Tuesday, March 22, 2011

Cambodia : Siri 1

Hai semua.. Sihat ke? Saya Alhamdulillah sihat.. Saya tiba dari Phnom Penh Ahad malam yang lepas. Penat belum hilang lagi ni.

Ramai yang bertanyakan tentang perjalanan saya ke Cambodia. Phew..! tak tahu nk mulakan di mana.. Apa yang pasti perjalanan ke Cambodia adalah satu perjalanan yang menginsafkan saya bahawa betapa bersyukurnya saya tinggal di Malaysia yang makmur..

Saya mulakan dengan perjalanan saya ke Phnom Penh pada 13 Mac 2011. Setibanya saya di Phnom Penh saya dan kawan-kawan terus check in di guesthouse dan keluar bersiar-siar di sekitar Phnom Penh. Buat pengetahuan semua, makanan halal di Phnom Penh agak mudah didapati. Bagi saya, saya mmg dah bawa nasi himpit, dan lauk2 dalam tin untuk bekalan kalau2 susah sgt nk cari makanan halal di Cambodia.

Semasa saya ke sana, sy cuma membawa lebih kurang RM 800 untuk perbelanjaan tmpt tinggal, makan, shopping sikit sikit, jalan-jalan dan membayar tiket masuk ke tempat-tempat seperti di muzium, Angkor Wat dan tuk-tuk.Bayaran untuk tuk-tuk lebih kurang dalam $8-12 USD sehari. Kita boleh minta tuk-tuk bawakan kita ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Phnom Penh dan Siem Reap. Jauhnya Phnom Penh dgn Siem Reap adalah 6 jam perjalanan dalam bas. Kalau ada duit lebih, boleh la naik flight. Saya Cuma inginkan pengalaman naik bas di negara orang. Ternyata, sistem pengangkutan bas di Malaysia sangat efisien dan cekap.

Di sini saya kongsikan serba sedkit perbelanjaan yang mesti jika kita mahu ke Cambodia.

Tuk-tuk : $8-12 USD sehari (bergantung kpd cara kita tawarkan harga dan jauhnya tempat kita nak pergi)

Royal Palace, Cambodia : $6.50 USD seorang

Hotel : $ 10-12 USD satu bilik ( ini adalah harga utk backapackers guesthouse)

Muzium Tuol Sleng : $2.00 USD seorang

Killing Field : $ 2.00 USD seorang

Tiket Angkor Wat, Siem Reap : $20 USD seorang utk sehari, atau $40 USD seorang utk 3 hari.

Jadi, apa yang saya kongsikan di atas adalah harga yang kebanyakan pelancong mesti keluarkan untuk melawat tempat-tempat di atas.

Secara ringkasnya, negara Cambodia sangat hebat dalam bidang seni ukiran dan senibinanya. Saya paparkan di sini foto-foto di sekitar Phnom Penh dan sedikit di Angkor Wat, Siem Reap.

Oklah, saya berhenti di sini dahulu. Selamt tengok gmbar.. ok? nanti saya buat update lagi.. :) Bye


RozekRuzaini

012 9180401


IMG_2127
Wat Phnom, Phnom Penh.

IMG_2259
Royal Palace, Cambodia

IMG_2367
Artis di Royal Palace, Cambodia.

IMG_2452
Kanak-kanak di Central market, Phnom Penh.

IMG_2474
Penjual serangga goreng, Central Market, Phnom Penh. Ada labah-labah goreng, cengkerik goreng, ulat goreng dan sebagainya.

IMG_2685
Aktiviti kegemaran orang lelaki Cambodia. Di mana-mana pun boleh main game ni.

IMG_2722
Muzium Toul Sleng, Phnom Penh.

IMG_2855
Killing Field, Phnom Penh. beribu-ribu tengkorak di dalam menara tu.

IMG_3388
Angkor Wat, Siem Reap.

IMG_3554
Ukiran dinding di Angkor Wat. Ia dinamakan Battle of Lanka. North Wing.

IMG_3218b
Saya dan Nana di hadapan Royal Palace, Phnom Penh.

IMG_3544
Kami berempat di Angkor Wat, Siem Reap.

IMG_4071
Kanak-kanak menjual poskad di Angkor Thom, Siem Reap. Umurnya 9 tahun dan fasih berbahasa Inggeris. Saya beli poskad yang dia jual kerana tertarik dengan kesungguhan dia mencari rezeki pada umur yang masih muda.

IMG_3725
Galeri Penyambung di tingkat atas Angkor Wat.

1 comment:

adiaz said...

hi.. lawa gambar