ke JB.. bersama Nana.. ala dah mula keje balik.. ih ih ih..
Jangan malas malas tau..

RozekRuzaini
012 9180401

2 comments:

bluefroggie said...

from tepen with love :)

Rozek said...

hehe. froggie.. balik tpg dak?