Sunday, November 14, 2010

Khabar dari Mabul, Sabah

Salam semua...

Sihat ? sy alhamdulillah.. sihat.. dah seminggu saya pulang dari Mabul bersama Nana.. tak sempat nk update.. baru kini ada kesempatan.. tak sabar rasanya nk berkongsi kisah di Mabul.

Saya ke Mabul mggu lepas selama 6 hari.. tujuan utama adalah mengambil lesen skuba yang dah lama sangat sy idamkan.. saya amat kagum dengan keindahan dasar laut.. jadi inilah peluang yg saya tunggu-tunggukan.. lesen permulaan untuk saya.. Open Water Diver daripada PADI.

utk mengambil lesen ini, perlu 3 hari 2 malam.. semuanya ada; praktikal dan teori. ada ujian dan kuiz. mcm hadapi peperiksaan besar.. sama juga mcm kita ambil lesen memandu. ada teori dan praktikal.. biar sy ceritakan serba sedikit pengalaman saya mengambil lesen menyelam..

kali pertama saya di dasar laut sekitar 4m membuatkan sy takut. turun je, bila saya rasa tak boleh bernafas, cepat cepat sy nak naik ke atas.. tak cekap bernafas dengan mulut. rasa seram berada di dasar. kemudian setelah beberapa kali di dasar, barulah ada keyakinan.. kemudian hari kedua, jurulatih saya membawa sy ke tempat yang lebih dalam. sekitar 12m.. di situ saya perlu melakukan beberapa kemahiran seperti menanggalkan mask (kemahiran yang paling sy takut), mengawal pernafasan di dalam air, hovering dsb. saya juga dapat beberapa jenis ikan yg selama ini sy hny dpt lihat di kaca tv ataupn sekadar di permukaan air.. sy kagum dengan ciptaan Tuhan. Seterusnya, jutulatih telah membawa saya sekitar kedalaman 17.8m. dengan lesen open water diver, sy hny boleh pergi 18m.. utk pergi lebih dalam sy perlu ada lesen advance open water diver.. mungkin lain masa sy akan mohon utk advance open water diver pula, insya allah..


Mabul

Mabul

Mabul


semasa mengambil lesen ini, sy meminjam kamera G9 daripada kawan sy yang juga seorang penyelam skuba; Zik dan Ida. Zik telah menyelam lebih kurang 3 tahun..jadi, daripada mereka sy bertanya pengalaman dan apa yg perlu sy bersedia untuk menjadi penyelam.. tq banyak banyak Zik n Ida.. :) nnt kita gi dive sama-sama ye.


selain melihat keindahan dasar laut, sempat juga sy ronda sekitar pulau Mabul... Pulau Mabul tidak besar. air laut di sini sangat sangat jernih... sungguh mengujakan.. masyarakat di sini juga baik baik dan kegiatan ekonomi mereka bertumpu kepada kegiatan laut dan pertanian. sy tak jumpa motosikal di sini.. jauh sekali kereta.. mereka senang bergerak dengan berjalan kaki dan menjadikan bot dan sampan sebagai pengangkutan utama ke tanah besar di Semporna.


Untuk smpai ke Mabul, kita perlu ke Lapangan Terbang Tawau seterusnya mengambil teksi/bas ke Semporna yang mengambil masa lebih kurang 50 minit hgga 1 jam. Dari Semporna, kita perlu mengambil bot laju ke Mabul yang memakan masa selama lebih kurang 45 minit... Aman sekali berada di Semporna dan Mabul. Jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan kota..

Menurut tauke homestay yang sy tinggal, kebanyakan masyarakat di Mabul datang dari Filipina. kasihan tengok mereka.. amat daif..kanak-kanak di sini dah biasa dengan pelancong. peramah dan mudah didekati.. kalau nampak kita sebagai pelancong, mereka akan senyum. dan hanya ada sebuah sekolah rendah di sini iaitu SK Mabul.. tiada sekolah menengah.. :)

Mabul

Mabul

Mabul

Mabul

Mabul

Mabul

Mabul


Mabul

Mabul

Mabul

Mabul


ramai kawan-kawan saya yang bertanyakan berapa kos sy mengambil lesen ini.. begini kosnya.

Tiket Air Asia : bergantung kepada semasa.. sy beli Rm 245 pergi balik seorang
teksi dari Tawau ke Semporna : RM 95 satu teksi
Yuran kursus Skuba : RM 850 (harga utk tahun 2010)
Tempat tinggal (homestay) : Rm 70 sehari utk seorang siap makan x 3 hari = RM 210
Belanja poket : RM 200
Fun Dive : RM 80 sekali 'dive'
bas dari Semporna ke tawau : Rm 20

Jumlah : Lebih kurang Rm 1700

hm.. apa lagi ya.. sy tak sabar nk paparkan gambar.. begitulah kiranya pengalaman saya di Mabul.. selepas di Mabul banyak tugasan menanti walaupun cuti sekolah hampir tiba.. hohohohoho..

Selamat Hari Raya Aidiladha.. sy beraya di perantauan tahun ini.. di JB.. :)

RozekRuzaini
012 9180401
JB

2 comments:

Vague said...

Thanks for sharing! Mengidam jugak nak amek lesen diving ni.

Nur Badriah said...

good sharing.. nak tanya.. d mabul ada line telefon ka? internet? elektrik dekat penginapan mcm mna?