Hai semua. Lama tak jumpa.. semuanya sihat ke?
Ok, tanpa buang masa, kali ni saya tunjukkan foto-foto dari New Zealand. Kat sini saya ceritakan secara ringkas berkenaan New Zealand. Sebenarnya saya dalam perancangan menulis buku mengenai perjalanan saya ke New Zealand. Kalau saya tulis banyak-banyak kat sini, tak surprise dalam buku saya nanti. Tunggu ya kemunculan buku saya.. J
Saya mula beli tiket New Zealand 10 bulan yang lepas. Masa tu Air Asia baru je buat promotion penerbangannya ke New Zealand. Jadi, masa promotion tu la saya tempah tiket. Harga tiket masa tu RM 1345 pergi dan balik. Boleh dikatakan murah harga tiket tu. Lepas tu saya call Maz n Yid untuk join sama sbb tiket tu sy beli dengan nana. Nak bagi meriah lagi, tu yang ajak Maz dgn Yid tu. J
Perjalanan flight kami dari KL ke Christchurch yang mengambil masa 10 jam lebih. Perjalanan yang lama. Jadi kalau boring kena la bawak buku nak baca ke, tido bangun tido balik. Hehe. Tapi yang pasti, penerbangan yang lama mesti kena buat exercise. Kena jalan-jalan sikit dalam flight. Kalau tak nanti, kaki kita boleh kena Deep Vein Thrombosis. Kesannya, bila turun flight nanti, kaki kita sakit , kebas dan merah-merah. Pernah juga ada kes yang saya dengar ada yang mati kerana DVT ni.
Kami di New Zealand bergerak dengan kereta sewa. Perjalanan dengan kereta sewa lebih mudah dan bebas daripada ambil pakej. Kalau dengan pakej, nak berenti berenti ambik gambar susah sikit. Dengan kereta sewa boleh berenti ikut suka cuma antara berani dengan tidak je nak drive kat tempat orang. Jangan takut, ikut je peraturan dia dan baca map betul betul. Senang je baca map tu. J
Di New Zealand, keadaan muka buminya berbukit bukau dan kehijauan. Banyak biri-biri dan lembu. Depa tu kiut sangat! Rasa nak gomol2 pun ada. Hari pertama kami di NZ, mmg jakun habeh la sbb tak pernha tgk pemandangan seindah tu. Sukar nak digambarkan dengan perkataan tapi mmg lawa sangat-sangat NZ ni.
Hari pertama kami Christchurch, Cuma pegi pak n Save isi minyak dan memulakan perjalanan ke Lake Tekapo. Hari kedua kami ke Dunedin dan pergi Cadbury World. Hari ketiga kami ke Te Anau sebelum ke Milford Sound. Seterusnya, kami ke Queenstown 2 malam dan hari seterusnya kami bermalam di Methven. Nak cerita lebih-lebih tntg semua tempat ni, tggu buku saya ye. Dalam tu saya akan ceritakan secara lanjut semua tempat yang kami pergi. Senang cakap, New Zealand is worth place to go. Mmg takkan menyesal kalau pergi!
Nah layan gambar lagi syok! J Babai ! Nanti baca cerita kat buku saya ok?
RozekRuzaini
012 9180401
JB
masih di Christchurch. Duk posing sakan dah. haha
Dalam perjalanan ke Lake Tekapo. jakun tgk pemandangan lawa sangat!
Rasa nak nangis bila tgk kecantikan alam ni dengan mata sendiri.
Lake Tekapo
Itik yang jinak
Lupins are everywhere!
Lake Tekapo
Church of Good Shepherd, Lake Tekapo
Lake Pukaki. Torquise kala ayaq dia!
Elephant Rocks. Tmpt penggambaran filem Narnia.
Mouraki Boulders. Batu batu bulat yang besaq!
Lake Waihola.
Lake Te Anau yang damai dan sejuk!
Lepas balik dari naik cruise ke Milford Sound
Ayaq tasik Lake Gunn yang sgt jernih dan super sejuk!
Benti kejap kat ladang biri-biri.
Glenorchy, Queenstown. Tak jauh dari tempat shooting Lord Of the Rings.
Black Swan di Glenorchy Walkway.
kat Kawarau Bridge. Nampak tak org tgh buat Bungy Jumping tu? kena bayar dalam Rm400 ++ utk keseronokan kurang dari 10 saat! haha
Lake Dunstan dari pandangan tepi jalan.
Dalam perjalanan pulang ke Christchurch. Tak jauh dari Lake Pukaki.
8 comments:
lama nya aku tak main² blog!
lawa gila gambaq hang.. sumpah cun
Hotel/motel murah banyak tak dik ?
Sewa kereta sehari berapa (RM) ?
Seronok tengok gambar2 yang di ambil di newzealand.. beruntung siapa dapat pergi semasa air asia ada penerbangan kat sana, sekarang ni dah takde.. nak beli tiket dari malaysian airlines, dekat RM8K :( sedihhh..
cantiknya gambar ;)
lawanya... sy sekelauarga de plan nk g sane? bape sewa kete sehari? hotel murah x? kami plan nk backpackers je.. leh x email kat sy untuk rujukan nanti,..
cdutdecute@gmail.com
Seronok dpt pergi sana. NZ mmg negara yg cantik
Saya bercadang hendak pegi tahun depan insyaallah.Saya nak tanya ada x tour bus/coach from auckland to christchuch? We all x bercadang nak drive. Prefer naik coach if ade.
omaigaddd.. u ni photographer ke? patut la cantik2 gmbar. nak tny, pkai camera ape ye?
Post a Comment