Tuesday, November 29, 2011

Kali ni Rozek tulis panjang panjang

Hai semua.. Kali ni sy nk tulis panjang. Nak cerita cerita sbb sy jarang dpt cerita cerita kat blog. Hehe.

Sekarang dh nak masuk bulan Disember dah.. sekejap je kan masa berlalu. Dh nak habis dah tahun 2011. Banyak yang saya lalui dalam tahun 2011. Bila diingat-ingat balik, tahun 2011 merupakan tahun saya bangkit semula selepas agak sunyi dpd berkarya. Bukan tidak berkarya langsung tapi biasalah, bila kita dah lama dlm satu satu bidang, mesti ada satu tahap, kita jatuh. Bila jatuh, mesti bangun balik. Mcm kita mula berjalan dulu.. Masa sy tengah edit gmbar client, sy teringat bagaimana sy bermula 6 tahun lepas. Sbb client sy ni adik kepada ex-client sy, Shima. Shima recommend sy utk shoot majlis kawin adiknya. Shima kawin dulu sy yg shoot. Masa tu tahun 2007..

Hmm.. Mungkin saya tak sepopular fotografer lain. Mungkin sy tak glamor dan havoc mcm fotografer lain, tapi sy selesa begini.. Ada kawan-kawan dan individu yang mengikuti, menyokong dan menghargai karya sy adalah sesuatu yg amat bererti utk sy.. Wedding pertama yang saya ambil dahulu adalah wedding kawan baik saya di zaman sekolah. Waktu tu tahun 2006 dan caj sy hanya RM 200. Wedding tu di Tanah Merah, Kelantan. Zaman tu sy takda website.. Ada fotopages je. Dari fotopages lah sy dpt byk job dan inspirasi.. Ini link fotopages sy, http://rozekruzaini.fotopages.com

Thanks to Wan Rose for the opportunity. It was a big opportunity and time for me. Masa tu, DSLR pun mahal lagi. Dan fenomena DSLR blm meriah sgt. Selepas majlis Wan Rose, sy terima byk job. . Daripada sepasang pengantin ke sepasang pengantin. Happy sgt!

Kalau dulu bermula Rm 200, sekarang sy caj RM2300 utk satu majlis.. Dan dari situ sy percaya kepada recommendation.. Saya tak pernah buat iklan masa tu, tak masuk majalah pengantin tapi job dpt mencurah2. Kat bawah ni gmbar Wan Rose kawin.. itu shot yang sy cuba-cuba. Tengok lah editing tu. Dah mcm major editing kan? haha.


Alhamdulillah.. Tahun 2008 plg meriah. Byk betul rezeki sy time tu. Dan byk juga dugaan sy hadapi. Rumah dimasuki pencuri, habis laptop dan hard disk saya kena curi. Terduduk juga dgn dugaan tu.. Teduduk sebab sy baru balik dari Gunung Kinabalu dan tak sempat nk buat salinan DVD foto 2 majlis perkahwinan yg sy shoot beberapa hari sblm tu. Menangis sy seminggu sbb tak tahu mcmana nk berterus terang dgn client. Majlis kawin hanya seumur hidup. Selepas berfikir, berdoa, sy nekad utk berterus terang dgn client sy. Sy perlu ceritakan hal sebenar. Sy tak kisah rugi daripada saya kehilangan client. Sy sanggup pulangkan deposit kalau itu permintaan mereka. Saya beri pilihan kepada mereka, a) sy pulangkan deposit b) sy shoot outdoor siap dgn album besar FOR FREE ! Client pertama, minta sy pulangkan deposit dan client kedua setuju utk shoot outdoor dgn album album for free. Saya reda je kalau mereka maki, marah marah, atau cakap apa sj pada saya..

Syukur, client kedua sy beri respon yang sgt menggembirakan sy. Mereka berpuas hati dgn hasil kerja saya dan Julai 2011 baru baru ni, mereka panggil saya lagi utk shoot adik mereka berkahwin pula. Risau juga perkara berlaku lagi. Tapi cepat-cepat sy buat salinan bila dh habis majlis.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Thanks to Linda, Liza dan Haziq sbb masih mempercayai RozekRuzaini Studio.

Dari situ sy belajar;

1. Cepat-cepat buat salinan kedua bila dpt job.

2. Jujur dgn client adalah yang terbaik. Honesty is the best policy!

Masa kejadian tu berlaku, kawan-kawan banyak begi semangat. Masih ingat lagi Lilia tulis kepada saya, “Tuhan akan menguji kepada hamba yang mampu menghadapi ujian itu. Dan kau adalah orang yg sangat kuat hadapi ujian itu”.. mungkin pada orang lain, byk lagi dugaan hebat dan teruk yang mereka hadapi , tapi dugaan yg sy hadapi adalah satu pengajaran yang bermakna utk saya. Dan selepas itu, sy terima lebih banyak job. SYukur Alhamdulillah. Dan yang plg best bila client saya perkenalkan sy kepada kawan-kawan mereka dan sy shoot utk majlis perkahwinan mereka. cukup dgn mempersembahkan hasil terbaik utk mereka dan akan ada rezeki lagi selepas itu..

Syukur sbb byk client yg sy shoot hasil recommendation ex-client sy dan kawan-kawan saya. Terima kasih sekali lagi. Saya pertama kali masuk wedding Expo, pada April 2011 baru baru ini. Itulah pengalaman pertama saya bukak booth. Bukak booth pulak kat Singapore..Tak tahu apa jangkaan orang Singapura terhadap hasil saya, tapi tak apa la kan, why not just give myself a try. Fotografer lain dah berpuluh kali join expo tapi sy baru pertama kali buat selepas 5 tahun dalam bidang fotografi. Kelakar pun ada..

IMG_4962

Job Singapura sy yang pertama adalah family portraiture Kak Wati di Tampines. Ini semua hasil recommendation Kak Aida sbb mereka berdua berkawan baik. Terima kasih banyak-banyak untuk akak berdua. Semoga Allah berikan rezeki melimpah ruah utk Kak Aida n Kak Wati. Dan dari situ, Kak Aida ada ckp pada sy “ Rozek, why not u join Wedding Expo in Singapore?” Sy pun fikir-fikir, ye lah kan. Kenapa tak cuba di Singapore. Ok lah, lepas kita kira budget, sy pun cuba bukak booth di Singapore.. Alhamdulillah, sy dpt 6 job dari Singapore. Walaupun bukan majlis kahwin, shoot family portrait pun best jugak apa.. Maksudnya, orang Singapore dah tgk hasil kerja saya dan mereka yakin utk panggil sy ambil gmbar mereka dan keluarga. Thank you to kak aida, kak wati, kak nazirah, kak nurmah, kak shana, family abg samri.

Haji Senin family

Qaisara & Alia

Both kedua saya buka di UTM Skudai sempena konvokesyen di sana September lepas. Itu booth pertama di Malaysia. Sama juga, semua benda pertama kali, kita tak boleh jangka crowd mcmana. Sambutan mcmana dsb. Alhamdulillah, dpt shoot org konvo di mini yet humble studio sy di tapak pesta tu, sy dpt juga luaskan network sy, tukar tukar fikiran dan idea dgn peniaga lain walaupun berlainan bidang. Dapat kawan-kawan baru, dpt idea, dpt job, paling penting dapat pengalaman! Kan?

IMG_0492

Dan buka booth tu mendorong sy utk usahakan studio fotografi sy yang pertama.. Sama juga, mgkn studio tak sehebat studio orang lain, maklum la.. first time.. but this is a great start for me.. Sekurangnya sy nampak hasilnya slps 5-6 tahun sy usahakan bidang ini.. Studio ni masih dalam ubahsuaian. Ada la gmbar sikit-sikit. Nanti studio dah cantik sikit, sy letak gmbar lagi. Studio sy terletak di Taman Universiti, Skudai, Johor. Nanti ada official opening sy bgtau ye.. Signboard pun belum ada lagi.. :) Jadi aktiviti pertama di Studio ni adalah kelas fotografi untuk pelajar sekolah menengah pada 17-20 Disember nanti.. :) insya allah.

kedai 2

kedai 1

Saya teringat juga kata-kata Lito Sy, fotografer terkenal di Filipina

To climb steep hills, requires a slow pace at first

Takpelah, sy slow slow dulu. Sampai masa nanti saya pasti akan berlari seiring dgn orang lain. Atau mungkin sy boleh lari jauh meninggalkan orang lain kan? Saya optimis dgn apa yg sy usahakan.. Doakan sy berjaya dengan apa yg sy lakukan kini, dan sy nk ucapkan terima kasih tak terhingga buat semua yang byk menyokong dn mendorong sy. Buka studio ni adalah satu perjalanan yang baru juga untuk saya. Sy masih belum berpuas hati dgn apa yg sy sudah usahakan skrg. Sy nak maju lagi.. Doakan sy berjaya ye.. Terima kasih utk mak ayah sy yang sgt memahami apa yg sy inginkan.. Terima kasih juga buat Nana sbb sangat sangat banyak mendorong saya.. Terima kasih tak terhingga…

Menyentuh tentang Nana, Nana adalah orang yg sangat byk mendorong saya. Dialah satu-satunya orang yg melihat susah senang, sedih gembira dalam diri saya. Dia jugalah yg byk memberikan idea dan kata semangat semasa saya dalam keadaan yg susah dan sedih.. Kalau orang tanya mengapa sy sygkan Nana, sbb Nana adalah orang yg sgt memberi impak positif utk saya. Dan kerana itu, ke mana sj sy pergi, sy mesti bawa Nana sekali sbb dia peneman yg setia untuk sy. Saya memang sygkan Nana.. Dan kini, Nana telahpun menjadi sebahagian daripada warga kerja RozekRuzaini Studio sebagai Pengurus Syarikat dan juga Designer di sini..

IMG_2872

IMG_2873

Doakanlah apa yg kami usahakan ini memberikan hasil yg baik dan positif.. Dan terima kasih kerana byk menyokong RozekRuzaini Studio. Terima kasih banyak2..

Ckuplah setakat ni.. panjangnya sy tulis..! harap korang semua tak bosan baca ye. Nanti jmpa lagi.. bai!

Yang dh habis SPM tu, jgn lupa daftar utk tuisyen fotografi 17-20 Disember 2011 ini..!! :)

Awal sgt lagi ke nk ucap selamat tahun baru kat korang? :) Selamat Tahun Baru 2012!!

RozekRuzaini

012 9180401

JB


8 comments:

payid said...

u came a long way, rozek. sesekali menoleh ke belakang melihat starting point kita is what gonna keep us grounded, xkisah setinggi mana pun kejayaan kita

selamat maju jaya, zek. aku selalu sokong kau, walau aku belum mampu memberikan kau job yg kencang. hehe

az said...

salam sis,
TQ yer, coz gambar2 sis jd inspirasi n rujukan saya...sy pon bru dlm bidang nie...harap sy boleh jd mcm sis...;)

Radin Nurhafiz said...

Very2 envy but at the same time proud of you rozek!

eid said...
This comment has been removed by the author.
eid said...

so proud of u my fren! semoga bertambah sukses di masa hadapan.. susah senang suka duka pengalaman membuatkan kita bertambah kuat... tahniah!

RozekRuzaini said...

yid : tq yid.. :)

az : insya allah. semua org blh berjaya .. sis pn byk lagi nk kena bljr.

radin : tq radin ! :)

eid : thanks eid.. insya allah. tq sbb selalu support aku :)

cik chinta said...

salam, rozek. bole bagi quatation hage amik gambar masa nikah, malam berinai dengan bersanding utk 2012? emel me at nufaka@gmail.com

tiga lalat said...

Salam.Sungguh mengharukan kisah kehilangan semua barang2 peralatan itu kan.Hu.