Tuesday, January 21, 2014

KELAS ASAS FOTOGRAFI bersama ROZEKRUZAINI, Taiping, Februari 2014..

Anda berminati bidang fotografi tetapi masih belum berkesempatan untuk mendalaminya?

Anda sudah lama memiliki DSLR tetapi masih belum mahir dengan kamera anda?

Anda ingin abadikan Taman Tasik Taiping dan Taiping Bandar Warisan sebagai koleksi peribadi anda?

Anda ingin maksimumkan kebolehan fotografi anda dan menjana pendapatan melalui fotografi?

Pelajari Kelas Asas Fotografi bersama ROZEKRUZAINI ( MALAYSIA'S FEMALE PHOTOGRAPHER) seorang guru, jurugambar dan pengembara berasal dari Taiping yang mempunyai pengalaman 9 tahun dalam bidang fotografi lanskap dan kembara. Telah dijemput oleh pihak First Galleria, Taiping mengadakan pameran solo fotografi Taman Tasik Taiping pada Januari hingga Mac 2013. April hingga Jun 2013 dijemput pula oleh pihak Muzium Perak, Taiping untuk mengadakan pameran fotografi dengan tema Taiping : Kedamaian Abadi. Telah dijemput sebagai tetamu rancangan Saffiya TV9 dan Wanita Hari Ini ( TV3) untuk sesi perkongsian mengenai fotografi kembara dan lanskap dan kerap mengadakan kelas-kelas foto di seluruh Malaysia untuk peminat-peminat fotografi

Antara kandungan Kelas Asas Fotografi kali ini adalah :

Topik 1 : Sejarah Ringkas Fotografi
Topik 2 : Aksesori Kamera Anda
Topik 3 : Memahami Kamera Anda
Topik 4 : Fahami Fungsi 3 Beradik ( Aperture, Shutter, ISO) dengan kaedah ROZEKRUZAINI
Topik 5 : Komposisi Dalam Fotografi
Topik 6 : Praktikal Fotografi untuk menambah kefahaman anda

Maklumat kelas :

Tarikh : 2 Februari 2014
Masa : 2.30 petang hingga 7 malam
Lokasi : KCT Club House, Coronation Pool ( teori) & Taman Tasik Taiping ( Praktikal)
Yuran : RM 130 ( ahli KCT) , RM 150 ( bukan ahli KCT)

Maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Lt. Kol. Robert Rizal 012 275 1171.

Daftar sekarang! Tempat terhad kepada 15 orang sahaja.



No comments: