Sunday, February 3, 2013

Kuala Sepetang, Perak

Tada  !! Hai semua.. Kali ni saya nak ceritakan serba sikit berkenaan Kuala Sepetang yang berada kira-kira 14 km dari bandar Taiping. Saya kongsikan sedikit kisah Kuala Sepetang ini kerana mungkin ramai yang tak tahu bahawa Kuala Sepetang merupakan sebuah pekan yang maju pada zaman dahulu. Di sinilah terbinanya landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu. Tapi kini sy agak sedih melihat keadaan di situ kerana, tanah yang menjadi laluan sejarah itu dipenuhi dengan perumahan dan agak sesak untuk aktiviti ekonomi.

Saya sempat juga singgah ke kilang arang yang terletak di Kuala Sepetang juga. Kilang arang ini sebenarnya popular kerana byk media, photographer, majalah dan sebagainya telah datang ke sini dan membuat liputan mengenai produksi kilang arang di sini..

Ok lah tak nak tulis panjang-panjang, jom tgk gambar...

ROZEKRUZAINI
012 9180401

IMG_0580

IMG_0559
Peniaga ikan di Pasar Matang.

IMG_0600
Makcik ini masih bekerja di kilang arang. Katanya, duduk di rumah pun tak ada apa nk buat, lebih baik dia dtg kerja sementara badan masih sihat.


IMG_0734
Kayu bakau masih diangkat secara manual sebelum dibuang kulitnya.

IMG_0903
Saya amat kagum dengan wanita-wanita yang sgt gagah menjalakan pekerjaan kasar seperti ini.

IMG_1139
Kayu arang yang telah dibakar selama sebulan dan telah disejukkan  hampir 2 minggu sedia diangkat utk proses membungkus dan mengeksport.

IMG_1254
Sisa dan cebisan kayu arang yang pecah akan dikumpul semula.

IMG_1354
Wap daripada dapur arang digunakan untuk tujuan kosmetik. Jangan tak tahu, arang ni byk keistimewaannya..

IMG_1509
Api di dapur arang perlu sentiasa dikawal bagi memastikan kayu arang dibakar dengan sempurna.

IMG_1620
Lepas penat tgk kilang arang, jom singgah makan mee udang yang sangat popular di Kuala Sepetang. Slurp ! harga bermula RM 8 semangkuk..

No comments: