Tuesday, October 15, 2013

KELAS ASAS FOTOGRAFI bersama ROZEKRUZAINI



Hai. Kelas Asas Fotografi bersama ROZEKRUZAINI kini kembali.

ROZEKRUZAINI STUDIO pernah mengadakan kelas asas foto pada awal tahun 2013 . Kelas sebelum ini mengambil masa hampir 5-6 jam pada setiap kelas. Hasilnya pihak kami dapati kebanyakan pelajar lupa apa yg telah dipelajari kerana terlalu banyak silibus dan sukatan pelajaran yg diajar.

Untuk mengatasi masalah lupa dan kurang praktis para pelajar kami, kini kami sediakan silibus yg lebih praktikal dan padat supaya para peserta dapat memaksimumkan kemahiran berfotografi.

Secara psikologinya, tumpuan peserta di dalam kelas secara optimumnya adalah 1 jam. Aktiviti pembelajaran beserta dengan praktis boleh dimaksimumkan sehingga DUA jam.

Kelas Asas Foto oleh ROZEKRUZAINI kini diadakan pada waktu malam iaitu jam 8.00 hingga 10.00 malam setiap Khamis dalam bulan Oktober 2013.

Antara sukatan pelajaran yg akan diajar adalah 

i) Kenali kamera anda
ii) Fahami setiap butang kamera anda
iii) Fahami ISO, Aperture dan Shutter Speed dengan kaedah mudah ROZEKRUZAINI
iv) Fahami penggunaan White Balance dan situasinya
v) Pelajari komposisi fotografi untuk mendapatkan hasil foto terbaik

5 sukatan pelajaran ini diajar dalam bentuk yang padat dan mudah difahami supaya para peserta dapat memaksimumkan penggunaan asas fotografi.

Kepada anda yg pernah mengikuti mana-mana kursus foto dan berminat untuk 'refresh' pengetahuan anda semula, anda turut digalakkan untuk menyertai kelas ini.

Yuran kelas hanya RM 40 untuk kelas 2 jam. Pilih salah satu tarikh yang bersesuaian mengikut kelapangan anda.

Pihak ROZEKRUZAINI STUDIO menjanjikan anda mahir menggunakan kamera DSLR anda secara optimum selepas mengikuti kelas ini.

Hubungi 011 2422 6332 untuk tempat anda. Terhad kepada 10 peserta sahaja setiap sesi.

PELABURAN ANDA HANYA RM 40 untuk mendapatkan ilmu yang terbaik.

Jumpa anda nanti !

-ROZEKRUZAINI-

1 comment:

Rose Azadir said...

Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com .