Wednesday, August 20, 2014

Belajar Fotografi : PHOTOTRIP & BACKPACKING : BALI 2015




Salam semua..
Selama 9 tahun saya dalam bidang fotografi, Selalu saya berhadapan dengan soalan-soalan berkenaan penggunaan kamera tak kira kamera DSLR mahupun kamera kompak. Ada yang baru beli kamera dan masih tercari-cari butang apa nak tekan, macamana nk dapatkan gambar yang cantik walaupun menggunakan kamera kompak.


Pada pendapat peribadi saya, kamera hanya alat untuk kita mengambil gambar dan kepentingannya menjadi nombor dua. Nombor satu adalah ilmu menggunakan kamera dan ilmu dalam bidang foto. Kalau kita ada kamera RM20K sekalipun tapi tak tahu nak gunakan kamera tu, kamera canggih tetap menjadi sia-sia.


Kebanyakan yang bertanya kepada saya adalah golongan hawa. Ramai perempuan yang berminat dalam bidang foto tapi yang lebih memonopoli bidang ini dalah kaum lelaki. Saya ceburi bidang foto sebab MINAT YANG AMAT SANGAT SAMPAI TAK BOLEH TAHAN-TAHAN LAGI DAH. Haha!


Atas sebab itu, saya telahpun menjalankan satu PHOTOTRIP & BACKPACKING ke SIEM REAP bagi mengajar individu-individu yang berminat tentang kamera, fotografi dan travel. Saya bukan mengajar anda menjadi professional photographer yang mencari makan dengan fotografi, tapi saya ajar anda untuk
  1. GUNAKAN KAMERA SECARA OPTIMUM
  2. MENCARI ANGLE FOTO YANG BETUL DAN TERBAIK KETIKA MENGEMBARA
  3. MENCARI WAKTU YANG SESUAI UNTUK MENGAMBIL GAMBAR
  4. ETIKA DAN CARA MENGAMBIL GAMBAR BUDAYA NEGARA LUAR


Jadi, PHOTOTRIP & BACKPACKING BERSAMA ROZEKRUZAINI STUDIO edisi seterusnya adalah ke BALI. Objektifnya masih sama, saya ajar anda gunakan kamera secara optimum.


  
Mengapa Bali?
  1. Bali mempunyai tarikan alam semulajadi yang memukau. Daripada lautannya, gunung-ganang dan paddy terrace yang tak mungkin anda lupakan.
  2. Bali mempunyai tarikan budaya yang unik seperti Kecak Dance, Persembahan Barongan, seni ukiran kayu, arca, kraftangan, dan lukisan.
  3. Anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba di Bali. Ya, ia hanya ada di Lovina. Dan perjalanan ke Lovina termasuk dalam PHOTOTRIP kali ini.
  4. Keramahan dan keunikan orang-orang Bali yang sangat menyentuh jiwa.


Mengapa BACKPACKING?
Selama 7 tahun ini juga saya sudah mengembara ke London, Sepanyol, Australia, New Zealand, Indonesia, Thailand, dan Cambodia secara backpacking. Backpacking memberi kebebasan kepada saya. Saya boleh rancang perjalanan saya sendiri, boleh tukar plan saya sendiri dan boleh ambil gambar ikut masa saya sendiri.  Ambil gambar perlukan mood, jadi kalau mengembara secara pakej masa yang diperuntukkan kepada saya, saya rasa amat terhad. Kemudian tak semua tempat yang saya nak pegi saya dapat pergi. Dengan backpacking saya boleh ambil gambar ikut masa saya, tak perlu tergesa-gesa ikut masa pakej pelancongan.


Dan, dengan backpacking juga, saya belajar untuk bergaul dengan masyarakat di situ. Banyak info dan kemudahan yang kita dapat bila kita berbaik-baik dengan orang tempatan. Contohnya, saya dapat kawan baru di Siem Reap; Sokun dan Agong di Bali, dan Aaron ketika berada di Matheven, New Zealand. Suasana mengembara secara backpacking lebih santai dan relaks untuk menikmati tempat yang kita kunjungi.


Jadi, MENGAPA PHOTOTRIP & BACKPACKING BERSAMA ROZEKRUZAINI STUDIO ?
Belajar fotografi di dalam kelas foto biasa adalah membosankan dan too mainstream. Saya pernah adakan berpuluh-puluh kelas foto  untuk semua golongan bermula dari pelajar sekolah hinggalah kepada orang dewasa.  Cara yang terbaik untuk mempelajari fotografi adalah dengan PRAKTIS ! Bagaimana untuk seronok PRAKTIS? Adalah dengan mengembara ? Mengembara yang boleh dibuat oleh semua orang adalah dengan BACKPACKING. Jadi PHOTOTRIP ini menggabungkan belajar fotografi melalui pengembaraan secara backpacking. Hanya ROZEKRUZAINI STUDIO sahaja yang menjalankan PHOTOTRIP sebegini.


Keistimewaan PHOTOTRIP kali ini?
PHOTOTRIP kali ini lebih special sebab dikhususkan untuk golongan wanita sahaja.  Ada sesetengah golongan wanita yang nak bertanya perkara paling asas tentang fotografi  tapi malu untuk bertanya sebab takut diketawakan atau ada yg raasa “ Alah, benda mcm tu pun nak tanya ke?” Saya juga pernah tanya soalan yang paling asas kepada kawan-kawan saya, ada part saya diketawakan oleh mereka, maklumlah saya budak baru belajar masa tu. Tapi  dengan PHOTOTRIP & BACKPACKING BERSAMA ROZEKRUZAINI STUDIO, anda boleh tanya tentang apa sahaja mengenai fotografi dan kamera walaupun soalan tu dirasakan terlalu simple dan basic. Jadi trip kali ini lebih special sebab hanya terhad kepada golongan wanita sahaja.

Bila kita nak pergi?
Tarikh yang dicadangkan adalah 30, 31 Januari , 1 dan 2 Februari 2015. Itu adalah cuti hujung minggu yang bersambung dengan Cuti Hari Wilayah. Jadi, anda tak perlu risau kena ambik cuti tahunan banyak-banyak sangat. Saya maklumkan lebih awal sekarang supaya anda boleh rancang cuti anda untuk PHOTOTRIP kali ini.

Bagaimana tentatifnya?
Kat bawah ni adalah tentatifnya
Hari 1
30 Januari 2014 ( Jumaat)
0530 pagi             : Berkumpul dan Check In di KLIA2
0750 pagi             : Bertolak dari KLIA2 ke Lapangan Terbang  Denpasar
1050 pagi             : Tiba di Bali
11.30 pagi            : Bertolak ke Lovina
2.30 petang          : Check in tempat penginapan
3.30 petang          : Rehat & Solat
5.00 petang          : Sesi 1 : Asas Kamera dan Fotografi dan Praktikal Foto
8.00 malam          : Rehat & Makan Malam
9.00 malam          : Sesi 2 : Check Foto
10.00 malam        : Rehat & Tidur


 Hari 2
31 Januari 2014 ( Sabtu)
0530 pagi                           : Bersiap untuk Dolphin Watching
0630 – 0930 pagi               : Dolphin Watching
10.30-11.30 pagi               : Balik ke bilik dan kemas barang untuk Check Out
12.00 tengahari                  : Check out dan makan tengahari
1.00 – 5 petang                  : Sesi 3 :  Perjalanan fotografi dan singgah di Tegalalang dan Uluwatu
6.00 petang                        : Check in tempat penginapan di Kuta
7.00 malam                        : Rehat
9.00 malam                        : Sesi  4 : Check Foto
10.30 malam                      : Tidur



Hari 3 ( Ahad)
1 Februari 2014
0530 pagi                             : Solat Subuh dan Sesi 5 : Sunrise Photo Practice
0730 pagi                             : Sarapan;
9.30- 1.00 ptg                      : Bali Museum
2.00 petang                          : Bertolak ke Tanah Lot
4.30-8.30 malam                  : Sesi 6 : Sunset PhotoPractice
9.00 malam                          : Makan Malam dan Sesi 7 : Check Foto
10.30 malam                        : Tidur


Hari 4
2 Februari 2014 ( Isnin)
0530 pagi                             : Solat Subuh dan Sesi 6 : Morning photos
0830 pagi – 12 tghari            : Free and Easy
12.30 tengahari                    : Check out dan makan tengahari
2.00 petang                          : Bertolak ke lapangan terbang dan Check in
5.00 petang                          : Bertolak balik ke KLIA2
7.55 malam                          : Dijangka tiba di KLIA2




Berapa kosnya?
Jumlah keseluruhan PHOTOTRIP ini adalah RM 1799* termasuk :
  1. tiket penerbangan KL-Denpasar-KL
  2. tempat penginapan di Lovina dan Kuta
  3. Pengangkutan dengan van sepanjang di Bali
  4. Bayaran untuk Dolphin Watching di Lovina
Harus diingat, tanda * pada harga tersebut adalah bergantung kepada bila anda memberikan deposit kepada kami. Jika lewat anda  berikan deposit, berkemungkinan harga tiket kapal terbang juga boleh meningkat dan berubah.
Harga yang tertera adalah sehingga 30 September 2014 sahaja.


Macamana nak sertai?
Kalau anda berminat untuk menyertai, sepantas kilat Whatsapp ke 012 9180401 untuk maklumat lanjut dan mendaftar.  Pihak saya akan terangkan bagaimana cara untuk proses pendaftaran.

Bayaran pertama sebanyak RM 900 diperlukan untuk menempah tiket penerbangan anda sebelum
30 SEPTEMBER 2014.

Bayaran baki perlu dihabiskan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2015 nanti.

APA DITUNGGU LAGI ? JOM BELAJAR FOTOGRAFI DAN BACKPACKING DENGAN ROZEKRUZAINI STUDIO !


HUBUNGI 012 9180401 SEKARANG !!!!


-ROZEKRUZAINI-
Malaysia's Female Photographer



No comments: