Saturday, June 1, 2013

KELAS FOTOGRAFI ROZEKRUZAINI STUDIO JUN 2013

Hai semua. Kali ini kami bawakan kelas-kelas foto untuk sepanjang  Jun 2013.Di bawah ini diberikan beberapa makluman kelas untuk anda sertai sepanjang JUN ini..

Sekali lagi kami bawakan En. Saluddin Ismail bagi kelas Fotografi Potret yang akan diadakan pada 22 Jun 2013 di ROZEKRUZAINI STUDIO. Dalam kelas ini, Saluddin akan menunjukkan secara teori dan praktikal bagaimanakah cara yang terbaik bagi menghasilkan foto potret yang mengagumkan.

Yuran bagi kelas ini adalah RM 190 bagi pelajar baru dan RM 170 bagi bekas pelajar ROZEKRUZAINI STUDIO.

1


Bagi kelas Teknik Editing HDR, Nazri Salleh sekali lagi akan hadir di ROZEKRUZAINI STUDIO untuk kelas ini. Di dalam kelas ini, beliau akan menunjukkan kaedah yang digunapakai untuk menghasilkan foto dgn efek High Dynamic Range atau (HDR). Bagi kelas ini, para peserta dikehendaki untuk membawa laptop siap dgn perisian Photoshop dan nota kecil untuk catatan.

Yuran bagi kelas ini adalah RM 190 bagi pelajar baru dan RM 170 bagi bekas pelajar ROZEKRUZAINI STUDIO.

Kelas terhad kepada 10 orang sahaja.
Hubungi 011 2422 6332 untuk mendaftar tempat anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi anda yang tercari-cari kelas TEKNIK MENGHASILKAN ALBUM CUSTOM, kali ini kami bawakan Rushdi Didiz jurufoto berpengalaman dari fotokahwin.com. Beliau akan berkongsi tips dan kaedah intensif bagi menghasilkan susunan foto perkahwinan di dalam album perkahwinan. Beliau juga akan berkongsi petua bagaimana menghasilkan foto yang memukau melalui kaedah 'photo touch-up' yang sgt berkesan. Di dalam kelas ini, peserta dikehendaki membawa laptop masing-masing dan mempunyai perisian Adobe Photoshop di dalamnya.

Yuran adalah RM 280 untuk pelajar baru dan RM 260 untuk pemegang Kad Keahlian ROZEKRUZAINI STUDIO.
Kelas terhad kepada 10 orang sahaja..

Hubungi 011 2422 6332 untuk mendaftar tempat anda.


4

TEMPAT TERHAD !! DAFTAR SEKARANG !!

RozekRuzaini Studio
011 2422 6332
Johor Bahru

No comments: