Friday, November 1, 2013

KELAS ASAS FOTO BERSAMA ROZEKRUZAINI Edisi November 2013



IMG_1125

Sebagai salah satu sumbangan kepada masyarakat, ROZEKRUZAINI STUDIO menganjurkan KELAS ASAS FOTO untuk semua yang tinggal berdekatan Skudai, Johor Bahru, Kulaijaya, Pontian dan Pekan Nenas pada hari Khamis yang dipilih pada setiap bulan.

Ini adalah bertujuan untuk membantu sesiapa yang ingin menambah ilmu dan memahami asas foto dan menjadi lebih serasi dengan kamera DSLR yang anda miliki.

Untuk bulan November, kelas diadakan pada 14 dan 21 November 2013 bermula jam 8.00 hingga 10 malam. Yuran cuma RM 40 seorang dan nota diberikan secara PERCUMA.. Anda cuma pilih salah satu tarikh yang dirasakan sesuai untuk anda hadiri. Kelas terhad kepada 10 orang setiap sesi dan kelas dijalankan selama 2 jam ++. anda juga boleh bertanya sekiranya terdapat kemusykilan tentang kamera dan fotografi. Insya allah sy cuba membantu.

Bukanlah tidak mahu diberikan kelas secara percuma, tetapi dengan sedikit bayaran, diharapkan semuanya akan belajar lebih menghargai dan menghayati ilmu. Nota di dalam kelas mmg diberikan secara PERCUMA cuma yuran sahaja RM 40 seorang.

Jadi, adik-adik, pelajar-pelajar sekolah yang saya sayangi tu, dah lama tak gi sekolah kan? kendian tak tahu nak buat apa kan? Jomlah masuk ke kelas cikgu. Cikgu ajar awak semua tentang fotografi. Eh tapi kelas ni takda la terhad kepada pelajar sekolah aje, yang dewasa pun boleh sertai. Saya alu-alukan kehadiran anda jika benar-benar ingin belajar dan menambah ilmu.


Antara sukatan pelajaran yg akan diajar adalah 

i) Kenali kamera anda
ii) Fahami setiap butang kamera anda
iii) Fahami ISO, Aperture dan Shutter Speed dengan kaedah mudah ROZEKRUZAINI
iv) Fahami penggunaan White Balance dan situasinya
v) Pelajari komposisi fotografi untuk mendapatkan hasil foto terbaik

5 sukatan pelajaran ini diajar dalam bentuk yang padat dan mudah difahami supaya para peserta dapat memaksimumkan penggunaan asas fotografi.

Kepada anda yg pernah mengikuti mana-mana kursus foto dan berminat untuk 'refresh' pengetahuan anda semula, anda turut digalakkan untuk menyertai kelas ini.

Yuran kelas hanya RM 40 seorang untuk kelas 2 jam ++. Pilih salah satu tarikh yang bersesuaian mengikut kelapangan anda.

Pihak ROZEKRUZAINI STUDIO menjanjikan anda mahir menggunakan kamera DSLR anda secara optimum selepas mengikuti kelas ini.

Hubungi 012 9180401 untuk menempah tempat anda. Terhad kepada 10 peserta sahaja setiap sesi.

PELABURAN ANDA HANYA RM 40 untuk mendapatkan ilmu yang terbaik.

Jumpa anda nanti !

No comments: