Sunday, August 25, 2013

E book ROZEKRUZAINI : 30 TIPS MENGEMBARA

Selamat Hari Ahad uols..

Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana saya merancang perjalanan untuk mengembara dan bagaimana saya, Nana dan kawan-kawan lain berani untuk mengembara secara sendirian tanpa menggunakan pakej pelancongan.

Saya sukakan kebebasan ( sebab nak ambik gambar dengan tenang), jadi saya gemar mengembara secara sendirian tanpa kongkongan masa oleh agensi. Bermula pada umur 25 tahun (mungkin ada yang mula lebih awal kan..) saya mula memberanikan diri menempah tiket kapal terbang sendiri dan mencari sendiri hotel/ tempat tinggal ketika mengembara. Sejak dari itu, saya rasa sangat seronok mengembara sendirian kerana baaanyaaakkk sangat saya belajar, lihat dan rasai ketika mengembara tanpa pakej pelancongan.

Oleh kerana ramai yang bertanyakan bagaimana saya mengembara tanpa pakej pelancongan, saya terfikir untuk kongsikan pengalaman saya dalam bentuk tips untuk rakan-rakan yang baru ingin mencuba mengembara seperti ini.

Ini merupakan e book pertama yang saya siapkan beberapa bulan lepas tapi saya kemaskinikan untuk menjadi lebih lengkap dan berguna kepada semua.

Di dalam ini saya kongsikan 30 tips penting bagaimana merancang perjalanan sebelum, semasa dan selepas. Tips ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman-pengalaman saya yang pernah ke Kemboja, Thailand, London, Mesir, Indonesia, Sepanyol, New Zealand, Arab Saudi, Australia, dan beberapa tempat lain lagi.

Sebagai permulaan, buat anda yang berhajat untuk memiliki e book pertama saya ini, harga promosinya adalah RM 20 SENASKHAH. E book ini dalam format PDF yang boleh dibaca di telefon pintar anda, tab,komputer biasa dan komputer riba.

Selepas 28 Ogos 2013 harganya akan menjadi RM 60 dan janganlah lepaskan peluang ini mendapatkan tulisan saya yang pertama.

Untuk mendapatkan e book ini, cuma emailkan nama anda, no telefon bimbit dan alamat ke rozekruzainistudio@gmail.com dan saya akan berikan langkah seterusnya untuk anda memiliki e book ini.

CEPAT DAPATKAN SEBELUM HARGANYA MENJADI RM 60 . 

Sebagai Bonus, saya kongsikan 1 tips yang terkandung di dalam e book ini :

1. Rancang Perjalanan

Sebelum kita memulakan pengembaraan kita, sebaiknya kita perlu merancang perjalanan dan percutian kita. Ini termasuklah merancang dari segi lokasi, kewangan, dengan siapa kita akan mengembara, bilakah tarikh jangkaan untuk mengembara dan semak juga cuaca dan musim tempat yang bakal kita kunjungi.

Lokasi
Pilih lokasi pengembaraan. Adakah lokasi itu di dalam atau di luar negara. Lokasi di dalam negara lebih menjimatkan manakala lokasi di luar negara sangat mengujakan!

Kewangan
Rancang kewangan anda untuk pengembaraan tersebut. Adakah simpanan anda mencukupi untuk mengembara atau perlu menyimpan lebih lagi. Anda juga perlu semak kewangan anda bagi memastikan simpanan dan wang anda mencukupi sekiranya anda ingin mengembara ke negara yang mempunyai matawang lebih tinggi daripada matawang Malaysia.

Siapa
Anda berhak untuk memilih dengan siapa anda akan mengembara. Mungkin adik beradik, kawan rapat, keluarga, ibu bapa atau rakan pejabat. Tips saya, pastikan anda memilih rakan yang boleh anda bergaul dengan mesra, mempunyai emosi yang stabil dan tidak panas baran. Mengembara memerlukan kesabaran. Tidak semestinya pengembaraan bermula dan berakhir dengan keseronokan. Banyak cabaran dan dugaan yang bakal kita hadapi. Jadi pastikan pilih rakan kembara yang boleh mesra dengan kita.

Selamat membaca 

Jom Mengembara. Mengembara membuka minda.. 

-ROZEKRUZAINI-



1 comment:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.