Tuesday, June 29, 2010

Perjalanan ke Timur Tengah : Siri 2 : Masyarakat di Giza

Selepas 2 hari saya memuatnaik gambar di Giza, saya menerima respon yang baik daripada pembaca-pembaca blog saya serta rakan rakan di facebook. terima kasih atas penghargaan dan pujian tersebut. dan mereka tidak sabar menantikan siri kedua dan seterusnya.

untuk siri 2 ini, saya paparkan sedikit kehidupan masyarakat di Giza. Satu petang tu, saya dapat berjalan-jalan sekitar lorong-lorong kecil di Giza. Saya mengikut ayah saya berjalan-jalan. Ayah saya mmg aktif orangnya walaupun telah berusia 62 tahun. Masih bertenaga dan sihat. syukur alhamdulillah.

Ada juga yang bertanya kepada saya, kenapa muka saya tak ada.. hehe. saya lebih suka berada di belakang kamera daripada di depan kamera. saya rasa puas bila dapat mengambil gambar. Sy akui sy gemar berjalan ke tempat orang kerana pada saya, melihat tempat orang sangat membuka minda saya selain menambah kesyukuran saya betapa bertuahnya saya berada di bumi Malaysia. kita selalu shj tidak puas hati dengan negara kita sendiri tapi sebenarnya apa bila kita ke tempat-tempat orang, tanahair sendiri yang sgt dirindui biar apa pun kekurangan yang ada. biarpun ke nagara maju, saya masih rindukan keadaan di Malaysia khususnya makanan dan masyarakat Malaysia. rindu nk makan laksa la, tomyam la, burger la. ish macam-macam.

Foto saya lebih kepada dokumentari dalam memotretkan keadaan masyarakat di Giza. Kali ini biar foto saya bercerita. Bagaimana kehidupan masyarakat di Giza, kenderaan mereka, makanan, cara hidup dan lain lain.


Kita mulakan dengan pakcik ni. Pakcik ni duduk rehat-rehat kat tangga. Mula-mula sy tiba mesir, sy pelik tengok bangunan di Mesir mcm tak siap. berdebu, bata tak berplaster. mcm rumah tinggal pun ada. pakcik ni mcm selalu je rehat kat sini.


rest
Seterusnya saya berjalan ke dalam lorong, saya terkejut sbb di sini, kuda masih digunakan sebagai alat angkutan. tengok kuda tu mcm pasrah je angkut barang. kemudian sorok sorok muka pulak. comel. hehe. di sini, saya perhatikan, keldai pun ada digunakan sebagai alat angkutan.

transportation

tembikai dan keldai

begitu juga wanita di sini, kelihatan sangat tegap dan berani. ini wanita di Giza.


Bargain

women

selepas gambar wanita, saya paparkan kanak-kanak di Giza. biarpun berdebu, mereka tetap riang hidup bersama.

kids

kasih sayang tak kira di mana dan bagaimana keadaanya..

sayang adik

dan kini, kita lihat pula kaum lelaki di Giza. ada yang jadi saudagar kacang.

saudagar kacang

ada yang suka berehat sambil berbual.minum air oren ke pakcik? hehe

Rest

ada juga yang bakal membuka kedai baru

Opening soon

ada juga yang masih lagi mengambil upah mencuci kasut orang sebagai mata pencarian.

shoe shining sevices

tak lupa juga masih ada yang bersesak-sesak masuk ke dalam van selagi mampu. yang saya perhatikan, sy sukar nk jumpa bas awam kat sana. mungkin ini angkutan mereka yang utama selain teksi. jangan pancit sudah tayar tu. hehe.

angkutan

saya bangga kereta Proton di Mesir. banyak juga kereta Proton di Mesir ni. Model yang selalu kelihatan, Gen 2, Pesona dan Wira.

proton

Di Giza juga, hampir kesemua bangunan di sana berhawa dingin. mungkin bagi mengelakkan debu masuk ke dalam rumah. saya yakin, hiasan dalaman rumah mereka pasti hebat walaupun di luar ni nampak mcam bangunan tak siap. hehe.

air condition

dan akhir sekali, saya tak pasti la, pembinaan ni dah siap ke belum. Parit dah korek, jejambat macam dah siap, tapi longgokan sampah masih banyak dan tanah yang dikorek tak dialihkan.. mcmana tu ye? kalau kat malaysia macam ni, mesti dah kena komplen teruk kat pemaju atau majlis bandaran. hehe

Parit besar

maka, itu serba sedikit utk siri kedua ini. mungkin siri yang ketiga kita boleh pergi ke Alexandria pula.. Alexandria kota besar. saya cuma sempat ambil apa yang mampu memandangkan kunjungan saya ke Alexandria hanya 7 jam shj.

Nanti saya update lagi untuk siri ketiga.. semoga seronok tengok gambar di sini. :)

RozekRuzaini

012 9180401

1 comment:

Tea Spoon said...

rozek,g timur tgh ni dgn siapa?
saje2 melancong ke? =)