Tak ada yang lain dalam fikiran saya.. Saya mahu ambil gambar kebun teh di sana. Saya pernah ke kebun teh tu dulu tapi saya tak berpeluang untuk ambil gambar. saya tahu ramai orang dah ambil gambar kebun teh tersebut. tapi saya mahu ambil gambar semua tu dengan cara saya sendiri..
Saya di CH lewat petang. Jadi petang itu sy tak berpeluang ke kebun teh. Mlm nya saya hanya berjalan-jalan sekitar pasar malam di Brinchang..
Keesokan paginya baru lah saya berpeluang ke kebun teh.. Saya mengambil masa 2 jam lebih untuk menghayati keindahan kebun teh itu. Nyaman...hanya itu yang boleh saya katakan..



Semasa saya sedang mengambil gambar kebun teh, seorang kanak kanak lelaki datang bermain-main sekitar situ. saya lekas mengejarnya. Sempat la saya mengambil beberapa shot potretnya. Bulu matanya cantik.

Dan ini merupakan pemandangan kampungnya.. damai kan? ada jentolak lagi.. :D

Cameron Highland sangat menenangkan... Nnti saya letak lagi gmbar gambar di Cameron Highlands.. :)
No comments:
Post a Comment