Sunday, October 13, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha







Saya ingat lagi, 20 tahun yg lepas saya berada di Pdg Arafah bersama keluarga saya. Masa tu sy ikut ayah saya tunaikan ibadah haji. Disebabkan arwah mak saya dah tkda, ayah sy masih belum kawin semula dan makcik-makcik kesygan saya pun nk menunaikan haji, jd ayah sy bawa saya juga ke sana slps sy ckp " Nak ikut ayah pi Mekah boleh?" Mgkn ayah sy fikir kesian kot tggalkan sy kat sini dgn sepupu rapat sy yg masih bersekolah dan belajar.

Pengalaman di Arafah dan Mekah kali pertama adalah satu pengalaman yg hebat. Kat sanalah saya belajar melihat ragam jutaan manusia yg berhimpun. Paling tk boleh lupa, tengah tengah solat orang Turki langkah kepala kita, orang berasak-asak ketika melontar jamrah hingga ada yg mati dipijak dan macam-macam lagi. 

Di sana saya sentiasa diajar supaya bersabar dan menjaga tutur kata. Tanah Haram adalah tempat di mana lintasan hati, perkataan dan perbuatan akan menjadi kenyataan dengan izin Allah. Kalau terlintas dalam hati, kasut kita akan hilang, memang hilanglah jawabnya. Begitu juga bila jumpa fakir miskin, kalau rasa tak sudi memberi, jgn sekali kali menyatakan tak ada duit dalam kocek, balik karang mmg tkda duit la dlm kocek tu. 

Ketika di Pdg Arafah, sy tk berapa pandai nk beribadat. Ye la, baru 11 tahun. apa je yg saya nk bc byk sgt kan. Duk fikir, bila nak balik ke Mekah balik ni. Haha. Di Arafah, sepatutnya kita akan beribadat sepnjg hari dan malam supaya Allah ampunkan dosa dosa kita. Pdg Arafah dulu tk byk pokok. Mmg gersang tanahnya.
Dan saya masih ingat hari terakhir melontar jumrah sy tk buat sbb manusia terlalu ramai dan ayah bimbang saya jatuh dipijak. Jadi saya tinggal sj di khemah di Mina.

Esok kita semua di Malaysia merayakan AidilAdha tetapi jemaah haji hr ini berada di Arafah dan beribadat sepanjang hari dan malam untuk menyucikan diri dan seterusnya bergerak ke Mina utk melontar jumrah pada hari berikutnya.

Benarlah kata-kata, pergi ke Mekah, adalah satu jemputan Allah. Sy bersyukur telah menjadi jemputanNya. Dengan jemputanNya, kita diajak Allah utk melihat kebesaran dan kehebatanNya. dan juga melihat sendiri, belajar bersabar dengan ragam JUTAAN MANUSIA seluruh dunia. 

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam.

Assalamualaikum.

-ROZEKRUZAINI-

No comments: