Sunday, July 25, 2010

Profil RozekRuzaini

ROZEKRUZAINI , 30 tahun, berpangkalan di selatan Malaysia, merupakan antara jurugambar wanita yang aktif berfotografi semenjak 2005 hingga kini. Pengalaman pertama dalam bidang fotografi telah didorong oleh ayahanda Ahmad Tajuddin b Hj Ibrahim semenjak berusia 7 tahun apabila beliau sering menjadi model kamera kesayangan ayahanda.

Dari situ minat fotografi muncul apabila ayahanda memperkenalkan ISO, shutter dan aperture seawal 9 tahun. Minat fotografi kian bercambah apabila ayahanda menghadiahkan beliau kamera filem ber’setting’ automatik pada usia 12 tahun sebagai hadiah hari lahir.
Menginjak ke alam remaja, kamera ber’setting’ automatik itu dijadikan peneman ke sekolah berasrama dan seterusnya ke universiti. Kamera Nikon yang telah lunyai digunakan sepenuhnya itu telah diganti pula dengan kamera berjenama Olympus yang pada masa itu berharga RM 200. Kamera ber’setting’ automatik digunakan untuk bermain dengan komposisi foto bagi mendapatkan imej menarik.

DSLR pertama berjenama Canon model 350D yang dibeli pada 2005 sebagai peneman hidup dan dari situlah ROZEKRUZAINI mula berjinak dengan fotografi artistik. Berkelulusan bidang Biologi di peringkat Sarjana Muda dan Psikologi Pendidikan di peringkat Sarjana, tiada kursus formal pernah disertai di mana-mana universiti atau pusat pengajian tinggi. Ilmu fotografi ditimba secara ‘self-taught secara praktikal, pengalaman dan bacaan dijadikan panduan selain minat yang sangat mendalam serta bakat yang dianugerahkan oleh Allah. ROZEKRUZAINI juga gemar mengembara. Destinasi kegemaran beliau adalah Asia dan Eropah. Antara destinasi yang telah dikunjungi beliau adalah semestinya Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, United Kingdom, Sepanyol, Mesir dan Arab Saudi. Foto-foto ROZEKRUZAINI pernah di paparkan di REUTERS, dan pernah memenangi beberapa pertandingan sekitar Malaysia.

Foto-foto yang diambil menggambarkan perasaan sebenar ROZEKRUZAINI. Setelah hampir 6 tahun berada dalam dunia fotografi, kini telah tertubuh ROZEKRUZAINI STUDIO DI NO 40-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor. Pembukaan studio ini sekaligus memberi cabaran baru dalam karier fotografi RozekRuzaini dan juga warga RozekRuzaini Studio keseluruhannya.

IMG_0634

Fotografi adalah penceritaan semula kehidupan…Seni fotografi untuk dihayati..

ROZEKRUZAINI
Johor Bahru.

RozekRuzaini



10 Frequently Asked Questions :)

1. Your DSLR brand you are using now?

I use Canon brand for the body and some Canon and Sigma lenses to attach with my EOS.

2. What's inside your camera bag?
My Canon EOS 7D is my favourite body, EOS 30D as the backup unit, Canon Speedlight 430EX II and Canon Speedlight 430 EX, Canon 17-40mm f/4.0 L USM lens,Canon 17-85mm f/4-5.6 along with my Sigma 70-200mm f/2.8 and Sigma 10-20mm F3.5 EX DC HSM. I believe in creating great images with knowledge is more important than collecting expensive gadgets.

3. Who is your inspiration?
My dad. Ahmad Tajuddin.

4. Why RozekRuzaini?
Rozek is my nickname since my teenager until now, and Ruzaini is my real name. To make it more interesting, I combine the names together and finally it's ROZEKRUZAINI. :)

5. What's your qualification?
I was graduated as a teacher majoring in Biology and obtained my Master Degree in Psychology in Education. I do photography because of my passion since I was 9. Currently, I'm teaching, photographing and travelling too!

6. When did you buy your first DSLR?
I bought my first DSLR since May 2006. Taking my first wedding photographs in October 2006 till now.

7. What is the signature of your photos?
Emotions of the picture.

8. Do you travel to take photos?
Yes. because i love travelling too. I've been throughout Malaysia for weddings photography. Taking portraits and landscapes images in London, Spain, Alexandria, Cairo, Jakarta,Padang, Phuket, Krabi, and Saudi Arabia.

9. Where is your office or studio?
My studio cum gallery is in Johor Bahru, Malaysia. My artwork are displayed here. Don't hesitate to make an appointment if you wish to vist my gallery.

10. Why most people choose you to shoot their weddings?
Because i'm a female photographer . :)


Thanks for visiting my website :)

5 comments:

chenta said...

wow!

payid said...

nicely written

Adib said...

in your view, experience or talent, which is more important in photography. and did you take any class or course for photography?

3 lalat said...

salam ziarah dari saya.He.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.