Sunday, August 7, 2011

Kelas Fotografi Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Kelas Pengenalan Fotografi DSLR KHAS untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Kelas ini menekankan kepada :
1. Kamera DSLR
2. Fungsi-fungsi utama pada kamera
3. Komposisi foto
4. Aperture
5. Shutter
6. ISO
7. Perkongsian Foto

Jumlah pelajar maksima adalah 10 orang bagi setiap sesi. Sesi pertama pada 20 Ogos 2011 dan sesi kedua pada 21 Ogos 2011. Jumlah pelajar yang sedikit membantu untuk interaksi 2 hala antara tenaga pengajar dan pelajar.

Yuran penyertaan adalah RM 100 namun RM50 membolehkan anda menempah tempat di kelas ini. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2011.Yuran ini turut disertai dengan sehelai t-shirt ROZEKRUZAINI'S PHOTO secara PERCUMA.

Maklumat lanjut boleh diemailkan ke rozekruzaini@gmail.com

RozekRuzaini
012 9180401



Introduction to DSLR Photography

Sedikit Pengenalan tentang RozekRuzaini

ROZEKRUZAINI , berusia 29 tahun, berpangkalan di selatan Malaysia, merupakan antara jurugambar wanita yang aktif berfotografi semenjak 2005 hingga kini. Pengalaman pertama dalam bidang fotografi telah didorong oleh ayahanda Ahmad Tajuddin b Hj Ibrahim semenjak berusia 7 tahun apabila beliau sering menjadi model kamera kesayangan ayahanda.

Dari situ minat fotografi muncul apabila ayahanda memperkenalkan ISO, shutter dan aperture seawal 9 tahun. Minat fotografi kian bercambah apabila ayahanda menghadiahkan beliau kamera filem ber’setting’ automatik pada usia 12 tahun sebagai hadiah hari lahir.Menginjak ke alam remaja, kamera ber’setting’ automatik itu dijadikan peneman ke sekolah berasrama dan seterusnya ke universiti. Kamera Nikon yang telah lunyai digunakan sepenuhnya itu telah diganti pula dengan kamera berjenama Olympus yang pada masa itu berharga RM 200. Kamera ber’setting’ automatik digunakan untuk bermain dengan komposisi foto bagi mendapatkan imej menarik.

DSLR pertama berjenama Canon model 350D yang dibeli pada 2005 sebagai peneman hidup dan dari situlah ROZEKRUZAINI mula berjinak dengan fotografi artistik. Berkelulusan bidang Biologi di peringkat Sarjana Muda dan Psikologi Pendidikan di peringkat Sarjana, tiada kursus formal pernah disertai di mana-mana universiti atau pusat pengajian tinggi. Ilmu fotografi ditimba secara ‘self-taught secara praktikal, pengalaman, bacaan dan bengkel fotografi dijadikan panduan selain minat yang sangat mendalam serta bakat yang dianugerahkan oleh Allah. ROZEKRUZAINI juga gemar mengembara. Destinasi kegemaran beliau adalah Asia dan Eropah. Antara destinasi yang telah dikunjungi beliau adalah semestinya Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, United Kingdom, Sepanyol, Mesir dan Arab Saudi. Foto-foto ROZEKRUZAINI pernah di paparkan di REUTERS, dan pernah memenangi beberapa pertandingan sekitar Malaysia.

Maklumat lanjut dan hasil kerja beliau boleh dilayari di laman facebook


atau


Maklumat mengenai program

Program :
Introduction to DSLR Photography

Kod Program :
IDP

Jurulatih :
RozekRuzaini Ahmad Tajuddin

Durasi :
1 hari

Masa :
10 pagi - 4.30 ptg

Bahasa Perantara :
Bahasa Melayu

Jumlah peserta :
10 peserta bagi setiap sesi

Objektif :
Membolehkan pelajar-pelajar sekolah menengah mempelajari asas dan teknik fotografi dengan DSLR

Siapa patut hadir :
1. Pelajar sekolah menengah yang mempunyai DSLR
2. Pelajar sekolah menengah yang ingin mendalami ilmu fotografi dengan DSLR

Syarat penyertaan :
1. Membawa DSLR semasa menghadiri program ini

Persediaan :
1. Mengetahui secara ringkas aperture, shutter speed, ISO
2. Soalan yang ingin ditanya semasa program

Peralatan yang perlu dibawa :
1. Kamera DSLR
2. Manual Kamera
3. Lensa

Yuran Penyertaan :
RM 100
dengan nota dan T-shirt RozekRuzaini's Photo

No comments: