Wednesday, November 7, 2012

KEM FOTOGRAFI CUTI SEKOLAH ROZEKRUZAINI STUDIO Disember 2012



Pengenalan

Kem Fotografi Cuti Sekolah kini kembali bersempena dgn cuti sekolah yang bermula November hingga Disember 2012 ini. Kem ini dianjurkan oleh RozekRuzaini Studio selepas kejayaan beberapa siri Photography Outing dan Tuisyen Fotografi untuk pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Kem ini dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah yang berumur 13 hingga 21 tahun dan mana-mana individu dewasa yang berminat mempelajari fotografi. Kem ini dianjurkan sebagai platform untuk pelajar sekolah menengah dan orang ramai mempelajari asas fotografi dan teknik mengambil gambar dengan baik.

Keistimewaan Kem Fotografi RozekRuzaini Studio

Kem selama 3 hari 2 malam ini memberi penekanan kepada teknik teori dan praktikal kepada pelajar dan sesi kritikfoto diadakan sejurus selepas sesi mengambil gambar di lapangan. Tenaga pengajar utama kem ini adalah Cikgu RozekRuzaini yang merupakan seorang guru dan pengusaha fotografi yang dikenali di Johor Bahru. Kem ini turut dibantu oleh fasilitator yang juga jurugambar berpengalaman dengan mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang seni halus dan seni visual. Kem ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menerokai potensi diri dan bakat dalam bidang fotografi dengan teknik dan kaedah yang telah diajar semasa kelas teori.
Lebih istimewa praktikal kem kali ini dilaksanakan di Singapura bagi menambah keseronokan sambil mempelajari fotografi.

Jadual Kem

HARI 1
8.00 pagi : Pendaftaran di RozekRuzaini Studio
9.00 pagi : Sarapan
10.00 pagi : Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Fotografi
1.00 ptg : Rehat/Makan Tengahari/Solat
2.30 ptg : Kuliah 2 : Fahami Kamera Anda
5.00 ptg : Praktikal 1 : Food Photography
7.00 mlm : Pengurusan Diri
8.30 mlm : KritikFoto 1
11.00 mlm : Tidur

HARI 2
6.30 pg : Persiapan ke Singapura
7.30 pg : Bertolak ke Singapore Zoo
9.30 pg : Tiba di Singapore Zoo
Teambuilding & Praktikal 2 : Flora & Fauna
1.00 ptg : Makan tgahari / Rehat
2.00 ptg : Sambungan Praktikal 2 : Flora dan Fauna
4.30 ptg : Bertolak ke Merlion dan sekitarnya
5.30 ptg : Praktikal 3 : Building Photos & Street Photography
7.00 mlm : Bertolak ke Garden By The Bay, Singapura
7.30 mlm : Praktikal 4 : Night Photography
9.30 mlm : Bertolak pulang ke RozekRuzaini Studio
11.00 mlm : Tiba di RozekRuzaini Studio dan rehat

HARI 3
8.00 pg : Sarapan
9.00 pg : Kritik Foto 2 : Flora & Fauna
10.30 pg : Minum pagi
11.00 pg : Kritik Foto 3 : Street Photography
1.00 ptg : Rehat/Makan Tengahari/Solat
2.30 ptg : Kritik Foto 4 : Night Photography
4.30 ptg : Minum Petang
5.00 ptg : Penyampaian Sijil & Penutup
6.30 ptg : Bersurai

TENAGA PENGAJAR UTAMA :
Cikgu RozekRuzaini bt Ahmad Tajuddin
Guru dan Pengusaha Fotografi ROZEKRUZAINI STUDIO

FASILITATOR :
Noor Fauzuliana bt Mohamad Saleh, Aktivis Seni lulusan Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual, UiTM
Rosmyna bt Musa, Jurugambar lulusan Sarjana Muda Seni Halus, Uitm


TARIKH KEM :

Pelajar Sekolah :
4 hingga 6 DISEMBER 2012
( Selasa hingga Khamis)

Dewasa : 7 hingga 9 DISEMBER 2012 ( Jumaat hingga Ahad)

TEMPAT KEM : ROZEKRUZAINI STUDIO, Skudai, Johor Bahru.
JUMLAH PESERTA : Terhad kepada 10 orang sahaja setiap sesi

YURAN :
Pelajar sekolah (13-21 tahun)
RM 599 SAHAJA
RM 550 untuk bekas peserta kem dan tuisyen fotografi RozekRuzaini Studio

Dewasa ( 22 tahun ke atas)
RM 699 SAHAJA

YURAN KEM TERMASUK :
1. Nota
2. Makan 5 kali sehari selama 3 hari
3. 2 Helai T-Shirt program
4. Sijil Penyertaan
5. Bayaran Van ke Singapura
6. Tiket masuk ke Singapore Zoo

KEPERLUAN KEM :
1. Kamera DSLR
2. Tripod
3. Pasport Antarabangsa
4. Keinginan untuk belajar dan minat yang mendalam dalam bidang fotografi

CARA MENYERTAI KEM :
1. Hubungi atau SMS pertanyaan anda ke 012 9180401 atau 011 1235 1901 utk mendapatkan maklumat mengenai kem. Kami akan hantarkan sms langkah-langkah utk mendaftar kem ini.
2. Bayaran deposit RM 150 dikenakan untuk pengesahan tempat. (Bayaran deposit tidak dipulangkan jika berlaku pembatalan oleh peserta )

3. Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet (Maybank2u.com , CIMB Clicks, RHB Online dan semua bank tempatan) atau deposit tunai ke akaun ROZEKRUZAINI STUDIO.

Bagi peserta yang ingin bermalam di hotel berdekatan dgn RozekRuzaini Studio, kadarnya hanya RM 50 utk 1 malam. Jarak hotel dgn studio hanya 50meter sahaja.

Perkhidmaan Sewa Kamera juga disediakan bagi peserta yang tidak mempunyai kamera. Kadarnya adalah
RM 130 sehari. Jenama dan model yang digunakan adalah Canon EOS 550D beserta lensa 18-55mm IS.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi +60 11 1235 1901 atau Studio 07 5202267 (10 pagi - 5.30 ptg, Isnin hingga Jumaat)

JUMPA ANDA NANTI !!!

Praktikal Foto Outdoor

Praktikal Foto 'Food Photography"

Sesi Kuliah oleh Cikgu RozekRuzaini

Sesi Kritik Foto selepas Praktikal
Hasil foto pelajar kem : Akmal Nasreen

Hasil foto pelajar kem : Dineshwar Ganish

Hasil foto pelajar kem : Batrisyia Izzati

Hasil foto pelajar kem : Mohd Bazil

Hasil foto pelajar kem : Iman Izzati

Hasil foto oleh : Mohd Izzat Rosdi

hasil foto pelajar Kem Fotografi : Syaffik Imran, SMK Kangkar Pulai

Hasil Foto pelajar Kem Fotografi : Syaffik Imran

Praktikal Outdoor di Gardens By the Bay, Singapore

Hasil Fotografi oleh Aiman Nadzmi

Hasil foto pelajar kem : oleh Mohd. Naqib Othman

Hasil Foto oleh : Mohd. Naqib Othman

Photography Outing Tanjung Piai April 2012

Group Photo Kem Fotografi Jun 2012
Group Photo Photography Outing April 2011



KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR !!!

1 comment:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.