Monday, November 14, 2011

Potret Konvokesyen UTHM 2011 - Sapinah Muhammad

Hai semua.

Korang sihat? Maaf sebab lmbat update foto-foto di sini.. Kami bz kebelakangan ni. dengan photoshoot sebelum hari raya aidiladha, editing n delivering photos.. fuhh! Alhamdulillah rezeki murah sejak akhir akhir ni..

Ok lah. foto kali ini adalah potret konvokesyen seorang pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Konvokesyen beliau pada akhir Oktober lepas baru kini ada kesempatan sy memasukkan fotonya di website ini..

Seperti yang anda tahu, tak semua orang boleh datang ke studio RozekRuzaini di Taman Universiti atas faktor jarak dan keadaan. Konsep yang kami ketengahkan adalah "Studio at your home" di mana jika anda tidak boleh datang kepada kami, kami yang akn datang kepada anda untuk mengambil foto keluarga dan sebagainya. Sudah setahun kami praktikkan kaedah ini kerana kami lebih dikenali dengan Family and Kids Photographer.. Jika diikutkan sudah ramai client RozekRuzaini Studio terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga.. Caj untuk kami pergi kepada anda bermula serendah RM 350 untuk sesi foto 1 jam... untuk mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh email ke rozekruzaini@gmail.com

Berbalik kepada potret kali ini, Ina telah hubungi saya untuk saya abadikan hari kejayaan beliau di UTHM, Batu Pahat. Sesi foto mengambil masa 1 jam. walaupun panas terik kami tetap dapat mengambil foto dalam keadaan yang baik dan mencari lokasi yang sesuai. A million thanks to Ina kerana memilih RozekRuzaini Studio untuk sesi fotografi Ina. :)


Ok lah, cukup menulis , Jom tengok gambar! :)

RozekRuzaini
012 9180401
JB

IMG_9693

IMG_9548

IMG_9633

klaj 1

IMG_9706

IMG_9771

IMG_9814

IMG_9822

No comments: