Kali ini saya paparkan koleksi foto semasa saya ke Melaka bersama keluarga baru-baru ini.. terdapat juga foto yang diambil semasa di Port Dickson.. Sudah lama rasanya saya tidak meletakkan foto pemandangan dan foto fine art . Asyik dgn foto potret dan perkahwinan saja..

Foto di atas merupakan foto lelaki yang menjual cenderahati di bangunan A.Famosa di Melaka.

Seterusnya merupakan foto yang diambil semasa saya di dalam Melaka River Cruise. Inilah pertama kali saya menaiki River Cruise di Melaka. Kagum dgn cara-cara kerajaan Melaka berusaha menggalakkan pelancongan di negeri itu. Semasa di dalam bot ini, saya tidak membawa tripod. Apa yang saya lakukan adalah meletakkan kamera di atas tebing bot dan memegang kamera dgn kuat.. dan saya tukarkan mod manual .
Aperture : f/6.7
Shutter Speed : 1.41 sec
ISo : 200
Begitu juga dengan foto-foto di bawah. Saya menggunakan mod manual.

Aperture : f/11.3
Shutter Speed : 4 sec
ISO : 200

Aperture : f/4
Shutter Speed : 1 sec
ISO : 200
Seterusnya adalah foto semasa saya di Pantai Si Rusa Port Dickson. Cuaca pada waktu itu agak gelap kerana hendak hujan. Hujan lebat turun setengah jam selepas itu.

Di atas pula foto adik saya Ijat yang berbaju belang merah dan Irfan berbaju biru gelap. Mereka berdua umpama kawan baik kerana apa shj aktiviti mereka akan lakukan berdua, termasuklah semasa bermain game di facebook. Comel ok! hehe.

Ok, ini pula adalah cubaan untuk memanjat.. Bak kata iklan MILO, biarkan mereka bermain...

Sebenarnya takda la tinggi mana sgt pun yang Ijat panjat.. hehe...
Oklah, semoga terhibur dgn foto-foto saya.. :)
4 comments:
very nice photos indeed. nice.
Nice photos... I like the technique that u used for river cruise site seeing. Nice!
me the martian : thanks
zaralyn : thanks zaralyn :)
pertama kalu tgk pkck uh pgg recorder tu.saya dh agak.msti kt mlaka.skali bc mmg tepat.
Post a Comment