Tuesday, March 26, 2013

Post Kem : Kem Fotografi Cuti Sekolah Edisi 4

Kem Fotografi Cuti Sekolah anjuran ROZEKRUZAINI STUDIO melabuhkan tirai bagi edisi ke 4 kali ini pada 24 Mac yang lalu.

Peserta kali ini seramai 4 orang dan perhatian dapat ditumpukan kepada bilangan pelajar yang hadir kali ini. tema kali ini lebih kepada Potret Fotografi dan Praktikal Fotografi secara berkumpulan.

Pada hari pertama mereka hadir, sesi sebelah pagi adalah sesi teori mengenai fotografi dan teknikal kamera. Para pelajar diajar mengenai asas fotografi dan bagaimana menggunakan kamera seoptimum mungkin.

Pada sebelah petang mereka terus diberi latihan praktikal untuk  menggunakan semula asas fotografi yang telah mereka pelajari sebelah pagi tadi. sesi latihan praktikal ini adalah dengan kerjasama dengan A Modelling Agency. Seramai 3 model telah memainkan peranan masing-masing untuk memberikan pose terbaik kepada pelajar.

Sesi praktikal mengambil masa selama 6 jam untuk disudahkan. Sesi kritik foto pula berlangsung pada jam 9.30 mlm. Para pelajar diajar bagaimana mendapatkan shot terbaik ketika sesi foto dijalankan dan bagaimana menghasilkan foto terbaik melalui praktikal yang berlangsung. Kelas pada hari itu tamat pada jam 10.30 malam.

Pada hari kedua pula berlangsung aktiviti berkumpulan yang melibatkan fasilitator oleh En Dale Mahadhir. Dalam aktiviti ini para peserta diberi tugasan dalam kumpulan dan dikehendaki menyiapkan tugasan fotografi dalam kumpulan.

Sebelah petang pula merupakan aktiviti kelas fotografi bagi sesi yang terakhir. Majlis penutup berlangsung pada jam 5.30 petang dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta sesi group photo.

Kem Fotografi Cuti Sekolah akan dilaksanakan lagi pada Mei 2013 untuk edisi ke 5. Pelbagai input dan ilmu akan dikongsikan untuk para peserta pada masa akan datang. Jom kita baca apa kata para peserta KEM CUTI SEKOLAH ROZEKRUZAINI STUDIO Mac 2013.


ROZEKRUZAINI
012 9180401
JB


Joel Ervind, 17 tahun :
" Saya seronok dapat datang KEM FOTOGRAFI CUTI SEKOLAH ini kerana dapat kawan-kawan baru selain  mempelajari teknik kamera dengan sepenuhnya. Sesi praktikal fotografi yang sangat menyeronokkan kerana saya diajar terus oleh Cikgu Rozek untuk memperbaiki shot yang saya ambil. Jika ada lagi kem sebegini pada masa akan datang, saya akan sertai lagi dan berminat untuk meneruskan fotografi pada masa depan."

Nurul Nadiah bt Rosman, 27 tahun:
" Saya sangat berpuas hati dengan pengisian dan cara penyampaian tenaga pengajar di sini. Ia ringkas dan sangat mudah untuk difahami. Saya juga dapat mempelajari banyak skill yang baru seperti pencahayaan, penggunaan shutter, aperture dan ISO di dalam studio. Selain itu saya juga dapat mempelajari teknik-teknik yang betul mengambil gambar potret. Aktiviti kem fotografi edisi 4 sangat memuaskan dan menyeronokkan. Sekiranya ada lagi kem atau kelas  yang bersesuaian, saya pasti akan menyertai lagi."
( Nurul Nadiah sudah dua kali menyertai kelas foto dan kem fotografi anjuran ROZEKRUZAINI STUDIO pada tahun 2013 ini)


Muhammad Rakin bin Rosta , 18 tahun :
"Saya merasa sangat seronok menyertai kem fotografi ini kerana tenaga pengajar yang best! Senang untuk saya bertanya masalah fotografi sekiranya tidak faham. Selain itu, saya dapat kawan-kawan baru. Kini saya dapat menggunakan kamera dengan baik dan faham penggunaan aperture, shutter dan ISO"

Muhammad Anwar bin Abd. Razak, 18 tahun :
" Saya seronok dapat belajar banyak perkara baru terutama sekali mengenai kamera. Sebelum ini saya menggunakan live view pada kamera saya tetapi selepas dibimbing oleh Cikgu Rozek, saya sekarang menggunakan viewfinder untuk mengambil gambar. Pengalaman belajar di sini amat menyeronokkan dan tiada tekanan. Saya bebas bertanya dan belajar. Insya allah, jika ada lagi kelas sebegini pada masa hadapan, saya pasti akan join lagi."

IMG_9751

No comments: