Saturday, October 4, 2014

Kembara : Istanbul, Athens dan Cappadoccia

Hai semua,

Saya dan 3 sahabat baru sahaja seminggu balik dari Turki dan Greece. Perjalanan kami ke 2 buah negar ani hanya 8 hari sahaja.

Perjalanan kami bermula dari KL ke Istanbul terlebih dahulu. Pesawat kami mendarat di Istanbul dan keesokannya kami menaiki pesawat ke Athens. Athens adalah ibu negara Greece. Kami ke Athens kerana mahu melihat sendiri bangunan purba Parthenon di Akropolis.
Makcik penjual magnet yang peramah dan comel !

Kami tiba di Athens tengahari dan mula berjalan-jalan sekitar Athens sebelah petang. Keesokkanya barulah kami melawat di Acropolis dan kawasan sekitar. Kami terpana dengan kehebatan binaan Akropolis.

Kami berempat !

Nana di dalam Acropolis Museum.Bukan semua bahagian boleh ambil gambar. Kat sini je boleh.

Acropolis Museum

Theatre of Dionysus

Kerja-kerja pemuliharaan bangunan sentiasa dijalankan di sini.

Bangunan Parthenon di Akropolis

Awal pagi hari seterusnya kami menaiki pesawat pulang Istanbul. Kami perlu balik ke Istanbul untuk ke Cappadoccia pula.

Rumah-rumah yang dibina di lereng bukit batu.

Tanah yang terbentuk akibat hakisan angin

Pemandangan di sekitar Goreme, Cappadoccia

Pelbagai barangan kraftangan dijual di Goreme.

Pemandangan pekan kecil Goreme pada waktu senja.
 Cappadoccia adalah kawasan perkampungan  yang mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung-ganang. Menurut penduduk tempatan, kawasan ini adalah kawasan yg mempunyai cuaca ekstrem : bila panas, panas sgt, bila sejuk, sejuk sangat.


Cappdoccia juga terkenal untuk pelancong yang ingin mencuba hot air balloon ride. Harganya mmg agak mahal namun untuk mencuba sekali seumur hidup tak ada salahnya kan? Harga ride ini adalah 120 euro seorang atau lebih kurang RM 500. Kami dapat melihat pemandangan yang amat cantik dari bakul setinggi 700m dari paras laut.

Bersedia untuk naik belon panas.

Pemandangan dari atas bakul pada ketinggian 700m


Melihat matahari terbit dari belon panas.

Beberapa minit sebelum kami mendarat dari belon panas.

Pemandangan belakang seperti di padang savana.

Maz, Nana dan Yid

Hari berikutnya kami terbang semula ke Istanbul untuk menghabiskan sisa sisa hari pengembaraan kami. Di istanbul kami berempat melawat monumen-monumen yang terkenal di dunia seperti Blue Mosque, Ayasofya, Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Maz di hadapan Masjid Biru

Peniaga roti di jalanan sekitar Sultanahmet.


Spice Bazaar

Nana di bahagian luar bangunan Spice Bazaar.

Peniaga rempah ratus dan makanan Turki.




Di dalam Masjid Biru

Di dalam Muzium Ayasofya

Anda boleh makan sandwich ikan yang sedap di tepi jeti Eminonu

Cruise kami sekitar Selat Bosphorus


DI dalam Muzium Ayasofya

Banyak lagi kisah yang akan saya kongsikan dalam buku terbaru saya yang akan dikeluarkan pada November 2014 nanti.. Tunggu...


Sambil-sambil tu enjoy lah dengan gambar ye.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

-ROZEKRUZAINI-
012 9180401

1 comment:

Gilang Banyuwangi said...

Tak Pernah Terlintas Sedikit Pun Di Benakku Untuk Bisa Merasakan Yang Namanya Tembus 4D,Namun Berkat Bantuan Dari AKI KORO Semua Itu Kini Bukan Hanya Mimpi Belaka,Saya Sudah Benar2 Merasakan Yang Namanya Tembus 4D.Gini Ceritanya,Kemarin Saya Coba Browsing2 Di Internet,San Saya Melihat Banyak Temen2 Kita Yang Tembus 3D Dan 4D SGP/HK SD.Saya Pun Mencoba Menghubungi Nomer Yang Di Posting Di Situ 085222846347 Atas Nama AKI KORO .Setelah Saya Bergabung Jadi Member Dan Memenuhi Persyaratannya di Kasih 4D 2 Line Untk SGP ( .Angka di Berikan Pun Saya Langsung Pasang Di Bandar Dekat Rumah,Dan Ternyata Result SGP: SAH.Saya Jatuh Bangun Rasanya Karena untuk kali Pertama Saya Merasakan Yang Namanya Tembus 4D Seumur Hidup Saya.Dan Buat Temen2 Semua Yg Mau Seperti Saya,Silahkan Anda Menghubungi Langsung AKI KORO Degan Nomor. 0852-2284-6347 >>>>KLIK RAMALAN 4D 5D 6D<<<<