Friday, September 30, 2011

Sekitar Festival Konvokesyen UTM 2011

Halo semua..

Sekejap je seminggu berlalu.. Festival Konvokesyen UTM 2011 yg sy sertai selama seminggu telah melabuhkan tirai pada 28 September baru baru ni.. alhamdulillah byk pengalaman serta pelanggan yg dtg ke booth RozekRuzaini Studio untuk mendapatkan khidmat dan juga melihat produk fotografi yang kami sediakan..

Byk 'feedback' positif yg kami terima dgn perkhidmatan fotografi yang kami sediakan.. Alhamdullillah ada beberapa sykt dan organisasi yg menunjukkan minat untuk memanggil RozekRuzaini Studio untuk mendapatkan khidmat fotografi bagi produk dan perkhidmatan mereka.. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan dan pembentangan kertas kerja. Bila dah 'confirm' nnt, sy bgtau ok? Doa-doakanlah semuanya lancar nnt ya?

Di sini sy ingin kongsikan sedikit apa dan bagaimana saya 'setup' booth untuk Festival Konvokesyen baru-baru. Sebenarnya ini kali kedua RozekRuzaini Studio membuka booth selepas booth kami yang pertama di Singapore Expo April lepas. Dan ini juga merupakan kali pertama kami menawarkan servis fotografi untuk para pelajar UTM untuk mengambil foto konvokesyen mereka. Pada masa itu hanya 1 sahaja perkhidmatan yang sy tawarkan di booth saya. Maklumlah pertama kali.

Semasa sy di booth itu, sy cuma gunakan 'strobe lights' dpd 2 buah speedlight sy beserta dengan 2 buah payung. kemudian saya sambungkan flash saya dengan trigger yg dipasang pada hotshoe di atas kamera.. Maaf, tak ada gambar yg boleh sy tunjukkan dengan lebih mendalam.. tapi secara ringkas, teknik yg saya gunakan adalah seperti di bawah ni. Lain kali sy tunjuk secara detail ok?

IMG_0492

Saya tidak katakan pembukaan booth kali ini sangat-sangat sangat sempurna tp sy rasa gembira dan bersyukur kerana banyak pengalaman dapat saya kutip dan plg best sbb dapat berkenalan dgn ramai orang untuk meluaskan khidmat dan produk fotografi RozekRuzaini Studio. Terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan yang datang menjenguk dan memberikan kata-kata positif dan perangsang kepada kami untuk terus maju. Terima kasih juga untuk Achen, Nana, Bobo, Meera, Aimi dan kawan-kawan yang lain yg membantu sy sepanjang sy membuka booth ini. :)

Di sini saya kongsikan serba sedikit foto-foto sepanjang kami membuka booth di festival berkenaan. Gambar ramai-ramai orang kerumun booth tak ada sebab time tu kami semua bz. tak sempat nk ambik gmbar. :D

Ini antara foto pelanggan kami yang mengambil khidmat fotografi dengan kami.. Sebenarnya ada lagi tak larat kot nk buh gmbaq semua client.

kolaj client

0736 10 x 15in

0746 8x 12in

Ok, hari akhir kami di booth, kami pun nak juga bergambar. Jadi di sini saya hidangkan serba sedikit foto-foto kami yang diambil di booth kami. Model yang terbabik adalah Doni, Bobo, Achen dan Nana. Lain kali kami buka booth mcm ni, korang dtg la booth kami dan kita boleh buat photoshoot.. :)

kolaj

IMG_0377

IMG_0352

IMG_0346

IMG_0521

Foto ini ada Doni yang baju kuning keje kat KFC sebelah. hehe. Nice to meet u Doni. :)
IMG_0530


IMG_0507

IMG_0465

IMG_0544

Kami juga ada menjual t-shirt fotografi untuk semua. Sehelai hanya RM 18. Untuk yang berminat untuk mengetahu lebih lanjut tentang t-shirt ini, anda boleh klik ke Page kami di RozekRuzaini Studio . Maklumat lanjut tentang t-shirt ada di sana. Insya allah kami akan keluarkan lagi t-shirt dgn design yg lain dan juga mechandise yang lain daripada RozekRuzaini Studio.

1

2

3

Oklah, saya berhenti di sini dulu.
Selamat hari Ahad semua!! :)

RozekRuzaini
012 9180401
JB

1 comment:

Khamel Esa said...

Wah,tak tau pun ada buka booth.bagus,one small booth is a step to another bigger booth.