Saturday, January 3, 2015

ROZEKRUZAINI STUDIO : Melbourne -Sydney Phototrip & Backpacking


ROZEKRUZAINI STUDIO akan ke Sydney dari Melbourne Disember 2015 ni. . Kita akan memandu selama 7 hari dari Melbourne ke Sydney melalui Melbourne-Sydney Coastal Drive dengan CAMPERVAN.

Kita akan bermalam dan masak di campervan. Pengalaman saya memandu di Australia dan New Zealand, pemandangan sepanjang jalan mmg superb. Tengok gunung ganang, lautan, dan keindahan alam. Yang paling asyik adalah mendengar deruan angin di tepi laut, tepi tasik ataupun gunung-ganang.. Semuanya mempesonakan !

Inilah masa yang terbaik untuk mengambil gambar sepuas hati. Tak perlu terkejar-kejar dengan bas, kita yang tentukan masa kita sendiri. Saya juga ajarkan anda mcmana nk ambil gambar dengan cara yang terbaik, waktu terbaik ambil gambar, dan bagaimana nak gunakan kamera anda secara maksimum. Kalau kelas foto dalam bilik air cond sanagat membosankan, kita ambik gambar semasa travel. Balik Malaysia, gamabr sendiri tu boleh buat frame.

Sepanjang perjalanan ni, kita nak bangun pukul berapa, nak mandi ke tidak, nak menyanyi sampai pitam pun boleh. Semuanya kita yang control sbb kita bergerak dalam 1 kumpulan kecil.

Saya perlukan 8 orang sahaja lagi untuk ikut trip ni.

Saya dah kirakan kos untuk campervan, petrol, campsite fee dan photo lesson fee adalah RM 2499 SEORANG. Harga tidak termasuk tiket kapal terbang. Jika perlukan saya untuk check tiket flight, sy boleh check untuk anda.

Anda boleh pilih flight dari KL ataupun dari Singapore ke Melbourne.

Antara syarikat penerbangan tambang murah dari Singapore ke Australia adalah
Flyscoot : www.flyscoot.com
Jetstar : www.jetstar.com

Dari KL boleh naik flight tambang murah airasia, ataupun boleh cuba tgk di kayak.com

PERINGATAN :
Flight kita dari Malaysia atau Singapore akan ke Melbourne dahulu, kemudian balik ke Malaysia semula dari Sydney. Kita tak berpatah balik ke Melbourne semula.

Kat bawah ni adalah perancangan awal kita.

MELBOURNE-SYDNEY 12 DIS -18 DISEMBER 2015 ( 7 HARI)
Hari 1 : 12 Dis 2015 (Melbourne – Philip Island)
Hari 2 : 13 Dis 2015 ( Philip Island – Wilsons Promontary)
Hari 3 : 14 Dis 2015 ( Wilsons Promontary – Metung)
Hari 4 : 15 Dis 2015 ( Metung – Mallacoota)
Hari 5 : 16 Dis 2015 ( Mallacoota – Narooma)
Hari 6 : 17 Dis 2015 (Narooma – Jervis Bay)
Hari 7 : 18 Dis 2015 ( Jervis Bay – Sydney)

Jika berminat boleh hubungi nombor yang tertera..

8 tempat sahaja. HUBUNGI 012 9180401 SEKARANG

No comments: