Sunday, September 11, 2011

Suasana hari Raya!!

Hai semua..

Selamat hari raya.. dh 2 minggu kita beraya... sekejap je masa berlalu. Ramai yg dh mula bekerja seminggu yang lepas kan? kemudian hujung minggu sibuk dgn jemputan rumah terbuka sana sini.. kan? hehe.

Ok kali ni sy nak kongsi sikit pasal hari raya saya di kampung.. Seronok bila dpt berkumpul dgn semua famili.. Saya sangat suka bila malam raya ayah dan adik-adik saya akan pergi ke Pekan Rabu Alor Setar untuk tengok kemeriahan saat-saat akhir sebelum hari raya esoknya. Tak beli apa-apa pun cuma seronok tgk orang ramai dan riuh rendah para penjual menjual kuih raya, baju raya dan apa-apa sj dengan harga SUPER MURAH. saya pernah beli baju raya semurah RM 30 sepasang tahun lepas. Baju tu pun berkualiti. Ingat raya baru ni nk cari gak baju raya semurah tu tapi takda yg berkenan kat hati. :)

IMG_7604

IMG_7600
Ini antara foto yg sepat sy rakam sebab orang terlalu ramai. nak bawak keluar kamera pun susah.. Uish.. Kuih raya tu 3 bekas RM 10.. tapi tak tau la sedapt ke tak.. haha!


IMG_7710
Gambar kat atas ni adalah pandangan dari jejantas ke Bangunan Pekan Rabu dari tempat letak kereta seberang jalan sana. Mmg padat mlm tu... Gambar ni sy 'handheld' je. tak bawa tripod mlm tu. Cuma tangan saya 'brace' pada tiang-tiang jejantas..

Kemudian esok paginya, orang dh bersiap-siap pergi masjid nak semayang raya. Sebelum famili sy pegi masjid, sy sempat la amik gmbar sekeping dua dengan family saya. Kat tempat saya semayang raya pukul 9 pagi.. Tahun ni tema bj raya famili sy warna hijau kebiru-biruan.. Adik-adik saya semau dh mula tinggi dan sy akan jadi yg paling rendah dlm famili... aishhh!!
IMG_7825

Lepas semayang raya, kami pun menziarahi kubur tok dan wan.. Ini antara famili yg hadir pada pagi raya di rumah mak ngah..
IMG_7836
Lepas ziarah kubur kami pun pergi rumah famili-family mak yg lain yg dekat-dekat dgn situ.. :)

Malam raya kedua saya ajak adik-adik saya main bungapi. Mcm tahun lepas, sy akan cuba ambil gmbar adik saya dengan bunga api mereka. Selalunya bila kita ambil gmbar dengan bungapi mesti muka jadi blur, bungapi jadi blur. Jadi misi sy malam tu ambil gmbar adik-adik dengan bungapi tapi wajah mereka tak nampak blur. Apa yg saya buat adalah dengan gunakan teknik wireless flash. 'On'kan dua flash (sebelah kiri dan kanan) dan sync dengan kamera saya..Teknik ni sy lakukan 2 sesi sbb kami mula main bungapi pun pukul 11 mlm, jadi tiap sesi habis main pukul 1 pagi. masing-masing dah penat..
IMG_7952

IMG_7994

IMG_8027

Tiga foto di atas adalah pada sesi pertama.. Kemudian kami sambung dengan sesi kedua 2 hari selepas tu.. Kali ni buat di Taiping.
IMG_9540

IMG_9548

IMG_9588

The best part was when ayah also joining us that night. Walaupun gmbar dia ada 2 shot ja, tapi ayah tetap sporting bila sy suruh pose! haha.
IMG_9584

IMG_9585

IMG_9624

IMG_9606

Ok, ini adalah group photo kami :)
IMG_9618

Kemudian ada la sikit-sikit sesi foto dalam rumah dengan family. Gambar-gambar ni pun guna teknik wireless flash juga.. :)
IMG_8196

IMG_8249

Ok la.. itu la serba sikit foto-foto hari raya saya.. Saya tau ramai yg letak gmbar raya kat facebook..
Ada juga beberapa keping gmbar-gambar lain di facebook RozekRuzaini Studio.. Anda boleh klik pada pautan tersebut untuk tengok foto-foto lain yg sy ambil.. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..!!

RozekRuzaini
012 9180401
JB

1 comment:

Meloreyta said...

ohsem!! esp the firework photos!buat lah tutorial sket.hehe