Sunday, November 24, 2013

Booklet 30 Tips Mengembara oleh ROZEKRUZAINI (Edisi Terhad)

Adakah anda :

1. Suka aktiviti pengembaraan?

2. Sukakan cabaran dalam pelancongan anda?

3. Belajar perkara-perkara baru ketika berjalan-jalan?

4. Wanita yang ingin tahu bagaimana memulakan perjalanan backpacking anda yang pertama?

5. Ingin menambah kenalan anda dari luar negara?

Kerapkali saya ditanyakan bagaimana saya memulakan perjalanan backpacking saya bersama rakan-rakan saya. Pelbagai kaedah saya kongsikan bersama mereka secara lisan namun kepuasan saya untuk membantu orang lain memulakan pengembaraan mereka yang pertama masih belum tercapai.

Atas dasar itu, saya mula menulis 30 tips mengembara ini untuk membantu lebih ramai belia untuk keluar dan memulakan perjalanan mereka yang pertama. Pengembaraan tanpa menggunakan pakej percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Anda bebas menentukan destinasi anda, bebas untuk menghabiskan seberapa banyak masa di tempat yang anda sukai dan bebas menghayati keindahan, keajaiban dan menikmati keseronokan dalam percutian anda.

Sebagai seorang fotografer, saya pernah mengembara atau lebih tepat sebenarnya melancong dengan menggunakan pakej pelancongan. Ya, menggunakan pakej pelancongan memudahkan anda ke sana sini tanpa perlu risau tentang urusan makan, tempat tinggal dan destinasi yang anda kunjungi. Kesemuanya telah diuruskan. Namun jauh di sudut hati saya, saya ingin melihat dunia dari dimensi yang baru. Saya mahu melihat bagaimana rakyat sesebuah negara menjalani rutin kehidupan mereka dan dalam masa yang sama saya mahukan kebebasan untuk mengambil gambar dalam keadaan yang selesa dan bebas.

Antara pengalaman perjalanan  yang mungkin anda tidak dapat rasai adalah seperti ini. Pengalaman melihat penempatan dan masyarakat di atas Tasik Tonle Sap.

IMG_4320

IMG_4419

IMG_4320

Saya dapat merasai pengalaman ini ketika saya ke Kemboja dan meminta pemandu tuk-tuk membawa kami ke tempat lain yang lebih menarik kerana kami masih mempunyai masa sebelum pulang ke tanahair.

Copy of IMG_0012
Ladang lotus di Siem Reap.

Atas dasar ini, saya memulakan perjalanan saya pada tahun 2006 secara backpacking untuk mendapat kepuasan sebenar dalam perjalanan saya.

Selepas mengembara ke hampir 10 buah negara, saya merasakan saya perlu membuat sesuatu untuk membantu lebih ramai orang merasai pengalaman yang saya rasai.

Atas dasar itu, saya menghasilkan booklet saya yang pertama iaitu 30 Tips Mengembara oleh ROZEKRUZAINI. Ia bersaiz kecil iaitu 9x12 cm dan boleh dimuatkan di dalam beg tangan dan kocek anda. Ia mengandungi 30 tips yang merangkumi persiapan sebelum memulakan backpacking anda yang pertama, bagaimana mendapatkan hostel atau hotel yang murah namun selamat, perkara yang mesti disediakan dalam perjalanan anda, Dos and Don'ts dalam perjalanan anda dan pelbagai tips lain yang boleh membantu anda memulakan perjalanan anda yang PERTAMA tanpa menggunakan pakej pelancongan.

photo

Berapakah harga booklet ini?
Harga booklet ini adalah RM 16.90 beserta bayaran kurier.

Bagaimana saya boleh dapatkan booklet ini?
Anda boleh mendapatkan booklet ini dengan menempah pada pautan di bawah.
Jika anda menggunakan kad debit, pastikan kad debit anda mempunyai logo "VISA" atau 'MASTER" bagi memudahkan anda menggunakan khidmat Paypal.

Apakah alamat yang perlu saya untuk saya menerima booklet ini?
Sila berikan alamat yang mempunyai penerima seperti alamat rumah atau alamat pejabat. Sekiranya barang dipulangkan semula kepada kami, kami terpaksa mengenakan bayaran pos untuk kali kedua.

Pengembaraan dan perjalanan yang jauh akan mematangkan fikiran kita. Kita akan belajar menghargai keadaan di sekeliling kita, melihat sendiri kehebatan dan keindahan negara-negara maju, mengambil gambar sepuasnya, berinteraksi dengan orang tempatan secara maksimum, memperbaiki cara anda berkomunikasi dengan berkesan dan dalam masa yang sama membuatkan anda ketagihan untuk mengembara lagi.

Booklet ini akan membantu anda untuk terus mengembara dan dalam masa yang sama anda boleh berjalan jauh dengan cara yang menjimatkan.

PERCAYALAH. Anda pasti ingin mengembara lagi selepas anda memulakan perjalanan backpacking anda yang pertama. Dan inilah booklet yang akan membantu anda.

IMG_0507
London

IMG_7886
The Pinnacles, Australia

IMG_8432
Fremantle, Australia

 Info 30 Tips Mengembara oleh ROZEKRUZAINI ini pernah diterbitkan dalam bentuk e-book dan telah dimuatturun hampir 300 orang yang mengenali saya. Namun jika dalam bentuk e-book ia tidak sepuas anda memegang sebuah booklet yang sarat dengan maklumat. Jadi, dengan booklet yang kecil, ringan dan mudah dibawa, anda pasti dapat membacanya di mana-mana sahaja.

photo
 Anda boleh membuat bayaran semudah menekan butang "BUY NOW' di bawah dan bayaran boleh dibuat secara online melalui kad debit dan kad kredit anda. Pastikan kad debit anda mempunyai logo "VISA" atau 'MASTER" bagi memudahkan anda menggunakan khidmat Paypal.



Jadi, dapatkan booklet 30 Tips Mengembara oleh ROZEKRUZAINI (Edisi Terhad) kerana kami hanya ada 35 buah sahaja di dalam stor kami. Miliki ia sekarang kerana kami tidak akan menerbitkan booklet ini sekali lagi selepas ini.

Buat anda yang telah memiliki booklet kami, terima kasih tak terhingga atas sokongan anda.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 012 9180401 untuk maklumat lanjut.

Jom Mengembara! Mengembara Membuka Minda.

-ROZEKRUZAINI-

photo (1)




1 comment:

glokaladventure said...

Hi. Satu soalan, dlm booklet ni ada disertakan sekali tak panduan sbg muslim backpacker? Cth: rujukan panduan solat & makanan halal? Thanks in advance! :)