Wednesday, November 30, 2011

Perkahwinan : Nani & Nazril

hai semua..
kali ini adalah foto perkahwinan antara Nani & Nazril di Batu Pahat, Johor. Nani merupakan adik kepada ex-client saya iaitu Shima yang saya ambil gambar majlis perkahwinannya sekitar 2007. Kali ni alhamdulillah, Shima panggil sekali lagi untuk sy abadikan foto perkahwinan adiknya pula.

Seperti biasa, apa yg sy sukakan majlis perkahwinan di kampung adalah kerana kemeriahan suasana majlis tersebut. Orang-orang kampung akan datang rewang bersama untuk menolong tuan rumah menyediakan juadah semasa majlis perkahwinan. Kalau di bandar-bandar, kita akan guna khidmat katering. Sebenarnya, dua-dua pun ada pro and cons. Rewang dapat mengerat silaturrahim sesama penduduk kampung, katering pula memudahkan kerja tuan rumah untuk menyelesaikan urusan majlis perkahwinan.

Yang best lagi majlis kawin kat Johor ni, kadang-kadang boleh tengok acara tradisional seperti kuda kepang dan joget lambak. Saya suka sangat tengok kuda kepang sbb tak ada kat tempat lain.. Hanya ada di negeri Johor. :)

Bebalik kepada majlis Nani dan Nazril tadi, Nazril tak salah saya orang utara sbb sy dengar loghat Utaranya agak pekat. Saya kan orang Taiping, mestilah cepat dapat tangkap loghat depa tu.. :) Nani tampak manis dengan baju pengantin lace berwarna hitam kelabu dan biru muda.. Nazril yang tinggi nampak segak dengan pakaian warna yang sama.

Apapun, saya nk ucapkan tahniah dan selamt pengantin baru buat mereka berdua. Semoga bahagia dan gembira ke akhir hayat.. amiinn... :)

RozekRuzaini
012 9180401
JB

IMG_0340

IMG_0356

IMG_0449

IMG_0438

IMG_0420

IMG_0492

IMG_0577

IMG_0774

IMG_0778

IMG_0838

IMG_0871

IMG_0989


No comments: