Wednesday, July 20, 2011

Perkahwinan : Izzam & Sirin

Hai semua..

Kali ini saya bawakan foto-foto dari Ipoh dan Kuala Lumpur, perkahwinan antara Izzam & Sirin.
Tugasan di Ipoh bermula awal Julai dan di Kuala Lumpur seminggu selepasnya.

Sebenarnya peluang saya untuk ambil gmbar Izzam & Sirin merupakan satu rezeki yg tak terduga untuk saya.. Pada awal April yang lalu saya telah ke Kuala Lumpur bersama rakan saya Ida dan Zikri. Saja sekadar menjengah Pameran Pengantin di Kuala Lumpur sebagai persediaan saya untuk melakukan Pameran Fotografi Perkahwinan sulung saya di Singapore Expo, Simgapura. Sambil berjalan-jalan di pameran tu, Ida terjumpa Sirin dan Izzam di pameran yg sama. Sirin merupakan kawan baik Ida dari masa kecil-kecil dahulu hingga sekarang. Ida perkenalkan saya kepada Sirin dan Izzam dan Ida juga ada menceritakan kpd mereka yg saya merupakan seorang fotografer. Dipendekkan cerita, Izzam telah bertanyakan kepada saya pakej yg saya sediakan dan sy telah tunjukkan pakej yang saya sediakan melalui telefon bimbit. Izzam ada bertanya beberapa soalan penting kpd saya dan terus Izzam mengajak kami ke restoran terdekat untuk meletakkan deposit bg melantik saya sebagai fotografer majlis bersejarah mereka pada Julai nanti. Sgt terkejut namun itulah yg dinamakan rezeki..

Baru-baru ini ada beberapa bakal pengantin telah menghubungi saya untuk bertanyakan tentang tarikh-tarikh yg saya 'available' untuk slot tahun depan. Ada beberapa tarikh yg masih free bagi tahun ini dan saya telah pun membuka tempahan fotografi perkahwinan untuk tahun 2012. Setakat ini telah ada 5 tempahan yg telah meletakkan deposit tempahan untuk tahun hadapan.

Jadi, pesanan saya kepada bakal pengantin di luar sana, inilah masa yang terbaik untuk anda mencari fotografer terbaik bagi majlis bersejarah anda nnt.. Tidak salah untuk menempah satu tahun lebih awal.. Untuk maklumat pakej fotografi perkahwinan RozekRuzaini's Photo, anda boleh email ke rozekruzaini@gmail.com dengan menyatakan tarikh majlis, tempat dan masa majlis perkahwinan anda nanti..

Kepada ex-client saya, terima kasih kerana melantik saya sebagai fotografer majlis bersejarah anda.

Kepada Izzam & Sirin, selamat pengantin baru..

Happy Viewing!

RozekRuzaini
012 9180401
JB

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin

Izzam & Sirin






No comments: