Saturday, April 21, 2012

KEM FOTOGRAFI CUTI SEKOLAH ROZEKRUZAINI STUDIO





PENGENALAN :
Kem Fotografi Cuti Sekolah julung kali dianjurkan oleh RozekRuzaini Studio selepas kejayaan  beberapa siri Photography Outing  dan Tuisyen Fotografi untuk pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Kem ini dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah yang berumur 15 hingga 18 tahun di Johor Bahru. Kem ini dianjurkan sebagai platform untuk pelajar sekolah menengah mempelajari asas fotografi dan teknik mengambil gambar dengan baik.

KEISTIMEWAAN KEM INI :
Kem selama 2 hari 1 malam ini memberi penekanan kepada teknik teori dan praktikal kepada pelajar dan sesi kritikfoto diadakan sejurus selepas sesi mengambil gambar di lapangan. Tenaga pengajar utama kem ini adalah Cikgu RozekRuzaini yang merupakan seorang guru dan pengusaha fotografi yang dikenali di Johor Bahru. Kem ini turut dibantu oleh fasilitator yang juga jurugambar  berpengalaman dengan mempunyai latarbelakang  pendidikan dalam bidang seni halus dan seni visual. Kem ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menerokai potensi diri dan bakat dalam bidang fotografi dengan teknik dan kaedah yang telah diajar semasa kelas teori.

JADUAL KEM :


HARI 1 : 1 JUN 2012
10.00 pagi      : Pendaftaran dan berkumpul di Suria City Hotel, JB
10.30 pagi      : Taklimat ringkas dan daftar masuk bilik
1.00 petang     : Makan Tengahari
2.00 petang     : BENGKEL FOTO 1
3.30 petang     : Minum Petang, Solat
4.30 petang     : LAPANGAN 1 : MATAHARI TERBENAM, Pantai Lido
7.00 petang     : Makan Malam, Solat dan Pengurusan Diri
8.00 malam     : LAPANGAN 2 : BAZAAR JB
10.00 malam   : KRITIKFOTO 1
11.00 malam   : Minum malam dan tidur

 HARI 2 : 2 JUN 2012

7.00 pagi          : Sarapan
8.30 pagi          : BENGKEL FOTO 2
9.30 pagi          : LAPANGAN 2 : FOTOGRAFI JALANAN, JLN WONG AH FOOK
1.00 petang      : Makan tengahari dan daftar keluar
2.00 petang      : KRITIKFOTO 2
3.30 petang      : Penutup kem dan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan
5.30 petang      : Bersurai

TENAGA PENGAJAR UTAMA :
Cikgu RozekRuzaini  bt Ahmad Tajuddin
Guru dan Pengusaha Fotografi ROZEKRUZAINI STUDIO

FASILITATOR :
Noor Fauzuliana bt Mohamad Saleh, Aktivis Seni lulusan Sarjana Muda  Pendidikan Seni Visual, UiTM
Rosmyna bt Musa, Jurugambar lulusan Sarjana Muda Seni  Halus, Uitm
Khalisah Zakaria, Jurugambar lulusan Sarjana Muda Senibina, UTM

TARIKH KEM       : 1 hingga 2 JUN 2012
TEMPAT KEM     :  Suria City Hotel Johor Bahru.
JUMLAH PESERTA : Terhad kepada 20 orang sahaja

YURAN :
RM 350 SAHAJA

 YURAN KEM TERMASUK :
            1.    Nota
2.       Penginapan 2 orang sebilik
3.       Sehelai T-Shirt program
4.       Makan 6 kali sehari
5.       Sijil Penyertaan

KEPERLUAN KEM :
1.       Kamera DSLR
2.       Keinginan untuk belajar dan minat yang mendalam  dalam bidang fotografi

CARA MENYERTAI KEM :
1.       Isi borang dalam pautan yang disediakan di bawah.
2.       Bayaran deposit RM 150 dikenakan untuk pengesahan tempat. (Bayaran deposit tidak dipulangkan jika berlaku pembatalan oleh peserta kem). Selebihnya dihabiskan sebelum 25 Mei 2012.
3.       Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet (Maybank2u.com , CIMB Clicks, RHB Online dan semua bank tempatan) atau deposit tunai ke akaun ROZEKRUZAINI STUDIO.
4.       Sila email ke rozekruzainistudio@gmail.com atau telefon 012 9180401  untuk sebarang pertanyaan.



1 comment:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.