Monday, December 10, 2012

Foto Sepanjang Kem Fotografi Disember 2012


 
Hai semua.. Lamanyaaaaa tak jumpa.. hehe..

Ok, kali ni sy nk update skit pasal Kem Fotografi Cuti Sekolah Disember yang berlangsung baru-baru ini.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Walaupun penyertaan kali ni tak seramai yang sebelum ni, tapi objektif kem telah pun tercapai..

berdasarkan survey yang kami buat di penghujung kem, kebanyakan peserta memberi rating 4/5 untuk pengisian kem ini.. Pelajar menyatakan yang mereka berpuas hati dan apa yang mereka ingin belajar tentang fotografi, mereka telah dapat melalui kem ini..

Sebenarnya kem fotografi kali kedua ROZEKRUZAINI STUDIO anjurkan atas inisiatif  untuk menyalurkan ilmu fotografi kepada pelajar sekolah khususnya.. Remaja sekarang ni kebanyakannya dah ada DSLR, bawa kamera ke sana sini tapi masih pakai mode Auto (yang kaler hijau tu) kat kamera DSLR mereka.. Jadi, atas kesedaran tu, pihak kami anjurkan kem dan kelas foto yang lebih fokus kepada  remaja sekolah dan pelajar kolej khasnya..


Kali pertama kami anjurkan kem ini pada Jun 2012 dan ini yang kedua.. insya allah, akan ada lagi kem foto untuk cuti sekolah dan ibu ayah boleh lah menghantar anak mereka untuk belajar fotografi ke kem anjuran ROZEKRUZAINI STUDIO nanti.


Kem Foto Disember 2012 diadakan selama 3 hari.. Hari yang pertama menekankan teori dan asas fotografi. dan sebagai praktikalnya adalah food photography.. hari kedua lebih istimewa kerana kami melakukan praktikal di Singapore Zoo, dan Fotografi Malam di Merlion, Singapura. Hari ketiga adalah sesi KritikFoto iaitu sesi utk melihat kembali foto yang telah pelajar ambil. Dengan penyertaan pelajar yang tidak terlalu ramai, maka lebih byk tumpuan dpt diberikan kepada para pelajar..

Jadi, lebih nilai utk pelaburan anda dalam KEM FOTORAFI CUTI SEKOLAH ROZEKRUZAINI STUDIO..

Di bawah ini sy tunjukkan foto sepanjang kem dan hasil foto daripada pelajar kem..

RozekRuzaini
012 9180401
JB

Sesi teori dan asas fotografi hari pertama

Sesi praktikal di Singapore Zoo
Fotografi malam di merlion oleh : Muhammad Amin


Fotografi malam di hadapan Esplanade, Singapore, oleh Muhammad Amin



Foto di Singapore Zoo oleh Alif Haikal.

Foto di Merlion oleh Alif Haikal.
Foto utk Food Photography oleh Megat Lokman Hakim.

Cubaan foto makro oleh Megat Lokman Hakim.


No comments: