Tuesday, March 26, 2013

Fotografi Majlis Aqiqah Qaireen Arissa , Johor Bahru

Salam sejahtera semua..

Sekitar foto-foto majlis aqiqah Qaireen Arissa di Bandar Baru Uda, JB baru-baru ini..

Saya kerap  menerima tempahan untuk Majlis Aqiqah, Potret Famili Outdoor dan Potret Kanak-kanak. Sebenarnya sesi fotgrafi bersama bayi dan kanak-kanak adalah satu sesi yang mencabar sebab kita sebagai fotografer perlu mengikut mood kanak-kanak tersebut. Kalau potret bayi pun sama.. Adakala bayi tu menangis, nk tidur, tak selesa dan lapar. Kita nk marah baby pun tak boleh sbb baby tak faham apa kemahuan kita. Jadi kita sebagai fotografer yang perlu memahami dan bersabar dengan kerenah bayi.

Berdasarkan pengalaman saya menjadi fotografer majlis yang terdiri daripada kanak-kanak dan bayi, sy kongsikan ENAM tips  untuk kita menjadi jurugambar bagi majlis-majlis yang terdiri daripada bayi dan kanak-kanak.

1. Berpakaian kemas.
Berpakaian kemas ni ditujukan tak kira buat fotografer lelaki atau perempuan. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang penampilan kita di majlis. Seperti saya, saya mempunyai uniform saya sendiri yang mempunyai jenama saya dan laman web setiap kali hadir ke majlis atau bekerja sebagai jurugambar. Saya juga akan pastikan saya memakai seluar slack gelap beserta stokin. Saya akan memakai kasut apabila bila berada dalam dewan dan dihadiri oleh VIP. Tapi berstokin dan memakai kemeja berkolar adalah KEMESTIAN.


2.Tiba awal
Pastikan kita tiba awal di majlis seperti ini. Tiba awal menunjukkan yang kita sudah bersedia dgn tugasan. Sekiranya tuan rumah ckp majlis bermula jam 11.30 pagi, sebaiknya kita tiba 15 minit lebih awal. Manalah tahu kita cari rumah mereka tak jumpa ke, traffic jam ke, atau ada masalah-masalah lain yang kita tk jangka. Rancang perjalanan kita supaya dapat tiba di majlis lebih awal.


3. Senyum
Bila kita tiba di majlis orang, senyuman adalah perkara no 1.Tuan rumah kan agak sibuk, bila kita tiba dan berikan senyuman, tuan rumah pun rasa lega sikit. Kita pun takda la rasa tegang sangat nak bekerja.  Sebagai jurugambar, kita perlu tunjukkan profesionalisme kita. Walaupun kita mungkin pendiam, tapi senyum adalah kemestian. Biar kurang bercakap tapi lebihkan senyuman.

4. Berbual dengan kanak-kanak
Sekiranya kanak-kanak tu dah boleh bercakap dan berjalan,  kita tegurlah kanak-kanak tersebut. Tanyalah namanya, baju cantik siapa beli, dah makan ke belum.. Tujuannya supaya kanak-kanak tadi tidak kekok dengan kita.  Ini akan memudahkan kerja kita sebagai jurugambar dan ibu bapa juga, Kanak-kanak sukar memberi kerjasama jika sesi fotografi agak tegang. Kalau anda pandai buat kelakar dan mengusik kanak-kanak, gunakan kelebihan itu. Kanak-kanak mesti sukakan anda dan sesi fotografi pasti berjalan lancar dan menyeronokkan.

5. Bawa props seperti permainan
Kebiasaannya ketika saya mengambil foto kanak-kanak, saya pasti akan membawa permainan kecil dan gula-gula kepada mereka. Cangkung atau duduk separas mereka dan hulurkan permainan atau gula-gula tadi. Kanak-kanak pasti akan ambil apabila dirsuruh oleh ibu bapa mereka.

6. Bersabar dengan kerenah bayi
Bayi adalah anak kecil yang tak mengerti apa-apa. Seperti foto di bawah, Arissa adalah bayi biasa yang tidak memahami keadaan sekelilingnya. Adakalanya menangis, ketawa, senyum, tidak selesa dan sebagainya. Sebagai jurugambar, kita haruslah bersabar. Lebihkan senyuman, ikhlaskan hati semasa mengambil foto. Beri cadangan kepada ibu bapa seperti habiskan sesi foto keluarga bersama bayi ketika bayi masih berjaga, atau cadang kepada ibu susukan bayi sebelum sesi foto bersama keluarga bermula. Kalau bayi perlu tidur sekejap, beri masa kepada bayi untuk lelap sekejap sebelum kita dapat menghabiskan tugasan kita.

Ok, itu sahaja tips saya untuk kali ini.. TUnggu tips seterusnya dalam post akan datang..

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi daripada ROZEKRUZAINI STUDIO berkenaan Majlis Aqiqah, Majlis Hari Lahir, Potret Famili dan sebagainya anda boleh hubungi kami di talian
011 24226332 atau email ke rozekruzainistudio@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ROZEKRUZAINI
011 2422 6332
JB

IMG_8867

IMG_8913

IMG_8938

IMG_9064

IMG_9121

IMG_9260

IMG_9427

IMG_9473

IMG_9526

IMG_9695

IMG_9704

No comments: