Friday, January 27, 2012

I Present You, RozekRuzaini Studio :)

Phew... Maaf terlalu lama tak update website ni.. Selama 2,3 minggu ni sy bz pindah rumah dan ubahsuai studio.

Aha..! RozekRuzaini dah ada studio sekarang.. Alhamdulillah.. Selepas lebih kurang 5 tahun sy berikan servis fotografi secara kecil-kecilan yang berpusat di rumah, saya rasa sy sudah bersedia untuk menempuh satu fasa baru dengan membuka sebuah studio dan pejabat urusan kecil di Taman Universiti, Skudai Johor..

Terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan dan keluarga yang banyak mendorong. Yang paling banyak mendorong adalah Nana. Terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya membuka studio taklah semudah yg kita fikirkan. banyak yg perlu dikorbankan. Semoga saya akan terus tabah dan cekal menempuh hari mendatang kerana membuka studio adalah cita-cita saya dari dulu lagi.

Masa saya kecik-kecik dulu, saya selalu terbayang saya ada kedai sendiri, guna nama sendiri. Angan-angan tu membawa ke besar. masa kat sekolah menengah jual air tin berkarbonat kat sekolah masa hujung minggu, jual keropok lekor dgn kawan-kawan. Masa di universiti, buat jualan chocolate flower dgn kawan-kawan sempena valentine's day. Habis universiti, jual laksa pada kawan-kawan. Masa tu tak pndai melukis, jd takda lukisan yang boleh dijual, jadi jual la makanan sbb mudah dpt untung walaupun 10 sen. 10 sen tetap untung juga kan? :D

Membuka studio ni adalah satu 'chapter' baru dalam hidup saya. Saya suka mencuba sesuatu yg baru dan sekali lagi saya harap saya terus tabah menghadapi semua ni.. Saya mungkin tak popular macam fotografer lain, tapi selagi orang percayakan khidmat saya, saya akan terus memberikan yang terbaik.

Studio saya belum ada official launching lagi. Insya allah, bila nak launching nnt saya beritahu ya... Jadi sekarang studio beroperasi 9.30 pagi hingga 9.00 malam, Isnin hingga Ahad. Kat studio saya, ada sediakan servis mencuci gambar ekspres, mini studio dan juga bilik tuisyen fotografi. Saya ingin jadikan studio saya sebagai pusat ilmu fotografi dan seni untuk remaja. Di sini akan ada koleksi buku-buku fotografi dan majalah luar negara berkaitan fotografi yang saya kumpul lebih kurang 5, 6 tahun lepas. Koleksi buku dan majalah tu dah ada cuma belum ada cukup rak untuk letakkan buku-buku tersebut. Mungkin ilmu saya tak seluas ilmu orang lain tapi pada saya tak salahkan kita berkongsi apa yg ada..


IMG_0634
Ini bahagian hadapan RozekRuzaini Studio. No 40-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai, Johor.

IMG_0639
Ini kaunter untuk urusan cuci foto, tempahan frame dan gambar pasport. Yang tgh duduk muka ketat tu, namanya Afiq. Muka je nampak ketat, tapi dia peramah. :D

IMG_0646
Mini galeri RozekRuzaini Studio. Masih banyak foto yang belum digantung.. Pelan-pelan ye..

IMG_0649

IMG_0654
Bilik tuisyen di RozekRuzaini Studio. Di sinilah tempat tuisyen foto diadakan untuk pelajar-pelajar. Saya lebih menumpukan pelajar sekolah menengah kerana mereka generasi muda yang cepat belajar.. semoga niat saya diberkati..

Berkenaan Tuisyen Fotografi untuk pelajar sekolah menengah, tuisyen ini berlangsung tidak jauh beza dengan tuisyen matapelajaran sekolah yang lain. Saya percaya, fotografi memerlukan kemahiran dan bukan hanya dengan datang bengkel sekali belajar dan kita akan terus pandai. Ia memerlukan praktikal dan latihan yang berterusan untuk mahir. Maka dengan itu, saya melaksanakan tuisyen ini dengan harapan, generasi muda lebih mahir mengendalikan kamera.

Yuran bulanan tuisyen ini sebanyak RM 80. Kelas berlangsung setiap Selasa dan Khamis, dan pelajar boleh memillih masa 4.30 petang atau 8.30 malam.. Setiap bulan kita akan adakan outing di tempat yang bersesuaian dan mengikut aktiviti pembelajaran.

Kepada pelajar dan berminat dengan tusiyen ini, maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Nana 017 2279324..
IMG_0659
Ini pula mini studio di sini.. Cukup untuk ambil gambar pasport dan potret keluarga, konvokesyen, dan foto seni.

IMG_0663
Dan ini pula pejabat urusan RozekRuzaini Studio.. Di sini tempat perbincangan dan juga tempat sy lakukan editing foto. :)

Itulah serba sedikit mengenai RozekRuzaini Studio. Saya tahu banyak lagi yang perlu saya lengkapkan studio saya tapi saya tetap gembira kerana ini adalah satu permulaan yg baik untuk saya. Syukur alhamdulillah kerana Tuhan permudahkan cita-cita saya dan semoga saya terus kuat dan tabah menjalankan studio dan fotografi saya sampai bila-bila.. Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk saya.

Kawan-kawan yang ada di JB, jemputlah datang ke studio saya.. Studio beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9.00 mlm, tetapi sy hanya masuk pejabat jam 3 petang hingga 9 mlm.. RozekRuzaini Studio tidak hanya menawarkan khidmat fotografi perkahwinan, malah kami juga turut melebarkan sayap perkhidmatan untuk sektor kerajaan dan swasta juga..

Anda boleh hubungi kami di talian tetap studio 07 5202267, atau no hp saya 012 9180401. Alamat studio saya di no 40-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai Johor.

Meh meh datang :)

RozekRuzaini
012 9180401
JB



p/s : Kepada bakal pengantin, akan ada pormosi istimewa untuk anda sempena pembukaan studio kami. Tunggu.... :)


12 comments:

syafisyifa' said...

semoga maju dlm bisnes-bini din-

Anonymous said...

tahniah rozek...bestnye ader bisnes sendiri..so keje cikgu still continue ke tak??

nizam said...

Terrrrbaeeekkk ah cik Rozek n Nana! Smuge terus sukses! Yeah2!
Aku nak tmpg bangga n nak tmpg hepi ni! Hahaha. . . Tetiba aku plak cam teruja sgt!
Semoga di murahkan rezeki n teruuusss maju. . .!
Go! Go! Go!
:-D

nizam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

congrates...

yang penting, ada gambar aku and zawi...

nnt aku blk kg, aku singgah ek...

RozekRuzaini said...

kak zila : thanks kak

anonymous : cikgu masih jalan jugak.. darah daging tu :)

nizam : thanks.. jemput datang studio kalau nk cuci gambo atau nak melawat lawat.. :)

teh : ok. balik kulai, meh sggah studio aku ok? thanks for the support!

mohd salme mohd ali said...

terbaek la rozek. kagum biler ada anak bangsa kita semakin maju...

Man Bai said...

succes selalu...

Feqza said...

Kapok....hebat ko! Tahniah beb! Doa aku semoga ko terus maju..nanti aku nak singgah lah studio ko..ahaks!

Sarah Zulkifli said...

alhamdulilah , hebat . teringin jugak ade studio sendiri :)

Sarah Azila said...

Wahhh menarik betul kelas fotografi tu. Ssuai juga utk lepasan spm. :)

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.