Saturday, October 22, 2011

RozekRuzaini Photo Studio akan dibuka

Hai semua..

Fuuh.. Dah lama takda updates di blog ni.. Maaf la.. saya terlalu bz dalam 2 minggu.. bz ambil gmbar, hntar gambar, cuci gmbar, hntar frame, buat album, buat photobook.. macam-macam lagi lah. :) Alhamdulillah , rezeki murah..

Oh ya, sebenarnya ada berita baik yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua. Insya allah RozekRuzaini Photo Studio akan dibuka tidak lama lagi. Dalam 2 minggu lepas saya sibuk mencari lokasi yang sesuai untuk kedai RozekRuzaini Photo yang pertama. Setelah mencari-cari, alhamdulillah kami berjumpa dengan lokasi kedai yang sesuai dan strategik. Cadangnya kedai itu nanti akan menjadi hub untuk para jurugambar dan sesiapa sahaja yang ingin mencuci gambar dan membuat album dalam apa jua saiz pada harga yang berpatutan. Selain itu, akan ada juga servis fotografi untuk bakal pengantin, pihak kerajaan dan swasta yang ingin mendapatkan khidmat kami sebagai jurugambar.

Sekarang ini, kedai itu masih dalam proses ubahsuai. Kalau anda dtg sekarang pun, takda apa yg boleh ditengok kat dalamnya. Insya allah, kedai akan dibuka dengan rasmi dalam Januari 2012 nanti.. Doa-doakanlah semuanya berjalan lancar ya.. Saya akan maklumkan bila kedai kami sedia beroperasi.. Kedai kami beroperasi di Taman Universiti, Skudai, Johor.

Saya secara peribadinya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendorong RozekRuzaini Studio untuk terus maju. Setelah 5 tahun bertapak secara Small Office Home Office (SOHO), saya berpendapat sudah tiba masanya RozekRuzaini Studio melebarkan sayap perniagaan kepada umum.. Banyak pengalaman saya kutip sepanjang sy berkecimpung dalam dunia fotografi ni dan saya serius untuk terus maju dalam bidang ini..


Oh ya, sebagai permulaan untuk kedai beroperasi, RozekRuzaini Studio akan mengadakan kelas fotografi untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang berminat untuk mempelajari fotografi. Maklumlah cuti sekolah kan panjang.. Daripada tak buat apa-apa, lebih baik belajar ambil gmbar kan? Kelas dijangka diadakan pada Disember 2011 ini.. Updates mengenai kelas fotografi itu akan diberitahu sedikit masa lagi... Kelas itu akan diajar sendiri oleh Cikgu Rozek.. :)

Ok lah. Cukup buat kali ini..Nanti saya update lagi ya...

Jumpa lagi.. Bye.. :)

RozekRuzaini
012 9180401
JB

No comments: