Hai semua..
Entry kali ini sbenarnya lebih personal. Sy nak ucapkan Happy Birthday kepada biz partner saya iaitu Nana ! Umurnya.. tadaa! Rahsia. :)
Saya ceritakan sedikit latarbelakang Nana. Nana lahir di Perak tapi dibesarkan di Ampang. Dia lanjutkan pelajaran dalam bidang senireka grafik di Uitm dan kemudian sambung pengajian dalam bidang Seni juga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Visual di Uitm juga.
![]() |
Nana dan Jemi.. |
Siapa kata sy tk pernah susah? Sy pernah susah bbrp tahun yang lalu. Bbrp tahun yang lalu, sy yakin tak ramai pun orang mengenali saya. Bukanlah niat saya ceburi fotografi untuk dikenali atau utk popular tapi sy gembira kalau orang menghargai kerja-kerja saya. Sy banyak bercerita dengan Nana dan Nana baaanyaaakkk sgt membantu saya dari segi memberi idea dan memberi motivasi agar tak cepat mengalah dalam apa juga yang sy lakukan. Dalam perniagaan, kita perlukan teman untuk berkongsi, bercerita dan meminta pendapat. Sy rasa sy ada keserasian dengan Nana dan banyak perkara sy kami kongsikan bersama.
![]() |
First time bawa Nana masuk Singapore Zoo |
Kalau orang tanya apa istimewanya Nana, saya akan cakap Nana sgt setia dalam hubungan dan persahabatan. Banyak rahsia saya yang Nana simpan dan dalam masa yang sama Nana memberikan nasihat kpd saya tentang banyak perkara. Itu adalah keistimewaan Nana yang utama.
Saya ingat lagi, April 2010, Nana dan saya mengorak langkah dengan kali pertama membuka booth di Singapura. Ini juga atas bantuan Kak Aida dan Kak Wati yang memberitahu kam tentang booth tersebut. Alhamdulillah, bila kami sudah tembusi pasaran Singapura, rezeki semakin mencurah-curah. Terima kasih utk semua yang byk membantu RozekRuzaini Studio.
Saya dan Nana pernah travel bersama ke beberapa tempat seperti Siem Reap, Sabah, New Zealand, Thailand dan sbgnya. Paling manis bila Nana sudi temankan sy memohon lesen skuba tahun 2010 dulu. Lesen tu sebenarnya saya dah lama sgt nk mohon tapi takda kawan nk teman, jadi mcm malaslah sy nk buat bila tkda kawan rapat yg boleh kita kongsi keseronokan. Bila Nana cakap dia pun nak buat, mmg sy happy sgt. Jadi kami sama-sama belajar dan mohon lesen skuba di Pulau Mabul, Sabah tahun 2010 dengan jurulath Mark Booth dari England.
Nana pun suka travel. Nana pernah cakap dia teringin ke Angkor Wat. Saya pun teringin jugak ke sana sbb Angkor Wat adalah salah satu daripada bbrp Keajaiban Dunia. Kebetulan kawan kami,Suzanne dan Melissa nak ke sana juga jadi dia ajak kami berdua. Mestilah kami tak tolak sebab nk pergi Angkor Wat kan.. Jadi ke Cambodia merupakan pengalaman terbang ke luar Malaysia yang pertama buat kami berdua. Saya mmg kagum tgk kehebatan kompleks Angkor Wat. Sangat besar, dan luas dan hebat. Nana mmg excited sgt dapat tgk Angkor Wat. Kami mmg tak habis habis ambik gmbar masa tu :)
![]() |
Us at Cambodia. |
Mac 2012 kami ke New Zealand dengan 2 rakan lain iaitu Yid dan Maz. Ke NZ merupakan penerbangan ke negara orang putih pertama buat Nana. Kami habiskan masa selama 8 hari di sana dan mmg terlalu byk perkara kami belajar bila di negara orang. Seperti biasa, kami ambil gmbar banyak-banyak. :) Di New Zealand kami memandu sendiri berjalan dari satu tempat ke satu tempat. saya dan Nana bergilir-gilir memandu, manakala Yid dan Maz menjadi tukang masak sepanjang kami berada di sana.
Nana at Queenstown |
![]() |
Us at Dunedin, NZ |
Nov 2012 kami ke Bangkok, Thailand bersama Zareena. Zareena pun kawa rapat kam di JB tapi kini Zareea di Penang. Zareena ajak kami berdua ke Thailand dan Bangkok merupakan destinasi luar negara seterusnya kami singgah.
Tahun 2012 juga menyaksikan RozekRuzaini Studio semakin cemerlang dengan pembukaan studio pertama kami di Taman Universiti, Skudai. Nana banyak menemani saya ke majlis-majlis, bertemu pelanggan, bercakap bagi pihak RozekRuzaini Studio dan memberi nasihat dan buah fikiran.Syukur kini, orang mula mengenali RozekRuzaini Studio. Terima kasih kepada anda semua yang menyebarkan tentang perkhidmatan fotografi kami.
Hari ini, 19 Januari, Nana menyambut hari lahirnya yang ke - -. Tada! Rahsia berapa angkanya. hehe. Saya sebagai teman akrab Nana ucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga dimurahkan rezeki, dilimpahkan kesihatan yang baik. Insya allah Februari nanti Nana akan sambung pelajaran dalam peringkat Master di Uitm nanti dalam jurusan seni juga. Siapa bakal pasangan Nana??? Tadaa!! Tanya Nana sendiri. hehehe.
![]() |
Nana at Kedah, 2010 |
RozekRuzaini
:)
No comments:
Post a Comment