Tuesday, February 8, 2011

Fotografi untuk Utusan Publications

Sepanjang minggu lepas, sy sibuk menjalankan fotografi untuk sebuah buku terbitan Utusan Publications. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.

Fotografi untuk sebuah buku tidaklah sama seperti fotografi potret mahupun perkahwinan. Oleh kerana buku ini adalah buku teknik jahitan, maka saya perlu lebih menumpukan kepada prose jahitan itu sendiri serta pencahayaan yang betul seperti yang dikehendaki penulis. Ia merupakan satu pengalaman yang baru untuk saya.

Buku ini merupakan sebuah buku teknik menjahit baju kurung moden dan kebaya. Ia bakal diterbitkan dalam tahun ini juga. Kemungkinan besar semasa Pesta buku di PWTC pada April nanti, buku ini sudah ada di pasaran. Jadi kepada penggemar jahitan, buku ini sangat berguna untuk anda kerana teknik jahitan yang ditunjukkan sangat-sangat terperinci. Penulis ini telah mengeluarkan 3 buah buku sblm ini dan menurut Utusan Publications, sambutan buku-buku tersebut amat menggalakkan. Jadi, anda boleh pergi ke kedai buku dan cuba cari penulis bernama Zaliha Ariffin yang menulis buku berkenaan jahitan.

Di sini, saya kongsikan sedikit foto-foto teknik menjahit baju kurung moden.

RozekRuzaini
012 9180401
JB





Kurung Moden

Kurung Moden

Kurung Moden

Kurung Moden

Kurung Moden

Kurung Moden

No comments: