Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan dan Potret Kevin, Suzanne n Mandy

Salam semua..
hari ni dah masuk 21 ramadan bersamaan 31 ogos 2010.. kita menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 53. saya tak ke mana pun hari ini. bangun awal dan bersedia menonton sambutan hari merdeka di Stadium yang dipancarkan di tv. lebih selesa. boleh baring baring. hehe

saya rasa bersyukur sbb dilahirkan di Malaysia yang makmur.. cukup semuanya, tak ada peperangan, tak ada kacau bilau yang membahayakan semua orang dan paling penting semua orang berhak mendapat pendidikan yang sama jika berusaha..

10 tahun lagi kita akan menganjak ke tahun 2020. cepat betul masa berlalu. 10 tahun lagi sy akan berumur 38 tahun. agaknya mcmana rupa saya.. hehe. yg pasti sy tidak akan tinggalkan dunia fotografi yang saya cintai.

dah lama saya tak menulis perkara ilmiah. tak berkesempatan membelek akhbar sejak akhir akhir ini.. cuma, kadang kadang terkerling tajuk utama.. bimbang dengan banyak sangat masalah sosial sekarang.. bunuh, buang, rompak.... terfikir bagaimana agaknya malaysia 10 tahun lagi. makin berleluasa ke masalah-masalah mcm ni dalam kita mengejar kemodenan..manusia umpama hilang pertimbangan dan kewarasan sejak wujudnya dunia tanpa batasan.. seumpama hilang unsur kasih syg dalam diri kita. manusia dan benda hidup seperti tiada harga..

nilai ilmu yang sepatutnya menjadi teras dan tiang dalam diri, dipandang remeh. yang lebih penting adalah hiburan dan keseronokan. tak tahu di mana silapnya. silap acuan atau silap ramuan membuat kuih.. jauh saya bermenung jika berada di tempat kerja. sedih melihat generasi yang malas berfikir dan malas memerah otak menjawab soalan dan melontar pandangan... mereka tidak kisah jika 10 atau 20 tahun lagi berpatah tulang memerah tenaga mencari rezeki asalkan hidup sekarang gembira dan mudah.. tidak mahu bersakit sakit dahulu.

kerapkali saya meminta generasi muda saya memerah akal dan berfikir dan kerap itu jugalah bermacam alasan yang keluar. "malas", "tak tahu", "nantilah".. jika 100,000 generasi muda yang begini, mampukah kita akan terus bertahan sebagai negara yang berdaulat dan terus merdeka...? kita dijajah 446 tahun tapi baru shj merdeka 53 tahun.. saya bimbang kita dijajah semula tanpa kita sedar jika hanya keseronokan menjadi tonggak di dalam diri.. sy teringat dalam ucapan PM semalam, "setiap anak Malaysia penting dan berkemampuan menyumbang kepada penciptaan kemakmuran serta kesejahteraan nasional dan sudah tiba masanya untuk memanfaatkan sepenuhnya bakat tempatan yang ada." (Berita Harian, 31 Ogos 2010).. saya mahu malaysia terus merdeka dan tidak ditindas..saya teringin generasi di bawah saya sentiasa bersemangat mencari ilmu..

maaf menulis panjang.. daha lama tidak mengarang.. :)
hari ini ingin saya paparkan foto potret Suzanne bersama suami, Kevin dan anak beliau Mandy. Suzanne ingin abadikan ulangtahun perkahwinan mereka dalam bentuk fotografi.. Sesi ini berlangsung di Taman Rekreasi Impian Emas, Johor Bahru. saya kagum dengan emak Kevin sbb sangat fasih berbahasa melayu walaupun berbangsa Cina..pada saya, perpaduan bermula dengan bahasa tidak kira pada bangsanya..

selamat membelek gambar, selamat berpuasa dan salam 1 Malaysia.. :)


Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne, Mandy

Kevin, Suzanne & Mandy

Kevin, Suzanne & Mandy

No comments: