Monday, January 28, 2013

Pameran Fotografi ; Dari Kacamata RozekRuzaini

Salam semua.. Tadaa!!

Kali ini sy nk ceritakn serba sedikit mengenai Pameran Foto  saya  di First Galleria, Taiping.

Pameran ini merupakan pameran foto solo saya yang pertama sepanjang saya menceburi bidang fotografi secara serius pada tahun 2007 sehingga kini. Saya amat berbesar hati selepas pihak First Galleria bersetuju menyediakan tempat untuk pameran foto saya ini. Jadi, dalam tempoh sebulan dua ni, sy berulang-alik JB ke Taiping bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Tema bagi pameran ini adalah foto-foto keindahan Taman Tasik Taiping. Taman Tasik ini merupakan simbol bagi daerah Taiping. Taman Tasik ini merupakan satu kenangan yang amat indah buat saya kerana di sinilah tempat sy bermain semasa kecil dahulu. Saya mula merakam foto-foto Taman Tasik Taiping pada tahun 2008 setiap kali sy pulang ke Taiping. Taman Tasik ini tidak pernah membuat saya jemu. Ia terlalu indah.

Untuk pengetahuan semua, pameran ini berlangsung bermula 13 Januari sehingga 31 mac 2013 di The First Galleria, Taiping. Kepada yang belum pernah sampai ke Taiping, inilah masanya untuk berkunjung ke Taiping.   Kalau anda semua nk tahu, ada 33 PERKARA PERTAMA DI MALAYSIA yang berlaku di Taiping..Ha, kalau nak tahu maklumat lanjut tentang Taiping, klik First Galleria, Taiping. :)

Ok lah. cukup tulis tulis ni. Kalau nk tgk gmbar pameran, jom pegi First Galleria, Taiping.

ROZEKRUZAINI
012 9180401
Johor Bahru

285089_10151259801619051_1387224857_n


No comments: