Monday, July 25, 2011

Kelab Fotografi SMKKP

Hai semua..

Bulan puasa tak lama lagi akan menjelma.. Sekejap betul masa berlalu skrg ni.. tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kita melangkah ke bulan Ramadan..

Ok lah.. hari ini sbnrnya saya nak kongsikan sedikit foto-foto berkenaan dgn Photography Outing yang saya jalankan untuk Kelab Fotografi SMK Kangkar Pulai baru-baru ini. Sedikit pengenalan mengenai kelab ini di mana saya menjadi founder utk kelab ini pada tahun 2006. Tujuannya adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang fotografi peringkat sekolah dan berkongsi ilmu dgn mereka. Selama beberapa tahun kelab ini agak sepi kerana kesibukan saya sendiri. Kini, setelah melihat ramai pelajar-pelajar saya mempunyai DSLR dan juga atas keinginan sebilangan dpd mereka yg ingin mendapatkan ilmu fotografi, maka sy anjurkan beberapa program untuk memberi pendedahan kepada mereka berkenaan ilmu fotografi.


Pada April yg lepas , kelab ini telah ke Kluang bagi siri mini outing "Kembara Berkeretapi" bersama Kelab Kembara SMKKP. Oleh kerana, aktiviti fotografi yg agak terhad, maka saya membuat kertas kerja utk melakukan outing kedua pula. Bagi menarik minat mereka, saya telah merangka kertas kerja outing ke Zoo Singapura. Lawatan ke Zoo Singapura merupakan lawatan pertama SMK Kangkar Pulai ke luar Malaysia sejak sekolah ini dibuka. Memang kertas kerja yg saya lakukan agak rumit sedikit berbanding melakukan kertas kerja lawatan dalam negara tetapi sy puas kerana berjaya membawa pelajar-pelajar saya melihat negara luar bagi membuka minda mereka. Majoriti daripada mereka tidak pernah ke Singapura walaupun tinggal sekitar Gelang Patah, dan Johor Bahru.

Peserta kali ini tidak semua mempunyai DSLR tetapi saya mewajibkan mereka membawa kamera digital masing-masing. Saya faham bukan semua pelajar mampu mempunyai DSLR tetapi cukup dengan kamera kompak utk menarik minat mereka dengan aktiviti fotografi. Saya telah pun memberikan mereka tugasan-tugasan utk mereka siapkan semasa berada di dalam zoo tersebut. alhamdulillah, ramai daripada mereka telah berjaya menyiapkan tugasan yg diberi. Pihak sekolah juga telah memberikan sedikit kewangan bagi melaksanakan pameran outing ini.

Di sini saya sisipkan beberapa foto yg telah dihantar pelajar kpd saya. Saya pilih shot yg terbaik dpd mereka utk dipaparkan. selebihnya akan dipamerkan di sekolah nanti. Foto-foto yang dipilih tidak kesemuanya dengan DSLR, tetapi dengan kamera kompak. Bakat mereka perlu diasah lagi bagi mendapatkan foto yang lebih baik.

Gambar-gambar di bawah adalah hasil fotografi Azira Dzulkarnain, Iwana Hamdan, Habsah dan Suriana.

IMG_0350

IMG_6885 Foto oleh Iwana.

IMG_6884 Foto oleh Habsah

IMG_6894 Foto oleh Azzira Dzulkarnain.

IMG_7047 Foto oleh Habsah.

DSCN1486 Foto oleh Iwana.

IMG_7174 Foto oleh Azzira.

IMG_7144
Foto oleh Azzira.

100_0595 Foto oleh Suriana

Baru-baru ini Kelab Fotografi SMKKP juga telah melakukan aktiviti menjual koleksi foto sepanjang tahun 2011. Booth kami banyak dikunjungi oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang ingin membeli foto-foto mereka. Bilangan foto yang dijual adalah dalam bentuk limited edition jadi kepada sesiapa yg cepat datang ke booth kelab ini jadi mereka akan dapat membeli foto pilihan mereka. Sebenarnya tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan sifat keusahawanan dalam diri pelajar. Hampir 80% persediaan booth ini diusahakan oleh ahli kelab dan saya sebagai Penasihat hanya memantau dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada ahli. Lebih menarik lagi kelab ini turut dikunjungi oleh Pengetua sekolah, En. Chuah Chong Hooi dan beliau turut membeli foto-foto yang mempunyai wajah beliau bersama pelajar.

IMG_0337

0364

IMG_0383 Pengetua bersama pelajar di booth Kelab Fotografi.

IMG_0485
Pelajar yang membeli T-shirt Kelab Fotografi dan terus memakainya. :)



Diharapkan dengan aktiviti sebegini Kelab Fotografi akan lebih memberi manfaat kepada pelajar dan seterusnya dapat menambah bilangan pelajar yang berbakat dalam bidang fotografi. Jika kini, ramai jurugambar memilih untuk melakukan bengkel-bengkel kpd penggiat fotografi di luar sana, sy akan menggunakan pelajar sekolah sebagai tempat mencurah ilmu. Saya percaya segala kebolehan mereka akan bersinar jika digilap sejak di bangku sekolah lagi.

RozekRuzaini



012 9810401













2 comments:

izzati abdullah said...

keep up the good work

orange said...

salam ..tumpang tanya..kertas kerja lawatan ada lagi tak dalam simpanan? kalau ada, boleh share dgn saya? blackorangez90@gmail.com ...t.kasih