Sunday, February 2, 2014

PHOTOTRIP & BACKPACKING with ROZEKRUZAINI ( Pulau Tioman )



Hey hey ladies.. Jom pegi Pulau Tioman jom! Ini trip utk LADIES SAHAJA supaya semua dapat belajar fotografi dan happy happy dalam satu masa. Tempat ini terhad kepada 10 orang sahaja.

Harga utk trip ini adalah RM 699 seorang. Ini termasuk termpat tinggal kongsi 4 orang bilik berhawa dingin, tiket feri pergi dan balik, makan 3 kali sehari, pengangkutan ke Kg Juara, aktiviti snorkeling, pengangkutan ke air terjun, yuran pembelajaran fotografi bersama ROZEKRUZAINI, sehelai t shirt oleh ROZEKRUZAINI MERCHANDISE, nota kelas dan KESERONOKAN ! 

BACKPACKING & PHOTO TRIP bersama

 ROZEKRUZAINI (Pulau Tioman)

30, 31 Mei , 1,& 2 Jun 2014

Tentatif Program

Hari 1 : 30 Mei 2014
1.00- 3.00 pm - Bertolak ke Pulau Tioman dari jeti Mersing
3.30- 4.30 pm - Tiba di Tekek, menaiki pengangkutan 4x4 ke Kg Juara.
5.00 -6.00 pm - Check in, rehat
6.30 - 7.30 mlm - Makan malam
8.30 - 11.30 mlm - Photo class Session #1
12.00 tgh mlm - Tidur! Esok nak jalan lagi!

Hari 2 : 31 Mei 2014
6.30 - 8.30 am - Sunrise shooting, morning walk, Breakfast
9.00 am - 3.00 pm - Island Hoping, Snorkeling, Photo shooting on location
3.00 pm- 6.00 pm - Rehat
6.00 pm- 7.00 pm - Makan Malam
8.30 pm - 11.30 pm - Photo Class Session#2, Discussion
12.00 tgh mlm - Tidur! Esok nak jalan lagi!

Hari 3 : 1 Jun 2014
6.30 am - 8.30 am- Sunrise shooting, morning walk,Breakfast
9.00 am - 3.00 pm - Trip ke air terjun Asahan, photo shooting on location
3.00 pm - 6.00 pm - Rehat
6.00 pm - 9.00 pm - Makan Malam BBQ
9.30 pm - 11.30 pm - Adobe Photoshop & Adobe Illustrator Class for the ladies, photo discussion
12.00 tgh mlm - Tidur! Kalau tak nak tidur ikut suka korang. . esok dah nak balik.

Hari 4 : 2 Jun 2014
8.30 am - 9.30 am - Breakfast
11.00 am - Bertolak ke Jeti Tekek
2 pm - Jumpa lagi lepas ni !!

Pesanan-pesanan mudah

1. Kembara ini lebih kepada backpacking style. Jadi bagasi yang anda bawa perlulah sesuai untuk kembara ini. Dicadangkan untuk anda membawa beg galas belakang. 

2. KAMERA ADALAH KEMESTIAN utk phototrip & backpacking with RozekRuzaini. Pulau Tioman adalah antara pulau tercantik di dunia. Sapa tak bawak kamera, kena beli kamera kat Pulau Tioman. haha.

3. Adalah dicadangkan untuk anda menempah awal. Bayaran tempahan pertama adalah RM 300 untuk tempahan tempat tinggal dan pengangkutan ke Pulau Tioman selewat-lewatnya 23 Februari 2014.. Baki Bayaran dibuat pada 30 April 2014.

4. Harga yg tertera telah lengkap utk tiket feri pergi dan balik, tempat tinggal (Quad Sharing/ Berkongsi 4 orang), makan 3 kali sehari, pengangkutan di sana, aktiviti snorkeling dan pengangkutan ke air terjun. Anda boleh sediakan perbelanjaan peribadi anda sendiri ke sana jika ingin berbelanja lebih.

5. Tempat tinggal adalah berkongsi 4 orang di dalam bilik berhawa dingin.

6. Bulan Mei adalah bulan yang panas di Pulau Tioman. Suhu maksimum boleh mencecah 30 darjah celcius. Jadi bawalah pakaian yang bersesuaian. Anda bebas membawa pakaian mengikut keselesaan dan kesukaan anda. It's a ladies phototrip! 

7. Pesanan-pesanan yang lain akan diberitahu kepada anda dari semasa ke semasa.

8. Jika anda mengalami masalah fobia air, dan masalah kesihatan lain sila beritahu Rozek. 

Keperluan perlu dibawa :
1. Kamera ( MESTI) . Tak kisah kamera mcmana, kamera digital biasa pun boleh, kamera DSLR lebih baik. KAMERA HANDPHONE TAK BOLEH kecuali untuk selfie dan uplod ke instagram je. hihi.

2. Bateri, charger bateri kamera, flash ( kalau ada), memori kad yang cukup, paling sikit 2 keping. paling banyak 10 keping.

3. Laptop untuk belajar Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator. Kalau nak share-share laptop pun boleh tapi lebih baik bawak sndr. Rozek tak sediakan laptop untuk belajar.

4. Pakaian yang cukup. Kalau tak cukup baju boleh beli kat Tioman tapi mahal skit lah.

5. Kalau ada lesen menyelam bawak je. kalau sempat kita dive, orang takleh dive tu, diorg tgk kita dive je. haha.

6. Duit bawak la ikut keperluan. Kalau nk beli byk sgt, bawak la banyak. Tapi sebenarnya mcm tak sempat je pun kita nk shopping. So, bawak la ikut kesukaan. Ini phototrip, bukan shopping trip. hihi.

7. Pakaian renang bawak la ikut keselesaan. Takda pakaian spesifik tapi bawak yang sesuai sbb kita ada aktiviti laut skit. Sebaiknya yang ringan dan cepat kering. 

8. Kalau ada underwater casing untuk kamera anda pun boleh bawa skali. Underwater casig mengikut jenis kamera.

9. Kalau teringat lagi saya akan beritahu kemudian.. thank u !

LAST DAY TO BOOK : 23 FEB 2014

Let's go ladies ! 

-ROZEKRUZAINI-

No comments: