Monday, January 30, 2012

Tuisyen Fotografi RozekRuzaini Studio 2012

Tuisyen Fotografi RozekRuzaini Studio kembali untuk tahun 2012. Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada penghujung 2011, kini tuisyen fotografi kembali dengan format baru.
Dan seperti kebiasaan, tuisyen fotografi dilakukan khusus untuk pelajar sekolah menengah.


Pengenalan
Lambakan kamera DSLR yang mampu milik menyebabkan sesiapa sahaja dapat terjun ke dalam dunia fotografi digital. Namun begitu, gajet yang hebat tidak menjanjikan output yang baik jika individu tidak menguasai kamera dan teknikal fotografi secara menyeluruh. Atas kesedaran ini, tuisyen fotografi ini diwujudkan untuk memandu remaja khususnya menguasai kamera dan fotografi dengan baik.


Mengapa pelajar sekolah menengah?
Rasionalnya, pelajar sekolah menengah lebih cepat belajar berbanding dewasa dan peluang untuk generasi muda terlibat dalam bidang fotografi adalah lebih lama berbanding orang dewasa. Kemajuan fotografi digital yang pesat memberi peluang kepada generasi muda mengenali dunia fotografi lebih awal. Lebih awal mereka mengenali dunia fotografi, lebih banyak yang akan mereka terokai dan mahir dalam bidang ini.


Bagaimana tuisyen ini berfungsi?
Tuisyen ini berfungsi secara bulanan di mana setiap pelajar perlu menghadiri sesi pembelajaran setiap minggu dan kemahiran pelajar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Berapakah yuran tuisyen ini?
Yuran bulanan tuisyen ini sebanyak RM 80 sebulan.


Berapa lama jangka masa setiap sesi pembelajaran?
Setiap sesi pembelajaran secara teori selama 1 jam dan praktikal 2-4 jam.

Adakah sesi outing/praktikal luar diadakan?
Ya, sesi outing dan praktikal diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk mendedahkan pelajar dengan realiti fotografi digital. Sesi praktikal diadakan selepas teori dan pembelajaran diadakan di dalam kelas tuisyen.

Siapakah tenaga pengajar tuisyen ini?
Tenaga pengajar di sini adalah Cikgu Rozek yang telah terlibat dalam dunia fotografi secara serius hampir 8 tahun.

Apakah keperluan utama untuk menyertai tuisyen ini?
Keperluan utama adalah kamera digital apa-apa model. Kamera DSLR sangat-sangat digalakkan.

Dimanakah tuisyen ini berlangsung?
Tuisyen ini berlangsung di RozekRuzaini Studio, No 40-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi RozekRuzaini Studio di talian 07 5202267 atau cik Nana ( 017 2279324).

Ambilan pelajar untuk Februari 2012 bermula sekarang. Jangan berlengah lagi..!

DAFTAR SEKARANG !!!


iklan

No comments: