Tuesday, December 27, 2011

Cerita-cerita 2011

Hai semua..!

Phew.. Tahun baru akan datang dalam 3-4 hari je lagi.. Mesti tak sabar nk countdown kan? Untuk kami di RozekRuzaini Studio terutamanya saya, saya seperti berdebar nak masuk ke tahun baru.. kenapa? Sebab byk sgt plan dan idea dalam fikiran saya. Tapi sebelum kita nk ckp tentang tahun baru, sy rasa nk soroti kisah kisah saya dalam tahun 2011. Jom jom baca.

Januari 2011 bermula dengan sederhana untuk saya. Tidak terlalu kencang dan tidak terlalu perlahan. Saya tetap bersyukur sebab misi saya tahun ini adalah untuk menekankan kepada kualiti job bukan kepada kuantiti semata-mata.. Pada paras harga yang kompetitif, saya masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Alhamdulillah..

Devotees

IMG_1613

Februari 2011 saya lalui dengan hati tabah. Menyedari bidang fotografi banyak persaingan, sy mesti buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Saya mesti jadi seseorang yang berbeza dengan fotografer lain. Pada usia 29 tahun dan usia bidang fotografi yg sy ceburi selama 5 tahun secara kecil-kecilan, saya masih teguh berdiri. Walau pernah tersungkur, sy tak boleh putus asa. Jadi saya berfikir untuk melaksanakan pembukaan booth sy yang pertama di Singapura. Selepas berbincang dengan teman baik saya, Nana, dan wang simpanan yg ada, sy membayar deposit utk pembukaan booth di Singapura untuk April 2011. Dan Alhamdulillah dalam bulan ini, rezeki melimpah ruah buat saya kerana pertama kali mendapat job utk sebuah buku jahitan terbitan Utusan Publications. Buku itu masih dalam proses suntingan. Maaf la terlewat berada di pasaran kerana penulis buku tersebut terlalu sibuk. Insya allah tak lama lagi ada la buku tersebut di pasaran.

Marina Bay Sands Skypark
Sesi fotografi potret Kak Aida & Kak Wati di Skypark Marina Bay Sands Singapore

Kurung Moden

Kurung Moden


Mac 2011, saya telah ke Cambodia. Sy memang suka berjalan ke tempat orang. Melihat dan menginsaf hakikat kehidupan. Saya ke sana selama seminggu. Byk foto Cambodia dalam stok simpanan saya. Yang sy keluarkan hanya 10% peratus sahaja. Yang lain saya jadikan sebagai stock photo.. Cambodia adalah sebuah negara yang mesti dilawati. Kesian, rakyat Cambodia mmg miskin berbanding kita di Malaysia. Bersyukur la kita duk kat Msia ni. Jgn la byk komplen. Hehe.

IMG_0012

IMG_3544

IMG_3554

April 2011, pertama kali sejak penubuhan RozekRuzaini Studio, kami menyertai booth. Terus ke Singapura. Benda pertama kali mmg byk cabaran.. Masa tu tak pasti market price di Singapura mcmana, tak tahu bagaimana crowd di expo tersebut. Semuanya baru buat kami. Saya gembira dapat ke sana. Menembusi pasaran Singapura adalah sesuatu yang istimewa buat kwarga RozekRuzaini Studio, walaupun bukan job wedding, family portraiture kini menjadi salah satu kepakaran dan keterujaan kami. Banyak orang buat wedding sekarang, jadi kenapa kita masih berada dalam takuk yang sama? Dari Singapore Expo kami mendapat 7 tempahan family portraiture.. Alhamdulillah. Dan sedikit demi sedikit, kami ingin mencuba sesuatu yang baru di mana kalau orang tak boleh datang ke studio untuk sesi fotografi, kami boleh datang ke rumah anda. Domino’s Pizza, Pizza Hut, Mc Donalds dan servis syarikat yang lain juga menerapkan prinsip yang hampir sama. Kalau anda tak boleh dtg kepada kami, kami boleh datang kepada anda.

IMG_5013
I miss u , friends.

IMG_4992

IMG_4957
From left : Ida, Zik n Nana.. Thank u very much guys!

Bulan Mei & Jun 2011 menyaksikan RozekRuzaini Studio terus mengorak langkah utk merakam sesi fotografi keluarga dan perkahwinan tak kira sesi outdoor ataupun di rumah. Kebanyakan job yang kami terima di sekitar Singapura. Kami telah mula shooting di Singapore Barrage, Simei Estate, Bottle Tree Park di Yishun, Woodlands, dan juga di National Service Resort & Country Club..Dan sekali lagi, kami semakin yakin dengan family portraiture adalah bidang kepakaran kami sekarang ini. Begitu juga dengan fotografi perkahwinan yang mana kami semakin yakin untuk bergerak lebih maju ke hadapan dengan produk baru. Apa? Produk baru? kalau nak tau, kena dtg galeri kami di Taman Universiti, Skudai, Johor.

Haini & Hakim

Nizam & Zizi

Nizam & Zizi

Aniq

Aniq

family 16x20 inch
Famili Pn. Shana, Singapura

En. Samri & Family
Famili En Samri, Singapura.

En. Samri & Family
gadis kembar famili En. Samri, Singapura

Keluarga En. Ismail
Keluarga En. Ismail ( Doktor Kereta) di Singapore Barrage, Singapura.


Dan bulan Jun, Julai hingga Ogos, membuktikan kami masih teguh berdiri bilamana bekas pelanggan kami memanggil RozekRuzaini Studio utk terus merakamkan majlis perkahwinan dalam keluarga Linda Hussein utk kali ketiga di Ipoh.Kalau servis fotografi kami tak bagus, takkan orang boleh panggil sampai 3 kali kan? Alhamdulillah.. thank u very much Linda n family :) begitu juga family lain yang memanggil kami untuk sesi fotografi keluarga di rumah dan di lokasi luar.

Haziq & Su

Haziq & Su

Dalam bulan puasa, sempat juga RozekRuzaini Studio mengadakan kelas fotografi asas bagi pelajar sekolah menengah. Ini merupakan kelas kami yang pertama dan seramai 7 orang telah menyertai kelas ini. Tujuan diadakan kelas ini dalam bulan ramadan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas foto dan supaya mereka boleh praktikkan ilmu fotografi semasa hari raya nanti. Boleh ambil gmbar family dan bungapi :)

Introduction to DSLR Photography

Dan juga foto hari raya di kampung saya :)

IMG_9618

IMG_9548


September 2011 pula merupakan kali kedua kami mencuba nasib dalam pameran dan ekspo. Kami mencuba di UTM Skudai sempena Pesta Konvokesyen UTM. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan. Dari situ jenama kami mula dikenali dan kami telah meluaskan jaringan persahabatan, perniagaan dengan syarikat lain dan juga individu tertentu. Kami yakin, bukan hanya job wedding, malah dengan fotografi komersil juga boleh mendatangkan hasil dan pulangan yang sangat lumayan.

kolaj client

IMG_0544

IMG_0465

Oktober dan November 2011 kami kembali sibuk dengan wedding photography dan juga family portraiture.. Biasalah, time raya mesti ramai yang nak ambil gmbar family. Kat dalam rumah, kat luar rumah, bergambar dengan anak pertama, dengan keluarga pakai baju raya sama warna, ahli keluarga berkumpul sempena hari raya haji, anniversary, cuti umum dan sebagainya. Polisi kami, anda tak boleh datang studio, studio datang kepada anda? Best kan? :D

IMG_0449

IMG_0778

IMG_2546

IMG_2532

IMG_3427

IMG_3321

IMG_3443

IMG_3734

Kan saya dah cakap, kalau tak boleh shoot kat luar, kami boleh datang ke rumah anda.. Macam birthday Zuhair ni..Semua famili datang dan berkumpul masa birthday party Zuhair. Thank u very much to Pn. Niza for trusting us to capture Zuhair's 4th birthday party :)

Dan pertengahan November 2011 tercetus idea penubuhan studio pertama kami di Taman Universiti dan sepertimana yang pernah saya kongsikan, studio kami telah beroperasi pertama kali dengan Tuisyen Fotografi untuk Pelajar Sekolah Menengah. Studio ini beroperasi sebagai studio fotografi, studio pembelajaran fotografi dan juga servis mencuci gambar. Untuk tuisyen fotografi yang lalu, seramai 8 orang telah menyertai tuisyen kali ini dan kami jangkakan akan lebih ramai yang menyertai kelas atau tuisyen yang seumpama ini. Saya menjadi tenaga pengajarnya. Saya berharap pelajar pelajar saya mendapat sesuatu yang amat berguna utk asas ilmu fotografi ini. Niat saya adalah untuk berkongsi ilmu yang dipinjamkan utk saya. Saya percaya, lebih byk kita sebarkan ilmu, lebih byk yg kita akan pelajari dan kita akan menjadi lebih pandai. Insya allah, akan ada lagi tusiyen dan juga bengkel untuk peminat fotografi di luar sana. Sape join tuisyen fotografi ni kami berikan t-shirt RozekRuzaini Studio for free owkey?

Tuisyen foto Disember 2011

IMG_6357

IMG_6306

IMG_6333

IMG_6338

Kami tgh merisik-risik jurugambar terkenal dan berpengalaman untuk berkongsi ilmu dengan peminat fotografi di Johor Bahru. Studio ini masih dalam proses berpindah barang masuk dari ofis rumah saya ke studio. Bukan senang ye rupanya nk setup sebuah studio. Phew! Nanti dah beroperasi betul-betul baru kami boleh jemput semua orang dtg ke studio kami. Insya allah pertengahan Januari 2012 semuanya akan berlangsung.

Dan Disember 2011, kami mendapat job dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional cawangan Larut, Matang, Selama & Kerian untuk merakam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Projek ini adalah satu program kemasyarakatan RozekRuzaini Studio untuk komuniti di daerah tersebut. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana memanggil RozekRuzaini Studio sebagai salah seorang AJK program tu.. Program itu MUNGKIN mengakhiri episodefotografi RozekRuzaini Studio dalam tahun 2011. Mana tau, dalam 2,3 hari ada rezeki yang masuk kan?

IMG_6579

IMG_6590

IMG_6926

IMG_7023

IMG_7165

UTK AJK

Dan tggal 4 hari lagi tahun 2012 akan datang, telah ada beberapa rancangan utk 3 bulan pertama dalam tahun baru. Doakanlah apa yang kami usahakan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam peluang yang ada ni, sy sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang selalu menyokong RozekRuzaini Studio. Untuk famili ; mak ayah dan adik-adik, kawan-kawan rapat terutamanya Nana, terima kasih tak terhingga kerana sangat-sangat memahami dan menyokong apa yg saya usahakan selama ini.. Terima kasih juga utk kawan-kawan di facebook, luar facebook, pengunjung setia blog ini, terima kasih tak terhingga kerana selalu menyokong.
Sebelum berakhirnya tahun 2011, kami perkenalkan 2 jenis promosi iaitu Family Portraiture dan juga Wedding Photography PackageYear End Sale.

Bagi pakej fotografi perkahwinan, dengan setiap tempahan mana-mana pakej sebelum 31 Disember 2011, anda boleh menikmati 1 sesi Outdoor Percuma & 1 unit foto + bingkai bersaiz 16x24inci secara PERCUMA ..!!

year end sale

Bagi pakej Family Portraiture , anda boleh pilih mana-mana tarikh dalam tahun 2012 dan tempah sesi fotografi keluarga anda bersama kami pada harga RM 480. Harga termasuk 1 jam sesi fotografi dan juga 1 unit album 6x6 inci.

iklan

Ha, tunggu apa lagi, cepat check calendar anda dan hubungi RozekRuzaini Studio di no 012 9180401 sekarang..!!

Akhir sekali sy nk ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk semua sekali yang selalu sangat menyokong RozekRuzaini Studio dari dulu smpai sekarang. Maafkan kalau ada keterlanjuran kata. Semoga kita mendapat banyak manfaat dari tahun 2011 dan tahun 2012 boleh membuka satu dimensi dan harapan baru untuk kita semua.

Selamat Tahun Baru 2012 untuk anda semua.. Jumpa lagi tahun 2012.. bye bye!!!

2 comments:

namesayeain said...

good luck rozek!

RozekRuzaini said...

tq ain