Saturday, March 29, 2014

Photos of Bali ! ( Part 1)

Buat tatapan anda yang rindukan Bali dan buat anda yang bercadang-cadang nk ke Bali, saya share sedikit foto ketika di Bali.

Well.. Bali mmg syok. Banyak budaya dan kesenian. Saya pendekkan cerita saya, hari pertama saya sampai di Bali saya terus ke Uluwatu untuk menonton Kecak Dance. Kecak Dance ni merupakan tarian tradisional orang tempatan yang mempunyai cerita tersendiri. Asyik betul tgk Kecak Dance tu..

Bayaran untuk menonton Kecak Dance 100,000 rupiah seorang. Persembahan bermula jam 6 petang dan orang dah boleh masuk ambil tempat 40 minit lebih awal.












Untuk anda, carilah tempat yang mengadap matahari terbenam. Di Uluwatu ini, anda boleh lihat sunset dari tingkat yang tinggi. Memang indah.










Dalam Kecak Dance ni ada banyak watak keluar dan persembahkan awatak masing masing. Saya pun tak la faham sangat cerita  ni sbb saya  enjoy tgk persembahan mereka..







Pengakhiran Kecak Dance

Esoknya kami melawat pusat pusat seni di sekiar Ubud. Ada seni lukisan batik, seni ukiran perak, ukiran kayu dan macam-macam seni lah. Foto di bawah adalah seni lukisan batik.


Saya minta pelukis ni lukiskan gambar helang pada baju saya. Baju ini berharga 15USD ( sekitar RM 45)  dan upah melukis sy berikan kepada pelukis ini sekitar RM 15 utk 2 helai baju. Anda boleh minta pelukis ini lukis gambar kesukaan anda dan tuliskan nama anda pada baju.. best kan?



Acara seterusnya kami ke Kintamani untuk makan tengahari mengadap Gunung Batur. Makan tengahari di sini disediakan secara buffet. Bestnya makan tengahari kat sini sebab mengadap gunung tu. Supir kami, Agoeng  kami cakap gunung tu boleh dilakukan aktiviti trekking awal pagi untuk shoot sunrise..




Selepas melawat gunung dan makan tengahari kami ke Tegallalang untuk melawat kawasan padi bukit. Ini merupakan sebahagian kecil sahaja padi bukit yang ada. Agoeng beritahu kami, ada lagi kawasan padi bukit yang lebih besar dan luas. Kalau ada kesempatan bolehlah kami singgah..Di sini selain melawat kawasan padi, terdapat juga laman di mana tanaman kopi ditanam dan diproses di sini. Di sini ada biji kopi yang termahal di dunia tau. Bau kopi dia memang mengancam !




Di bawah ini adalah welcome drink yang diberikan kepada setiap pengunjung kawasan tersebut.. F.O.C !



Anda boleh singgah di Bali Pulina ni jika nak tengok bagaimana biji kopi termahal di dunia diproses. :D




Keramahan penduduk Bali mmg tak dinafikan sebab pelancongan adalah sumber ekonomi di sini. Sampai pakcik kampung ni sporting habis senyum kat saya. Tapi, jgn lupa, bagi la tips sikit kat dia. Dah bagi tips sikit, lepas tu nak suruh dia pose macamana pun di sanggup buat punya..



Well, itu sahaja untuk perkongsian foto bahagian 1 di Bali untuk kali ini. Insya allah saya akan keluarkan ebook dan catatkan lebih detail tentang kos perjalanan kami di sini.. Tunggu bahagian kedua ya. Bye!


-ROZEKRUZAINI-

No comments: