Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman pertama mmg tak dpt dilupakan

Phew.. selepas hari-hari yg terlalu sibuk, baru skrg dpt rasa relax sikit.. kalau tidak setiap minggu jadual penuh dgn aktiviti.

Ok. straight to the point, finally RozekRuzaini's Photo did our very first exhibition..!! yes. we did it.. alhamdulillah..
selalu tu tgk je org buat exhibition. kalau rajin dgr sikit2.. exhibition yang pertama kami dijalankan di Singapore Expo, Hall 5B, Singapore.. Entah kenapa hati terdetik nk buat di Kota Singa.. memandangkan nak ke KL tu jauh dari JB, dan kos ke KL pn tinggi, adalah lebih baik memulakan di Singapura.

First of all, thanks to Kak Aidah n Kak Wati from Singapore for informing us about this expo. Masa tu bulan Januari dan saya berfikir-fikir boleh dan mampukah kami lakukannya di sana. Bila berfikir secara positif, baiklah kami akan cuba. sekurang-kurangnya kami mencuba walaupun tahu byk cabaran dan dugaan dan saingan di sana.

Jadi, setelah menyediakan apa yg patut dan berbincang dgn rakan-rakan yang seangkatan, maka inilah hasilnya. kami cuma jangkakan 1-2 tempahan bagi keseluruhan khidmat fotografi yang saya sediakan, maklumlah kali pertama kan.. namun syukur alhamdulillah, kami mendapat sehingga lebih 7 tempahan bg semua khidmat fotografi RozekRuzaini's Photo. Yang paling penting kami dapat rakan-rakan Singapura yang baru dan jaringan rakan perniagaan yang lebih ramai. Rakan-rakan yang seangkatan dengan saya adalah Nana yang merupakan Pereka Utama dalam RozekRuzaini's Photo, Hidayah Liman; Make-Up Artist dari Singapura, dan Zikri (jurugambar di Singapura ).

Sebelum pulang ke Johor Bahru, saya dan nana termenung seketika di dalam kereta. Kami berdua rasa terharu dan bangga dgn diri kami sendiri kerana berjaya melepasi semua ini. Kami bertekad untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik kepada semua yang menggunakan khidmat fotografi RozekRuzaini's Photo. Ternyata, pengalaman pertama adalah sesuatu yang manis utk diingati. semoga Allah memberkati usaha kami..

Dan terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang banyak meninggalkan komen dan ucapan di facebook saya.. terima kasih byk2. kalian pembakar semangat sy untuk terus maju ke hadapan.. terima kasih..

ok, hari Sabtu dan Ahad ni dah mula bz utk ambil gmbar. tggu updates dpd saya, ok? bye.. :)


RozekRuzaini
012 9180401
JB


IMG_4962

IMG_4957

IMG_4992

IMG_4997

IMG_5008

IMG_4983

IMG_5013
kawan-kawan yang saya kenal di Singapore hari tu.. korang mmg best!! :)

6 comments:

syairah06 said...

congratsss rozek.. biler lah leh merasa booking khidmat rozek ni.. :)

RozekRuzaini said...

thanks syairah.. ko kat mana skrg? bangi lagi ke?

Meloreyta said...
This comment has been removed by the author.
Meloreyta said...

all the best to RozekRuzaini's Team.inspirational!

cik chinta said...

satu langkah kehadapan, nwway..nampak hebat btul walopon kali pertama sertai expo..teringin nk merasa khidmat awak

RozekRuzaini said...

meloryta : thanks for the support. :)

cik chinta : nnt kalau nk guna khidmat sy, call saya ok? :)