Friday, November 21, 2014

KELAS ASAS FOTO CUTI SEKOLAH DISEMBER 2014 : KOTA ISKANDAR , JOHOR

Hello.. Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah mula.. Yeay!! Jom isi masa cuti sekolah ni dengan aktiviti berfotografi. Kalau anda semua terutama sekali pelajar sekolah menengah yang dah lama beli DSLR tapi masih tak pandai nk guna butang-butang yang ada pada kamera, ataupun bila ambik gambar dengan DSLR masih lagi rasa gambar tu tak puas hati, atau rasa mcm nak belajar lebih banyak lagi tentang fotografi, jom sertai KELAS ASAS FOTO CUTI SEKOLAH OLEH ROZEKRUZAINI STUDIO Disember 2014 ini!







Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Rozek yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini. Banyak kelas fotografi telah dianjurkan semenjak tahun 2008 hingga kini. Yang terbaru adalah  KemFoto SMK Kangkar Pulai di Langkawi pada Oktober 2014 yang lepas.

KemFoto SMKKP di Pulau Langkawi

Dalam kelas foto cikgu Rozek, kesemua aspek berkenaan asas foto akan disentuh secara teori dan praktikal. Di bawah adalah kandungan kursus asas foto yang akan dilaksanakan nanti

1. Sejarah Fotografi
2. Pengenalan kepada fotografi digital
3. Kamera digital atau DSLR ?
4. Aksesori kepada DSLR
5. Pemahaman Aperture
6. Pemahaman Shutter Speed
7. ISO
8. Komposisi dalam fotografi
9. Teknik ambil gambar
10. Keusahawanan dalam fotografi

Selepas sesi teori, para peserta akan menjalankan praktikal di sekitar kawasan Kota Iskandar.

Kelas kali ini agak berbeza dengan yang sebelumnya kerana ia diadakan secara outdoor supaya lebih byk praktikal dijalankan. Berdasarkan survey pihak kami, lebih byk praktikal mesti dijalankan supaya para peserta mendapat kefahaman yang maksimum..


Bagi sesi teori Kelas Asas Foto oleh Cikgu Rozek  kali ini adalah dalam kumpulan yang kecil. dan disebabkan itu ia diadakan secara santai samada di bawah pokok, di kafe mahupun di satu kawasan yang lapang secara outdoor supaya  pembelajaran teori dijalankan dengan baik.

Kelas Asas Foto bersama SMK Jitra di Taman Tasik Taiping, Perak

MAKLUMAT KELAS ASAS FOTO CUTI SEKOLAH 
OLEH 
ROZEKRUZAINI STUDIO

TARIKH :
17 DISEMBER 2014
ATAU
27 DISEMBER 2014
(PILIH SALAH SATU)

LOKASI :
DATARAN MAHKOTA KOTA ISKANDAR, JOHOR

MASA :
3.00 PETANG HINGGA 9.00 MALAM

YURAN :
RM 250 SEORANG

PERCUMA :
MANUAL ASAS FOTOGRAFI 
OLEH CIKGU ROZEK

TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA SETIAP SESI



Testimonial Peserta :
"Pada pendapat saya, kelas fotografi yg dianjurkan cikgu rozek amat membantu lebih lebih lagi individu yg baru berjinak jinak dalam bidang ini . salah satu daripadanya saya dapat tahu tips tips untuk membeli kamera . perkara yg paling penting ialah saya dpt mempelajari teknik teknik yg betul untuk menggunakkan kamera . selain itu juga kelas fotografi ini membantu sya untuk memperoleh pendapatan , dengan cara menjual gambar yg telah sya ambil . jadi sesiapa yg berminat untuk menyertai kelas fotografi yg dianjurkan oleh cikgu rozek tak perlu rasa was was kerana kelas ini sgt membantu dn memberi pengalaman yg baru dan berguna ."
Dayana Isahak, 17 tahun, Johor Bahru








"Selepas kelas foto bersama Cikgu Rozek, saya lebih memahami tenang kamera dan fotografi. Sebelum ini saya ambil gambar ikut suka sahaja tapi sekarang saya lebih yakin untuk gunakan kamera saya dan menggunakan mode Manual. Saya lebih faham tentang aperture, shutter speed dan ISO. Terima kasih banyak kepada cikgu Rozek."
Zafree Zamri, 17 tahun, Jitra, Kedah









"Selepas mngikuti kelas foto Cikgu Rozek, saya dapat pelajari pelbagai cara bagaimana untuk mengambil gmbar. Seperti mengambil gmbar flora dan fauna,  pemandangan dan pelbagai lagi. Saya juga dapat mempelajari  bagaimana untuk menggunakn kamera dengan lebih baik. Di dalam kelas foto Cikgu Rozek juga membuatkan saya lebih faham tentang bidang dunia fotografi dan membuatkn saya makin tertarik dengan fotografi. Selain itu, kelas foto Cikgu Rozek turut berkongsi cara bagaimana hendak menjana pendapatan sendiri dengan fotografi ini. Kini saya sudah boleh mencari duit sampingan dengan hanya mengambil gambar. Saya amat tertarik dengan ilmu pengetahuan yg telah dikongsikan oleh Cikgu Rozek. Dan pastinya saya telah menyertai hampir kesemua kelas fotografi dan outing yang  dianjurkan oleh Cikgu Rozek." 
Adlina Nabila, 17 tahun Skudai, Johor



" Selepas kelas foto bersama Cikgu Rozek, saya memahami lebih mendalam tentang fotografi. Saya mengetahui tentang aksesori fotografi. Saya kini lebih faham tentang aperture, shutter speed dan ISO kerana sebelum ini kawan-kawan saya terangkan tentang semua tu tapi saya masih tidak faham. Cara Cikgu Rozek mengajar memang best, dan manual fotografi yang Cikgu Rozek bagi tu memang sangat-sangat membantu. Terima kasih kepada Cikgu Rozek." Syamin Azlin, Jitra, Kedah









Sesi praktikal fotografi malam di Johor Bahru semasa Kelas Fotografi 2012

Kelas Fotografi 2011 di Tanjung Piai, Johor

Kelas Fotografi di Singapore Zoo 2012



TARIKH :
17 DISEMBER 2014
ATAU
27 DISEMBER 2014
(PILIH SALAH SATU)

LOKASI :
DATARAN MAHKOTA KOTA ISKANDAR, JOHOR

MASA :
3.00 PETANG HINGGA 9.00 MALAM

YURAN :
RM 250 SEORANG

PERCUMA :
MANUAL ASAS FOTOGRAFI 
OLEH CIKGU ROZEK

TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA SETIAP SESI

TELEFON/SMS :
012 9180401
013 719 3312

DAFTAR SEKARANG ! 
TEMPAT TERHAD !

No comments: