Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hai semua..!

Apa khabar? Walaupun dalam bulan Ramadan, RozekRuzaini Studio sibuk dgn jadual aktiviti yang padat. alhamdulillah.. rezeki..

beberapa hari lagi kita akan menyambut lebaran. Di kesempatan yang ada ini, saya RozekRuzaini dan pihak kru RozekRuzaini Studio ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan andai ada kekasaran bahasa dan tingkah laku sepnjang kami memberikan servis fotografi kami kepada anda. Kepada rakan-rakan rapat serta ex-client di RozekRuzaini Studio dahulu, kami telah menghantar kad raya kepada anda sejak 2 minggu yang lepas. Semoga kad raya itu selamat sampai ke rumah anda. Insya allah, raya tahun depan akan ada cenderahati lain pula untuk anda. Kad ucapan raya ini telah sy mulakan sejak 3 tahun yang lepas sebagai tanda ingatan kami kepada semua client yg byk menyokong dan mempercayai servis fotografi di RozekRuzaini Studio. Tak lupa juga, kad raya dihantar buat teman-teman rapat yg juga tak putus-putus memberikan dorongan dan semangat untuk RozekRuzaini Studio bertahan dalam arena fotografi sejak 5 tahun lepas. Terima Kasih tak terhingga.

Tahun ini saya akan beraya di Jitra, Kedah. Sambutan raya di Jitra adalah rutin tahunan sejak berbelas tahun yang lalu. Keluarga sebelah ibu saya berkumpul di sana. Saya akan pulang ke Taiping pada hari raya ketiga. Kemudian pada hari Sabtu 3 September, sy telah memulakan tugas di fotografi perkahwinan di Alor Star, Kedah. Sy akan kembali semula ke Johor Bahru pada 5 september.

Bagi pengunjung atau sesiapa shj mencari-cari fotografer untuk hari raya ini, RozekRuzaini Studio ada menawarkan khdimat fotografi potret keluarga bermula pada RM 150 dengan foto 8x12 inci diberi secara percuma sempena Aidilfitri ini. Kami akan memulakan tugas tersebut selepas 5 September. Masih ada slot-slot kosong yang boleh diisi untuk potret RAYA keluarga tersebut dan tawaran dibuka sehingga 30 September 2011 ini.

Maklumat lanjut ada di pautan ini .

Sekali lagi sy mewakili kru RozekRuzaini Studio mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga Syawal kali ini mempereratkan silaturrahim antara kita semua..

RozekRuzaini
012 9180401

kad raya


No comments: