Sunday, June 27, 2010

Perjalanan ke Timur Tengah : Siri 1 : Giza

Salam semua. sihat? :)

Saya baru pulang dari Timur Tengah. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar, baik dan selesa..

Saya telah ke Mesir, dan Arab Saudi. saya akan namakan perjalanan kali sebagai "Perjalanan ke Timur Tengah" dan akan dibahagikan kepada beberapa siri.

Siri ini siri yang pertama dan saya namakan siri 1 : Giza. Giza merupakan salah satu kawasan yang terdapat di Kaherah (Cairo). Ia berada di pinggir pusat bandar Kaherah dan tidak jauh dari Piramid Giza. Piramid Giza merupakan piramid yang terbesar dalam banyak banyak piramid yang ada di dunia ini dan ia merupakan salah satu daripada 7 keajaiban
dunia.

bottom to top!

Kita boleh melihat 3 piramid di sini. saya ada paparkan gambar ketiga-tiga piramid di sini. Namun begitu piramid yg pertama merupakan piramid yang terbesar. Ketiga-tiga piramid ini ada kaitan kekeluargaan dan dibina berdekatan. Kesemua ini disebut sebagai "Giza piramid complex". ada satu bahagian di situ di mana kita boleh melihat ketiga-tiga piramid.

3 pyramids

Perasaan ketika melihat piramid? Saya sangat takjub dan kagum. hebat tuhan anugerahkan akal kepada mereka untuk membina piramid ini. Hasil pembacaan, piramid ini dibina lebih 20 tahun dan merupakan piramid terbesar dibina oleh manusia.

Entrance

hey you!

Bus and the pyramids


Blocks

Di sini juga, ada orang orang Mesir yang menjual cenderahati Mesir seperti patung patung Firaun, Cleopatra, Nefertiti dan sebagainya.

Egyptian

Bazaar


Seterusnya, saya dibawa ke makan tengahari sekitar situ. Makanan di Mesir berbeza dengan Malaysia. Mereka gemar memakan roti dan kekacang. Pagi, tengahari, malam makan roti je. Nasi ada juga tapi tak banyak.

Sebelah petang, saya sempat bersiar-siar sekitar lorong kecil di Giza. Sibuk dan agak kelam kabut. Orang Mesir agak kasar berbanding orang Malaysia. Saya mulanya tidak faham budaya orang Timur tengah,lama kelamaan saya faham mereka mmg begitu. Bercakap kuat, buat kerja laju, kurang senyum, tidak seperti orang Malaysia yang masih lagi ada santunnya.

Kaherah sangat sibuk dan tidak seperti di Malaysia. Sukar digambarkan dengan perkataan. Lihat sahajalah gambar yang saya paparkan.


Alley

Roti

Selling


'Run

Souk

Chicken anyone?

Sitting after worked

Saya sedih sangat tengok orang orang di Giza. Paling sedih tengok pakcik di atas. nampak letih sangat sangat lepas buat keje berat mcm tu.. Banyak sangat pengalaman yang menginsafkan saya...

Semasa saya menulis di sini, hari telah lewat malam. Saya lebih gemar, gambar-gambar saya menceritakan segalanya tentang Kaherah. Yang saya paparkan hanyalah 1/4 daripada Kaherah. kaherah sangat besar. Saya mahu ke Kaherah lagi. Dengan kata lain, saya mahu ke Mesir lagi. Saya sukakan budaya dan cara hidup orang Mesir. namun, saya tetap sayangkan Malaysia. bangga duduk di Malaysia. Malaysia sangat makmur.Syukur.

Anda boleh melihat lagi gambar gambar Timur Tengah di flickr saya. Saya sedang memuatnaik dari semasa ke semasa. Klik
sini .

Selamat malam semua.. Nanti saya sambung lagi ye dalam siri Timur Tengah yang akan datang. Saya ada ke Alexandria (Iskandariah), Mekah dan Madinah. Tunggu... :)

RozekRuzaini
012 9180401

2 comments:

SharK said...

thanx 4 sharing rozek... love 2 read this.... coming from ur own experience, cnt wait 2 read the rest.

chenta said...

wah...syoknye..bila la peluang sy utk ke sana pula ye...erm...